Friday, October 26, 2007

Displin & personaliti anak 10 November 2007

InsyaAllah jika diizinkan Alah swt, pada 10 November ini Dr. Main akan berada di Balora, Kongsi, Balik Pulau untuk tajuk Ponteng, Disiplin pelajar. Laporan terkini daripada Kementerian Pelajaran, merekodkan lebih daripada 34,628 ribu pelajar telah ponteng sekolah. Walaupun bilangan pelajar kita berjumlah 4 juta orang dan yang melakukan ponteng hanya segelintir, namun jumlah ini hanya jumlah pelajar yang direkodkan ponteng, ramai lagi yang ponteng tetapi tidak direkodkan. Ada yang ponteng sekolah dan ada juga yang ponteng kelas. Saya yakin jumlahnya lebih besar dari angka yang dilaporkan. Analisis personaliti menerusi kaedah lukisan mampu mengesan gejala awal anak-anak atau pelajar yang berpotensi untuk melakukan ponteng. Semasa pembentangan di Belora nanti, ibu bapa akan didedahkan bagaimana caranya mereka dapat mengesan tanda-tanda awal anak-anak yang mempunyai potensi besar untuk melakukan ponteng kelas atau sekolah ini.

Thursday, October 25, 2007

Program Pembangunan Staf Penjara Pulau Pinang.

Program bersama staf penjara Pulau Pinang. September 2007. Bertempat di Kem. TD Batu Feringgi, Pulau Pinang. Program dua hari diperkukuh dengan pelbagai program seperti team building, analisis personaliti, produktiviti, pemikiran positif, Matlamat, Visi dan Misi serta petua pekerja cermelang.
Analisis personaliti menjadi bahagian paling penting dalam program dua hari ini kerana ia mendedahkan peserta kepada kaedah mengenali diri, menambah baik ciri-ciri personal, membetulkan matlamat dan hala tuju serta memperkukuh produktiviti mereka.

Pelbagai petua ditunjukajar bagi menghasilkan ciri personal yang listari. Antaranya termasuk petua meningkatkan ketahanan diri, senaman pernafasan, menguatkan unsur dalaman, senaman menguatkan prestasi batiniah, senaman mengembalikan tenaga, refleksologi tapak kaki dan tangan.

Personaliti songsang

Seorang guru wanita memberitahu saya, ia sangat tertekan dengan rakan sekerjanya seorang guru lelaki yang tidak komited dengan kerjanya. Katanya, minggu ini adalah minggu peperiksaan pelajar, tetapi hingga hujung minggu sebelum cuti raya tahun ini (13 Oktober 2007) ia masih belum menyiapkan soalan peperiksaannya. Guru ini mengajar KH tingkatan 1. Peperiksaan akhir tahun memerlukan 2 set soalan iaitu set soalan untuk ERT dan satu lagi KMT. Set soalan ERT sudah disiapkan sementara set KMT belum kerana guru lelaki tersebut belum menghantar soalannya lagi untuk diselaraskan. Oleh kerana guru lelaki tersebut terlalu lewat menyerahkan soalan, ia mengambil keputan untuk menyediakan soalan dan mencetaknya bila siap. Bila peperiksaan bermula iaitu seminggu selepas cuti raya tamat, guru lelaki ini kelihatan pucat dan penik. Apa taknya, soalan bahagian KMT tidak bercetak lagi. Ia menyangka guru wanita tadi mencetakkan soalan KMT untuknya. Tetapi telahannya silap. Akhirnya pelajar lelaki yang mengambil KMT tidak dapat penduduki peperiksaan. Peristiwa ini dapat dihidu oleh pengetua. Menyedari bosnya begitu marah, guru lelaki menuduh guru wanita tersebut senaja tidak mahu mencetak soalan yang diberikan kepada beliau (yang sebenarnya tidak diberikanpun). Lalu ia memberitahu bosnya menyatakan guru wanita tersebut tidak memberitahunya lebih awal tentang tindakannya mengambil dan mencetak soalan yang sudah dibuat dalam pendrive yang diberikan kepada guru wanita tersebut. Tanpa usul periksa pengetua menalifon guru wanita ini (sedang berkursus) dan memarahinya. Dalam keadaan tertekan guru wanita ini cuba menjelaskan. Kali ini kertas peperiksaan disediakan dmengikut format PMR sebenar, ia dubuat berasingan. bahagiannya ERT sudah dicetak dan bahagian guru lelaki tersebut KMT perlu beliau sendiri siapkan, cetak dan edarkan kepada pelajar. Sepetutnya kertas soalan perlu dicetak dan diklip lebih awal suarang masalah yang timbul boleh diatasi. Kenapa hari ini ujian, baru hari ini beliau mahu menyemaknya. Sehingga isu ini saya catatkan, guru lelaki tetap menyalahkan rakan sekerjanya yang dengan senaja tidak mahu mencetak soalannya sedangkan bagi rakan sekerjanya pula ia sendiri perlu bertanggungjawab mencetaknya sendiri.

Menunding jari dan meletakkan kesalah ke atashu orang lain akibat kelalaian kita sendiri merupakan perbuatan yang bobrok. Personaliti kita tidak bagus kerana kita tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan kesempurnaan tugasan kita. Kit amenyalahkan orang lain untuk mengelakkan kita kena hukum.

Tuesday, October 23, 2007

mengenal personaliti anak

anak adalah anugerah tuhan. ia adalah juga permata hati. namun jika anak kita tidak mahu ke sekolah, apakah tip-tip yang boleh kita gunakan untuk mengatasinya.


Dr. main rindam

analisis personaliti

Personaliti, asalnya daripada perkataan personal. Ertinya sesuatu yang berkaitan dengan diri sendiri.

MEMPERKEMAS TINGKAH LAKU KENDIRI
MEMPERKAYA NILAI HARGA DIRI GENERASI
MEMPERKUKUH KECEMERLANGAN MENERUSI INOVASI PERSONALITI.