Wednesday, November 14, 2007

Pengalaman di SMK Seri Balik Pulau-14 November 2007

Yes, program berjalan lancar. Intipati ceramah menekankan beberapa perkara asas yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik 2008. Pertama belajar ikut hati, kedua buang penyakit M....ketiga, berusaha, keempat, menjaga masa, kelima menjaga adap menuntut ilmu dan keenam...guna otak. Maksud gunakan otak tu ialah menggunakan kekuatan atau tenaga sebenar akal....jangan sekali-kali kita menidakkan kuasa akal kita....berkata negatif terhadap kualiti akan kita seperti.....aku bodoh....aku tak boleh.....kau pandai dan aku tidak....sapalah aku...dan macam-macam belengu otak lagi..

Tuesday, November 13, 2007

SPM menjelang lagi....Bantuan ringkas ibu bapa di saat akhir

Alhamdulillah....subhanaAllah. SPM datang lagi. Mari kita perhatikan persiapan anak-anak yang mengambil peperiksaan penting ini. Perhatikan betapa mereka begitu serius untuk berjaya dalam peperiksaan ini. Ibu bap ayang prihatin...mari kita berikan bantuan kepada anak-anak kita yang sedang berjuang untuk menjawab soalan setiap mata pelajaran SPM mereka. Pertamanya sediakan zon seleza untuk mereka belajar. Sama ada di ruang hadapan atau bilik berikanlah. Kedua, No more TV. Ibu bapa dan adik beradik atau sanak saudara yanglain sila fahami situasi ini. Hei...ada orang nak belajar dan nak score SPM okey....please no more TV. Ketiga...bantu anak untuk fahami masalah pelajaran jika tidak mampu menjadi guru yang baik, jadi rakan jika tidak mampu upah guru datang da beri tusyen intensif kepada anak khususnya subjek matematik moden dan matematik tambahan atau subjek-subjek lain yang dirasakan perlu.

keempat, tidur awal selewat-lewatny ajam 11 atau 12 malam. No more late.....bangun awal pagi sembahyang tanjud dan hajat. Allah swt memang suka umat-umatnya yang berdoa dan memohon sesuatu daripadaNYA. Jikaperlu bangun seawal subuh untuk mengulang kaji sedikit lagi sebelum ke sekolah. Kelima ambil sarapan sebeluk ke sekolah...paling malas beli cornflake dan susu itu sudah lebih dari memadai. Jika rajin makan roti.

JAdi ibu bapa please spend and spare sedikit masa untuk anak-anak yang sedang mengambil SPM. Berikan sokongan motivasi...lapangkan dada dan fikiran mereka...jangan paster mereka. Mereka perlukan waktu u ntuk belajar, rehat dan mengulangkaji yang secukupnya...maka kita kena fahamlah.

Esok sebelum pergi ke sekolah, ingatkan dokumen penting sudah dibawa. IC, alat tulis, wang saku dan berdoa untuk kejayaan mereka. Moga anak-anak ini akan berja INsyaALLAH.

Sunday, November 11, 2007

post-komen program PPD Pulau 10 November 2007

SubhanaALLAH, syukur kerana program pada 10 November pada am 9 pagi hingga 10.30 pagi di Dewan Balora MAstika, Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang telah tamat dengan jayanya. Terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Pulau kerana menjenput saya memberikan ceramah bertajuk Memperkukuh Disiplin Anak Menrusi Analissi Personaliti. Program yang dihadiri oleh ibu bapa, PIBG dan guru sekolah ini memberikan banyak menafaat. Program telah dihadiri oleh ibu bapa dari pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India. Soalan yang sering dibangkitkan oleh peserta ialah sejauhmana benarnya ujian personaliti yang saya berikan itu benar-benar betul?....jawapan saya ialah antara 80 hingga 90 peratus sahaja. lalu beliau meminya peserta yang ada di dewan membuat undi, siapa yang menyatakan betul sila angkat tangan. Nah.....80 hingga 90 peratus peserta program mengangkat tangan bersetuju ujian personaliti memaang relevan kepada hidup mereka.

Soalan menyenarai nama 1 hingga 5 misalnya, jika orang pertama yang datang dalam otak kita bukan isteri atau suami atau anak-anak kita, tentunya kita tidak menganggap mereka sebagai orang paling penting dalam hidup kita.....ya mereka penting tetapi ....bukan paling penting...Dan jika otak kita berserabut....kita baru bertengkar atau sedang bertenag urat dengan mereka sebelum datang ke program ini...memang merek abukan pilihan kita. Jika begini keadaannya...otak kita kosong....otak kita memberitahu kita kosong kasih sayang....kering....kontang kasih sayang. Jika otak kita bercelaru...jiwa risau berserabut...bagaimana mungkin kit aboleh meletakkan orang yang baru kita ajak bertengkar itu tadi menjadi pilihat kasih dan sayang kita....maka kita selalu akan letak mereka di tempat no. lima.

Jika kita sayangpun, apakah lagi ustimewa yang kita tujukan kepada mereka....Acap kali kitapun tidak tahu apa lagu kegemaran isteri atau siami. Hata lagu untuk diri kita sendiripun kita tidak berupaya atau tidak ada masa untuk memilihnya.

Berikan masa untuk diri.....berikan kasih sayang pada diri sendiri, belai diri .....sayangi diri....percayakan diri sendiri. Jika kita ada kekuatan....pasangan k ita juga akan sama-sama kuat...anak-anak juga akan turut gembira kerana mereka dapat menumpang kekuatan tersebut dalam kehidupan mereka.

Tuesday, November 6, 2007

Ciri pahlawan dalam personaliti kita.

Seorang yang memiliki personaliti pahlawan selalunya menghentikan aktiviti atau tindakan setelah melaksanakan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Adalah kita begitu. Kita balik kerja setelah tugasan yang diberikan kepada kita pada hari tersebut kita selesaikan.....jika tidak selesai maknanya kita bukan seorang hero atau pahlawan. We are not warrior enough. Jika anak kita diberikan tugasan atau homework, adakah mereka dapat an kerja rumah mereka itu sebelum pergi ke sekolah pada hari esoknya? jika anak kita berjaya menyelesaikannya...anak kita memang mempunyai peranan sebagai seorang pahlawan dalam personaliti mereka. NAmun jika tidak boleh mengaturkan atau mengawal apa yang patut kita lakukan, jangan kita merasa kecewa atau stress. Prinsip seorang pahlawan ialah jangan musnahkan apa yang kita tidak boleh kawal, aturkan atau kuasai. Ini kerana secara perspektifnya, seorang wira sering menganggap hidup sebagai disiplin atau cabaran yang hendak dikuasai atau takluki. Ertinya hidup adalah satu cabaran. Oleh itu seorang wirawan perlu mempunyai kecekapan dan disiplin untuk melakukan penerokaan atau eksploitasi. Mempunyai keupayaan bertindak yang berani dan bersemangat....wirawan memang selalu begitu. Tetapi tidaklah sampai menindas.

Apakah kita dan anak-anak kita mempunyai sifat-sifat begini. Kita boleh perhatikan personaliti anak-anak atau rakan sekerja yang berada di sekeliling kita. Apakah ciri pahlawan ini ada pada mereka. Apakah anak kita sukakan cabaran. Cukup bersemangat untuk melakukan eksploitasi. Kita sendiri adakah cukup bersemangat untuk menganggap hidup sebagai satu yang perlu ditakluki. Jika kita mempunyai ciri-ciri ini kita adalah salesmanship yang hebat....

Monday, November 5, 2007

7 peranan manusia.

Mengambil konsep yang disebutkan dalam Al-Quran iaitu betapa angka 7 mempunyai keistimewaannya tersendiri. Bumi, langit, kulit manusia, bilangan hari dalam seminggu yang menggunakan angka 7 sebagai penentu strukturnya. Begitu juga dengan personaliti manusia asasnya dibentuk daripada 7 peranan. Kajian oleh Phillip Wittmeyer mengariskan 7 peranan itu sebagai pahlawan, raja, pekerja, mubalik atau pendakwah, seniman, cerdik pandai, dan orang terpelajar. Dalam kehidupan harian, setiap peranan ini melakukan aktiviti berbeza untuk meneruskan kehidupan misalnya pahlawan dikaitkan dengan perniagaan, raja pula dikaitkan dengan pemimpin, pekerja dikaitkan dengan sektor perkhidmatan, pendakwah menitikberatkan aspek psikologi, seniman lebih kepada penciptaan atau mengilag sesuatu untuk dijual, cendiakiawan lebih suka bidang perguruan dan golongan terpelajar gemar menjual ilmu pengetahuan atau maklumat.
Jika dikaitkan dengan tubuh badan pula, 7 peranan mempunyai hubungan langsung dengan bahagian-bahagian tubuh badan kita. Pahlawan diwakili oleh kaki yang digunakan untuk bergerak, meneroka dan melaksanakan sesuatu. Raja pula diwakili tangan yang suka mengarah sesuatu tindakan. Pekerja diwakili oleh tulang belakang yang memangpun bertanggungjawab memikul beban. pendakwah diwakili oleh hati yang mendorong manusia untuk lebih bermotivasi. Seniman pula tapak tangan yang mengengam alatan untuk menghasilkan seni. Cendiakiawan diwakili oleh muka yang suka bercakap. golongan terpelajar pula diwakili oleh kepala yang dikaitkan dengan pengetahuan dan maklumat sains.
Apakah peranan kita dan apakah ianya memang dapat membentuk asas personaliti kita?.

Thursday, November 1, 2007

Memperkukuh disiplin dan personaliti anak

Satu cara yang praktikal dan didapati berkesan dalam memperkukuhkan disiplin anak ialah dengan melakukannya menggunakan pendekatan personaliti unggul. mari berkongsi dengan pengalaman saya dengan anak-anak yang pernah menjadi klien saya. Anak ini menurut ibunya agak 'ketegaq' atau bahasa mudahnya "tak mahu dengar cakap. Anak ini suka main air ketika mandi....kalau dapat kolam di hotel, akan mandi sampai "kecut". Kalau main di rumah ....sampai "belemuh", kalau menonton TV .....sampai habih siaran dan pelbagai acara lain sehingga lupa atau tak mahu dengar kata ibu bapa. Anak-anak sebegini kalau ikut hati ibu bapa, mahu kena cubit atau penampar....atau sebat ...atau bentuk hukuman yang lain.

Pengalaman saya, cuba gunakan pendekatan kiraan 1...2....3....4....5....sehingga katalah 10 ...jika tidak, hukuman, denda.....tindakan akan dikenakan ke atas mereka. Hukum kiraan yang say agunakan selalunya berjaya.....anak-anak yang asyik menonton.....malas belajar, kita kira sampai 5.....kalau tak baca buku, ibu rotan (tetapi tak rotanpun)dan kita mul amengira...1......2.....3 (ada dah cabut naik ke atas atau cari buku......4.....5 (tindakan kita bukan kejar anak dan pukul, tetapi tutup TV tu.

Cara ini memang berkesan....tak percaya cuba lah. IA mempunya ikekuatan sendiri, pertama untuk anak-anak di bawah 6 tahun ia akan mula pandai mengira...kedua, anak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun, akan mula meletakkan "benchmark" angka mana yang ia perlu bertindak ...bangkit supaya tidak kena hukuman. Ketiga, pendekatan angka menjadikan anak-anak lebih berdisiplin dari segi pengurusan masa.

Namun kita mesti ingat, tips ini perlu dilakukan dan dilaksanakan dengan berhemah, sebaikknya sejak anak itu kecil bukan setelah anak-anak mencecah umur 15 tahun ke atas. Ingat, anak mempunyai personaliti masing-masing dan bersifat istimewa. Selalunya petua ini sangat berkesan untuk anak yang mempunyai personaliti kucing, burung, arnab....kadang-kala kambing. Untuk anak yang mempunyai personaliti harimau, singa atau beruang, caranya lebih matang. Kerap kali mereka boleh bertahan sehingga dikenakan hukuman berbentuk fizikal (tetapi mesti berhemah).Ikuti petua-petua memperkukuh disiplin anak dalam slot ceramah saya pada 10 November 2007, di Dewan Menora, Balik Pulau. Program ini dianjurkan oleh PPD, Bahagian Pulau. Slot saya bermula jam 9 pagi hingga 10.30 pagi.