Sunday, September 21, 2008

Usaha berterusan Menjamin kejayaan.

Asalamualaikum wbt.
Hari ini kita sudah berada dalam fasa ketiga bulan Ramadan. Ketika ini kata ramai orang, adalah waktu yang baik untuk mengejar 10 hari terakhir keberkatan Ramadhan. Kata mereka lagi, 10 hari terakhir ini ada malam lailatul Qadar. Lailatul Qadar bermaksud malam yang sangat hebat. Malam yang barang siapa yang memperolehinya nescaya ia akan memperolehi pahal aberpuasa bersamaan dengan 1000 bulan. Untuk mendapatkan rahmat fasa ke tiga Ramadhan ini, manusia tidak boleh pilih-pilih hari....kita kena berterusan berjaga malam dan memenuhi malam fasa ketiga Ramadhan ini dengan pelbagai pegisian ibadah. Nabi pernah bersabda, usaha yang baik ialah usaha yang berterusan. Jadi kalau kita beribadat, kena ibadat yang berterusan.

Saya ingin mengaitkan senario usaha kita untuk menjana pendapatan. Ia juga satu ibadah kerana hasil usaha kita itu bisa membahagiakan ramai orang. Bukan setakat makan pakai, tetapi rumah dan kenderaan, ilmu dan kerja sehingga hasil usaha kita itu sebenarnya mampu menjana kesenangan orang lain untuk turut beribadah kepada Allah s.w.t.

Oleh itu, usaha untuk mencapai kejayaan dengan industri perniagaan perlu dilakukan secara berterusan.....non stop....atau sampai ada waktu sanggang. Saya sendiri selain melaksanakan kerja hakiki sebagai tenaga akademik dan penyelidikan, berusaha mencari prospek tetap saya lakukan. Antaranya dengan melakukan khidmat sosial di sekolah-sekolah kebangsaan dan juga sekolah menengah kebangsaan. Apa yang saya lakukan ialah menawarkan program motivasi untuk pelajar PMR, SPM dan STPM selain pelajar tahun lima sekolah kebangsaan. Moga menerusi program-program khidmat masyarakat ini, ianya dapat menjana rezeki daripada susut yang lain. Tuhan itu maha adil, jika kit amenyumbang satu saat dalam bentuk yang ikhlas, InsyaAllah, Allah swt akan membalasnya dalam bentuk yang lain pada saat yang satu lagi. Itu kita yakin dan ikhlas.

Usaha berterusan sangat penting untuk mengembalikan semangat juang kita. Berhenti seketika atas alasan bulan puasa merupakan satu perkara jumut yang perlu dielakkan. Kita perlu lebih bersemangat dan berazam untuk mengejar cita-cita yang semakin malap jika dibiarkan begitu sahaja. Bonus pada bulan April 2008 saya Rm 35 dan pada bulan Ogos 2008, meningkat kepada RM 80. well, saya berpendapat jika usaha lebih kuat dilakukan jumlah bonus ini boleh ditingkatkan. Usaha itu usaha sendiri.

Pada 14 Oktober 2008, saya akan berada di SK Tanah Liat untuk program motivasi murid tahun lima. Cukup menyeronokkan. Moga-moga anak-anak kecil ini mampu memperolehi 5 A pada UPSR tahun 2009 nanti. InsyaAllah.

Penang, 22/9/08. TQ.

Wednesday, September 10, 2008

Mengubah paradigma otak kiri

Asalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat berpuasa.
Otak adalah aset manusia paling hebat. Sejauh mana kita menggunakannya dengan maksimum terpulang kepada tahap kefahaman kita tentang otak itu sendiri. Otak mempunyai trilion sel atau neuron. Tidak semuanya saling berhubung antara satu sama lain. Tidak semuanya sihat. Tidak semuanya dapat kekal dalam jangka usia yang panjang. Tugas neuron ialah menghantar maklumat dan tindak balas. Proses penghantaran maklumat menggunakan neurotransmetter kepada receptor atau penerima. Otak menterjemahkan signal yang diterima dan mengarahkan apa tindakan yang perlu dibuat kepada receptor. Sekarang uji neuron anda. Uji juga keupayaan neurotransmetter dan receptor anda. Baca perkataan di bawah.

Only great minds can read this
This is weird, but interesting!
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Bagaimana, boleh anda membacanya dengan lancar. Jika boleh maknanya otak kita mempunyai DHA, AA dan GLA yang mencukupi. Otak kita juga mempunyai lipid yang cukup. Lipid berkait dengan jumlah lecitin dalam otak. Jika tidak dapat membacanya, ia bermakna kandungan sirotonin dan dopamine dalam otak sangat kurang. Jika begitu ambilah makanan suplimen 3 X spirulina 3 X sehari. Kenapa spirulina, sebab 1 kg spirulina bersamaan 1 kg sayur-sayuran. Jika setiap tablet beratnya 200 mg, bererti kita telah mengambil 0.4 kg sayur sekali ambil dan jika 3 kali sehari, ini bererti kita sudah memakan 1.2 kg sayur pada hari tersebut.

Oleh itu manfaatkanlah kelebihan alge biru ini. Ia sudah dikesan penggunaannya kepada manusia sejak 3,000 tahun dulu.

Sunday, September 7, 2008

Program Parenting di KL & Bandar Pusat Jengka

Asalamualaikum wbt.
Semoha tuhan memberkati pembaca sekelian. Saya baru selesai mengadakan program parenting di Ibu pejabat Smart Naco, Taman Maluri, Kuala Lumpur pada 6 September 2008 dan di Bandar pusat Jengka, Pahang pada 7 September 2008. Program ini memberikan fokus kepada tiga aspek, pertama mengenali personaliti & potensi anak, Kedua; Pemakanan untuk menyerlahkan potensi anak dan ketiga; sessi anakku sayang.
Program yang bermula tepat pada jam 9 pagi itu menggunakan pendekatan lukisan projektif dan penerangan menerusi lukisan antaranya:
1. lukisan 6 unsur (matahari, pokok, rumah, air, bunga dan ular)
2. Lukisan potret ibu, ayah dan diri sendiri
3. lukisan People in the rain
4. Lukisan 4 pokok
dan juga soalan:
5. soalan 9 perkara (5 nama dan 4 lagu)
6. 5 warna dan
7. 5 haiwan kesayangan

Program ini semakin hangat apabila sesi huraian gambar anak-anak berlangsung. Pelbagai maksud dan keterangan diberikan kepada ibu bapa berkaitan personaliti anak-anak masing-masing. Menerusi sesi ini ibu bapa dapat mengenali, memahami dan mencari jalan untuk menambah baikkan diri anak-anak mereka tanpa memerlukan kehadiran seorang kaunselor mahupun tindakan yang agrasif. Kita juga tidak perlu berkonfrantasi dengan anak-anak untuk mengetahui rahsia mereka kerana semuanya dapat diketahui menerusi lukisan yang mereka hasilkan

Sesi akhir ialah sesi anakku sayang. Sesi ini bertujuan merapatkan hubungan ibu, ayah dan anak agar hatinya dan mindanya lebih dekat dan rapat kepada diri kita. Sessi ini sangat ampuh untuk membuang ego ibu bapa dan juga anak-anak mereka. Selain itu ia juga dapat melakukan "refurnish" atau "rebuilding" diri dan jiwa anak untuk kembali fokus kepada ibu dan ayah mereka. Sesi ini bermula dengan eyes contect, diikuti dengan doa oleh ibu bapa dan juga janji dariada anak yang menerima doa daripada ibu bapa mereka. Sepanjang sesi ini saya akan bercerita kepada anak-anak tentang potensi dan peranan mereka kepada ibu bapa agar mereka menjadi anak yang soleh dan soleha. Bagi merek ayang pernah melalui sesi ini, pasti hatinya akan tersentuh. Sentuhan inilah yang akan mengeratkan hubungan anak-ibu bapa dan juga menjadi pemacu kepada kejayaan anak.

Alhamdulillah, sessi turut disulami dengan tajuk pemakanan minda. Minda memerlukan diet yang betul supaya kita menjadi excellent. Mengapa Spirulina dan susu IgG plus yang kaya colostrum. Kerana makanan ini kaya dengan protin, karbohidrat, mineral, vitamin dan jika kita mampu mengambil 1.5 lit hingga 2 lit air (mengikut keperluan) dalam sehari di samping dapat melakukan latihan penafasan untuk menambah oksigen dalam badan, maka kecemerlangan anak-anak pasti akan terserlah.

InsyaAllah saya sedang merancang untuk program parenting seterusnya di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 20 September 2008 ini. Mog aita dapat bertemu di sana.