Thursday, October 22, 2009

Hujan asid

Kesan Hujan Asid ke atas material bangunan di Kuala Lumpur[1].
Main Rindam[2]
PPPJJ, USM.
Abstrak. Tujuan utama kajian ini ialah untuk menilai sejauhmanakah hujan asid yang turun di Kuala Lumpur mampu memberikan impak yang serius kepada alam sekitarnya, khususnya alam sekitar bangunan. Bandarayaa ini mempunyai banyak bangunan yang dikelasifikasikan sebagai haritage. Komposisi hujan asid ditentukan daripada sampel yang dikutip setiap dua minggu dari lima lokasi terpilih di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepanjang tahun 2008. Lima tapak kajian tersebut ditaburkan secara berkadar dengan jarak daripada pusat bandar. Taburan pH tahunan yang diperolehi ialah antara pH 4.16 hingga pH 4.40. Seratus kali lebih berasid berbanding hujan normal.dan anggaran jumlah pemendapan asid sulfurik dan nitrogen berada dalam julat antara 120 hingga 350 meq m-2 th-1. Hasil kajian ini menunjukkan hujan asid yang berlaku di Kuala Lumpur adalah akibat aktiviti perbandaran dan juga industri.
Kata kunci: Pemendapan asid, hujan asid, pH air hujan, SO2, NOx, pelunturan, peleraian, bangunaan bersejarah

1. Pengenalan
Jabatan alam sekitar dan juga jabatan kajicuaca Malaysia melaporkan hujan asid boleh memberikan impak kepada bangunan dan harta benda. Laporan pada 1988 menyebut ia berpunca daripada emisi yang melepaskan gas NOx dan juga SO2 (Jabatan Kajicuaca, 1988)[1]. Menurut mereka udara kotor boleh menyebabkan kerosakan yang tidak terhingga kepada bangunan-bangunan bersejarah kita. Sekiranya tahap pencemaran ini berterusan dan tidak di bendung segera, kerosakan bangunan-bangunan bersejarah, arca, tugu peringatan dan artifak yang diperbuat daripada batu atau mamar akan berlaku dengan pantas. Sanggupkah kita melihat pertalian sejarah kita dimakan hari di depan mata kita ?
Jabatan tersebut menerusi laman web rasminya menambah sulfur dioksida (SO2) menjejaskan komposisi kulit, fabrik dan kertas menyebabkan kemerosotan mutu. Kadar tertinggi penghakisan struktur besi dan keluli berlaku di tapak-tapak industri tercemar. Ini menyebabkan kebanyakan industri memastikan bahawa setiap kenderaan baru yang dikeluarkan akan dicat lebih daripada dua lapis bagi mengelakkan kakisan pada dinding kereta. Kajian selama lima tahun di Pertaling Jaya menunjukkan kawasan pinggir Kuala Lumpur itu merekodkan jumlah pemendapan asid yang tinggi secara konsistan (Ayers et al, 1999)[2]. Ia ada kaitan dengan kerancakan pertumbuhan di Kuala Lumpur dan sekitarnya sama seperti berkembangnya bandaraya-bandaraya utama di Asia yang lain. Jadi perkembangan ekonomi bandaraya menyumbang kepada meningkatnya jumlah pemendapan asid di bandar-bandar Asia (Galloway, 1988; McDowell, 1988; Rodhe et al, 1992; Ayers, 1991; Kato & Akimoto, 1992).
Soal mereka kepada orang ramai; Pernahkah anda melihat apa yang merupai isikel pada dinding dan cucur atap dari bangunan lama ? Titisan hujan yang kotor menyusup masuk melalui pecahan dinding dan melarut kalsium di dalam konkrit sebelum meresap keluar melalui dindingnya. Ia bergabung dengan karbon dioksida dalam udara dan menghasilkan kalsium karbonat lalu membesar seperti isikel. Apabila kita memerhatikan isikel , kita boleh lihat titisan kekotoran di atas permukaannya.
Peta 1. Pola hujan asid di Malaysia.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, Pertaling Jaya. 2009.
Persoalan yang dibangkitkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kaji Cuaca Malaysia ini menunjukkan hujan asid memberikan impak yang besar kepada alam sekitar, baik fizikal mahupun manusia. Peta 1 misalnya menunjukkan hujan asid memang berlaku di seluruh Malaysia berdasarkan rekod 2007. Berdasarkan Main (2002) ianya sudahpun direkodkan sejak sekurang-kurangnya 10 tahun dulu. Bagaimanapun kawasan yang paling ketara ialah di bahagian pantai barat menganjur ke selatan Semenanjung Malaysia. Untuk rekod purata pH hujan, tidak ada negeri yang menerima hujan asid kurang daripada pH 4.4 tetapi pantai barat semenanjung seperti di Perak, keseluruhan Selangor, Kuala Lumpur, Negeri embilan, Melaka, Johor, selatan dan pendalaman Pahang menerima hujan dengan pH antara 4.4 hingga pH 4.8. Satu aras yang mempunyai tahap keasidan 10 kali lebih berasid berbanding kawasan utara Semenanjung atau 100 kali lebih berasid berbanding hujan di Perlis. Kertas kerja ini akan memberikan fokus perbincangan tentang kesan hujan asid kepada alam sekitar dengan mengambil kaian kes di Bandaraya Kuala Lumpur.
Kesan pemendapan asid pada aktiviti luluhawa batuan karbonat telah lama dikenalpasti (Lipfert,1989; H. Bravo A et al., (2006); Reddy & Youngdahl, 1987). Keperhatinan masyarakat bukan sahaja terfokus khususnya kepada perkara pokok yang berkisar tentang alam sekitar dan juga kesan kepada tahap kesihatan masyarakat tetapi ia turut menyentuh tentang kerosakan kepada monumen sejarah. Menurut Irving (1991) terdapat tiga kelas mekanisme yang terlibat dengan kerosakan pada batuan kesan daripada hujan asid
A. Aqueous disulution hasil tindak balas kalsium karbonat. Batu kapur dan mamar adalah batu karbonat. Batuan ini sangat sensetif terhadap hujan asid memandangkan batuan jenis ini mudah melarutkan kalsium karbonat iaitu menerusi kehadiran ion-ion hidrogen dalam persamaan aqueous (Ayers et al, 2000)[3]. Larutan ini boleh dimendapkan menerusi aktiviti hujan, embun dan kabus.
B. Proses pemendapan gas. Sesetengah pencemaran gas yang penting, seperti sulfur dioksida memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam penghasilan hujan asid. Ia juga memainkan peranan penting dalam menentukan pembentukan gypsum di atas permukaan kerak bumi.
C. Pemendapan partikel ke atas permukaan batuan. Sesetengah pencemaran partikel hanya melalui proses untuk kerosakan accentuate di atas permukaan batuan.
Beberapa aspek kelas pertama mekanisme termasuk pengiraan penyusutan berat batuan, analisis kimia terhadap solusi larian permukaan telah di kaji secara bersungguh-sungguh. Begitu juga dengan analisis secara langsung terhadap recession (Reddy, 1987, 1988). Pengetahuan terperinci berhubung proses ini sangat terhad, khususnya adalah usaha untuk mengenali kesan pencemaran terhadap meterial bangunan.
Jadual 1. Perincian tapak kajian di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Lokasi
Latitut, Utaraan
Longitut, Timuran
Ketinggian, meter
Kuala Lumpur
3º 08’ 16.35” U
101 º 41’ 11.83” T
55 m
Taman Cheras
3º 08’ 16.35” U
101 º 41’ 11.83” T
50 m
Ampang
3º 08’ 16.35” U
101 º 41’ 11.83” T
48 m
Taman Tun Dr. Ismail
3º 08’ 16.35” U
101 º 41’ 11.83” T
50 m
Kampong Sentol Pasar
3º 08’ 16.35” U
101 º 41’ 11.83” T
45 m

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih kukuh berhubung kesan hujan asid terhadap alam sekitar binaan manusia, Bandaraya Kuala Lumpur telah dipilih kerana sifatnya sebagai ibu negara Malaysia sejak 1972. Bandaraya ini mempunyai keluasan 243.65 km persegi dengan penduduk berjumlah 1.5 juta orang dan jiga mengambil kira penduduk kawasan sekitarnya iaitu lembah Klang, ia berjumlah 4 juta orang. Lokasinya terletak di lembah Klang yang mempunyai keluasan sehingga 3000 km persegi dengan menyebar sejauh 80 km ke arah daratan sehingga sejauh kaki tanah tinggi Genting Highland. Kesemua sampel yang dikumpul dan dianalisis diletakkan dalam sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi melihat pola taburan pH hujan asid di kawasan bandaraya tersebut. Lima lokasi stesen kajian yang diletakkan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah seperti Jadual 1 dan Rajah 1.

Rajah 1. Sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kawasan sekitarnya, 2009.
Sumber: Google maps, 2009.


Pusat bandar Kuala Lumpur mempunyai penduduk padat serta menjadi pusat pelbagai aktiviti utama urbanisasi seperti pusat perkhidmatan, perniagaan, industri dan juga pengangkutan. Bangunan bersejarah banyak terletak di bandaraya ini. Justeru, kajian ini mahu melihat kesan langsung hujan asid kepada alam sekitar fizikal, khususnya di zon kedudukan bangunan bersejarah paling terkenal di sini. Bagaimanapun kesan kepada bahan binaan bangunan lain juga diambil kira, khususnya di luar pusat bandar seperti di Ampang, Ceras, Sentol dan juga Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).


2. Pengumpulan data di tapak kajian

Pengukuran sampel diambil daripada beberapa tapak kajian yang diletakkan dalam kawasan bandaraya Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur asalnya adalah milik negeri Selangor sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan pada tahun 1974. Berada ditengah-tengah negeri Selangor, hari ini kepesatan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur telah menjadikannya salah satu bandaraya yang mempunyai kepekatan hujan asid tinggi (Rajah 1). Secara langsung ia disebabkan bandaraya ini dihuni oleh lebih daripada 1.5 juta penduduk dengan kepadatan tinggi. Bukan sahaja penduduknya tinggi, bilangan kenderaannya juga tinggi. Berdasarkan Ayers, 1998; sumber pencemaran oleh sulfur dioksida (SO2 )dan nitrogen oksida (NOx) datang daripada sumber tempatan, sama ada daripada emisi kilang atau kenderaan bermotor. Lembah kelang adalah zon tumpuan aktiviti industri yang pesat, terdapat satu stesen janakuasa elektrik yang menggunakan arang batu di Meru, Klang dan Kuala Lumpur terletak di selatannya. Bandaraya ini juga diberada hampir dengan Petaling Jaya, Kajang, Bangi dan Pucong yang menjadi bandar satelit serta kawasan yang hampir sepenuhnya dibangunkan dengan bangunan perniagaan, perusahaan dan juga perumahan. Purata kelajuan angin di lembah Klang ialah antara 0.5 hingga 1.5 meter per saat-1 (Kabatan Kajicuaca, 2008).

Kawasan manakah dalam Wilayah Persekutuan Kuala lumpur yang menerima tekanan hujan asid lebih tinggi berbanding kawasan lain. Lima lokasi yang dipilih dilihat signifikan untuk menggambarkan pola taburan hujan asid di bandaraya tersebut. Masing-masing ialah Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah bandaraya, Ampang di bahagian timur, Kampong Sentol Pasar di utara, Taman Bukit Ceras di selatan, dan Taman Tun Dr. Ismail di bahagian barat.



Rajah 3. Kedudukan stesen kajian hujan asid di bandaraya Kuala Lumpur.

Ampang terletak di sebelah timur pusat bandar Kuala Lumpur iaitu 11.7 km daripada pusat bandaraya jika menggunakan kenderaan kereta atau bas. Ampang merupakan kawasan petempatan utama dan kawasan yang turut mengalami perkembangan pesat dari segi ekonominya. Pertumbuhan pesat enjadikan hampir semua kawasan tanahnya dibangunkan dengan bangunan termasuk di cerun bukit. Stesen kampong Sentol pasar terletak di utara pusat bandaraya iaitu berkedudukan 6.82 km jika menggunakan laluan kereta atau bas. Kawasan ini juga berpenduduk padat serta pesat dibangunkan dengan kawasan perumahan baru dan lama serta bangunan perniagaan. Sentol merupakan lokasi perhentian keretapi yang beroperasi hingga sekarang ini. Pola pH hujan asid juga akan dilihat dari susut sebarannya ke sebelah barat pusat bandaraya ini. Taman Tun Dr. Ismail terletak pada jarak 13.2 km sekiranya menggunakan jalan raya atau hanya 13 minit perjalanan jika tidak menggunakan laluan pada waktu puncak. Sekitar lanskap Taman Tun adalah kawasan perumahan dan juga perniagaan. Taman Bukit Ceras pula terletak hampir dengan taman Connaought yang berada di selatan pusat bandaraya. Jaraknya dengan pusat bandar 13.8 km iaitu kira-kira 17 minit perjalanan menggunakan kereta ketika di luar waktu puncak. Kawasan sekitar taman ini sedang pesat dibangunkan dengan bangunan perumahan, perkhidmatan dan juga perniagaan.


Rajah 4. Kedudukan stesen kajian hujan asid di bandaraya Kuala Lumpur berasaskan sistem gred.

Bangunan yang dikelasifikasikan sebagai haritej atau bersejarah banyak terdapat dipusat bandaraya, khususnya di sekitar tapak asal bandaraya Kuala Lumpur iaitu sekitar satu hingga 2 km daripada pertemuan sungai Gombak dan sungai Klang. Antara bagunan yang bernilai sejarah ialah bangunan Sultan Abdul Samad, Banguan Stesen Keretapi Tanah Melayu, Masjid Jamek, Bangunan perniagaan sekitar Jalan Pertaling, Bangunan pasar seni serta deretan bangunan lama yang terdapat di situ. Kajian ini bagaimanapun tidak menghadkan bangunan bersejarah sahaja kerana hujan asid juga menampakkan impak kepada bangunan moden seperti bangunan Daya Bumi, Bangunan yang menempatkan beberapa bank perdagangan utama seperti menara MyBank, CIMB dan Agrobank, hotel-hotel utama dan juga menara pencakar langit.

3.Metodologi
Hujan asid diukur berdasarkan kosentrasi ion hidrogen, diterjemahkan dalam bentuk pH dan ia diukur menggunakan julat skala antara 1 hingga 14. Nilai pH di bawah 7 dianggap bersifat asid sementara nilai di atas paras 7 dianggap sebagai alkali[3]. Sampel air hujan dikumpul menggunakan tolok hujan dan juga kandungan SO2, NO2 serta HNO3 menggunakan Ferm-type gas sampler (ferm, 1991; Ayers et al., 1998). Semua sampel hujan diambil berada pada 0.25 meter daripada aras bumi. Semua alat dipagar dan berada di ruang terbuka tanpa lindungan bangunan tinggi atau pokok yan g boleh menganggu proses pengutipan sampel hujan. Kutipan sampel diambil bermula daripada akhir bulan Januari 2008 berterusan hingga penghujung Disember 2008. Sampel dikumpul setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 0800 pagi hingga 1000 pagi waktu tempatan. Sampel air hujan dipelihara daripada degradasi biologikal menggunakan thymol sebagai biocide (Gillett & Ayes; Ayes et al., 1998b) sebagaimana perincian oleh Ayers et al. (1999). Jumlah hujan disukat dan ditentukan secara gravimetrikal. Purata masa kutipan antara sampel dan analisis yang berikutnya ialah dalam tempoh dua bulan.
Analisis kimia menggunakan Ion Chromatography (IC; Dionex model DX500) menggunakan AS11 pemisahan column anion dan CS12 pemisahan cation. Konduktiviti ditentukan menggunakan kaedah elektrod standard, begitu juga nilai pH (Orion meter plus Orion Low Ionic Strength buffers). Data gas dilaporkan dalam bentuk parts per billion (ppb) sebagai molekul gas per molekul udara.

Rajah 5. Dionex Ion Chromatograph. Anion-anion dan kation diukur dan dilaporkan dalam unit
ionic parts per million (ippm).

Anion-anion yang diukur ialah seperti SO4—sulfate,,NO3- nitrate, NO2- nitrite, F- fluoride, Br- bromide, Cl- chloride dan HPO4-- hydrogen phosphate. Kation-kation yang diukur pula terdiri daripada Na+ sodium, K+ potassium, NH4+ ammonium, Ca++ calcium dan Mg++ magnesium.

Ujian makmal
Besi (ferum-Fe)
Sampel hujan asid pada pH 4.2 dialirkan ke atas kepingan besi (ferum-Fe) untuk melihat kesan hujan asid keatas kepingan besi tersebut. Air hujan yang berasid menghasilkan proton tambahan dan memberikan besi cas positif.
4Fe(s) + 2O2(g) + 8 (aq) -> 4Fe2+ (aq) + 4H2O(l)
Bila besi berindak balas dengan lebih banyak oksigen, ia kemudiannya membentuk oksida besi (karat)
4Fe2+ + (aq) + O2(g) + 4H2O(l) -> 2Fe2O3(s) + 8H+ + (aq)
Batu kapur (kalsium karbonat- CaCO3).
Sampel air hujan dengan pH 4.2 juga dialirkan ke atas permukaan kepingan batu kapur untuk melihat kesan hujan asid kepada batuan tersebut yang banyak digunakan di dalam industri pembinaan moden dan juga bangunan bersejarah. Hasil ujian makmal tersebut mendapati hujan asid bertindak balas dengan kalsium untuk membentuk kalsium sulfat.
CaCO3 + H2SO4 -> CaSO4 + H2CO3

4. Hasil dan Perbincangan
Hasil kerja kajian ini fokus kepada impak hujan asid kepada alam sekitar, justeru perbincangan akan berkosentrasi secara khusus kepada kerosakkan bahan binaan bangunan di Kuala Lumpur akibat daripada hujan asid. Jadual 2 mengandungi jumlah hujan dan juga pHnya berserta data kandungan NO2, HNO3 dan juga SO2 untuk tempoh setahun bermula bulan Januari 2008 hingga Disember 2008. Ia menunjukkan semua tapak kajian merekodkan pH hujan di bawah 4.5. Boleh dikatakan kosentrasi SO4-2 dan NO3- sangat tinggi hampir di semua tapak kajian, ia memberikan gambaran bahawa emisi nitrogen oeh kenderaan bermotor lebih dominan berbanding emisi sulfur oleh sektor industri di lembah klang. Memang ada pertalian yang signifikan antara jumlah sulfate dengan pH hujan. Analisis kimia air hujan di kawasan tapak mendapati secara dominan emisi tempatan menyumbang SO2 dan juga NOx sebagai penentu utama keasidah hujan di Kuala Lumpur. Meskipun sumber lain seperti garam lautan (keene & Galloway, 1988), PM10 aerosol yang mempunyai kaitan rapat dengan pembakaran hutan di Indonesia (Ayers et al., 1999) dan juga sumber bukan garam lautan (potassium) yang terhasil daripada aktiviti pembakaran boleh dikaitkan dengan kepekatan hujan asid (Yamasoe et al., 2000[4]). Pengaruh ke atas bahan binaan memang ketara.
Kalsium karbonat daripada debu tanih bersifat agen penutralan asid dalam air hujan di Malaysia. Zhao et al, 1988[5]; Ayers & Young, 1996 dan Khunasopa et al, 1998 menyatakan debu tanih berperanan secara efektif dalam menutralkan keasidan air hujan akibat keasidan anthropogenik di timur laut Asia. Kajian oleh Ayers et al., 2000 mendapati kandungan kalsium lebih rendah berbanding aras sulfate dalam air hujan di lima tapak kajian di Malaysia dengan purata pH hujan di bawah 4.5. Hujan tahunan yang tinggi di kawasan khatulistiwa, litupan tumbuhan yang tinggi serta jauh daripada kawasan kontang yang berdebu menghindarkan persekitarannya daripada menerima debu yang bersifat alkali. Debu yang hadir dalam air hujan di kawasan Kuala Lumpur adalah hasil aktiviti urbanisasi seperti pembangunan pesat di Kuala Lumpur dan lembah Klang itu sendiri. Bagaimanapun nisbah kalsium hanya kurang 15 peratus berbanding aras nitrat dan sulfat menjadikan tahap pH air hujan di Kuala Lumpur tetap tinggi.
5. Hujan asid di Kuala Lumpur dan persekitaraan binaan.
Berdasarkan The Malaysian Watch Acid Rain 1990, negeri-negeri seperti Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Sarawak masih belum terjejas dengan hujan asid. Hasil kutipan data yang dilakukan antara Januari hingga penghujung Disember 2008 dapat ditunjukkan dalam peta bergrid seperti dalam Rajah 3. Pola yang ditunjukkan menggambarkan taburan pH hujan.

Peta 4. Pola jumlah hujan asid menggunakan teknik petak grid dengan berlatarbelakangkan pandang darat sebenar bandaraya Kuala Lumpur, 2009.


Rajah 5. Pola taburan kepekatan pH air hujan (a) dan jumlah hujan (b) bulan Januari 2008 di Kuala Lumpur. Sumber: Kajian Luar 2008.
Taburan hujan tahunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kelihatan lebih lebat di bahagian pusat bandar, Ampang dan Ceras. Hujan di sebelah timur dan utaranya kelihatan kurang sedikit berbanding di bahagian pusat bandar dan juga sebelah selatannya. Jumlah hujan sering dikaitkan secara langsung dengan kepekatan pH hujan. Main, 2002 misalnya menyatakan jumlah hujan berhubung secara negatif dengan kepekatan pH air hujan. Ertinya semakin kurang hujan, aras pH akan menjadi lebih rendah atau air hujan akan menjadi lebih berasid. Hasil analisis pH hujan antara Januari 2008 hingga Disember 2008 mendapati taburan pH hujan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah seperti Rajah 5. Kelihatan pH air hujan lebih rendah (lebih berasid) di kawasan pusat bandar, TTDI dan Sentol berbanding Ampang, Ceras dan kawasan selatan WP Kuala Lumpur. Ini ada kaitan dengan kehadiran debu tanah tempatan yang berterbangan di atmosfera rendah akibat kepesatan pembangunan tanah di Ampang, Ceras dan kawasan selatan bandaraya tersebut. Debu tanah boleh bertindak menutralkan kepekatan hujan asid di bandaraya ini.
6. Kesan hujan asid kepada material bangunan.
Hujan asid bersifat penghakis dan juga peluntur. Ia memberikan impak kepada bahan binaan daripada besi (iron), atap zink dan juga batu kapur. Hujan asid mendatangkan kesan kerosakan ke atas binaan yang menggunakan gangsa sebagai struktur binaannya. Melunturkan cat dan juga batuan khususnya batu kapur sehingga ia menghilangkan nilai estatika bangunan, jambatan dan juga binaan yang mempunyai nilai budaya seperti tugu, monumen, ukiran dan juga kereta. Hari ini, hampir semua bangunan menggunakan granit sebagai bahan utama dalam senibina bangunan moden seperti bangunan pencakar langit, jambatan serta monumen di bandaraya Kuala Lumpur. Granit mengandungi mineral silikat, sama seperti feldspar dan quartz merupakan batuan yang tidak tahan serangan asid. Feldspar apabila bertindak balas dengan asid lemah akan menghasilkan liat dan melarutkan silika. Aktiviti ini akan melemahkan ikatan mineral quartz dalam granit dan menerusi aktiviti luluhawa fizikal ia boleh telerai dalam bentuk butiran pasir quartz. Hujan asid mampu bertindak secara kimia jika proses kekemasannya tidak dilakukan dengan betul. Etsa atau aktiviti pengoresan pada lapisan granit boleh berlaku. Jika ia betul-betul berlaku bererti lapisan kilat granit telah ‘dimakan” oleh asid. Garis-garis putih seolah-olah aliran air akan kelihatan mengalir keluar daripada dinding granit akibat hujan asid. Ia benar-benar memberi pemandangan yang tidak elok.
(a) (d) (e)
Gambar 1. Bangunan Daya Bumi (1a), Kuala Lumpur. Antara bangunan yang menerima impak hujan asid. Aliran berwarna putih pada dinding bangunan kelihatan dengan jelas (1b) dan 1(c). Pemerangkapan kotoran udara oleh gypsum pada kepingan dinding bangunan Daya Bumi (City Point) (1(d)). Gambar 1(e) menunjukkan aktiviti pengaratan akibat hujan asid pada salah satu lampu hiasan lanskap di sekitar bangunan Daya Bumi atau City Point.
Kekemasan bangunan di kawasan bandaraya Kuala Lumpur banyak yang menggunakan batu kapur sebagai medium utama. Batu kapur adalah jenis batuan kedua yang paling banyak digunakan dalam industri binaan kebanyakannya disebabkan kelebihan tekstur dan warnanya yang seragam. Ia juga mudah untuk dibentuk berbanding granit. Batu kapur mempunyai keasalan daripada pelbagai sumber antaranya daripada negara Itali (Arabescato Orobico Grigio dan Peperino Grigio), Peranchis (Richeval) dan Turki (Afyon Grey ). Batu kapur dan mamar mempunyai mineral utama iaitu kalsit (kalsium karbonat) dan ia sangat mudah larut kepada asid lemah. Ia banyak digunakan sebagai kekemasan lantai, dinding dan kekemasan laman. Bangunan Daya Bumi (City Point) yang menjadi salah satu mercu tanda bandaraya Kuala Lumpu adalah antara bangunan yang menggunakan kepingan mamar sebagai kekemasan dindingnya. Hujan asid menyebabkan bahagian dindingnya yang dihiasi dengan kepingan mamar telah rosak teruk dan langkah yang diambil untuk membendung kerosakan lebih teruk ialah dengan mengecat keseluruhan dinding bangunan menggunakan cat minyak (1 a-d).
Batu pasir daripada sumber tempatan digunakan secara meluas dalam industri binaan di negara kita. Batu pasir mengandungi mineral silika yang mempunyai ciri tahan asid. Bagaimanapun jika batu pasir yang digunakan mengandungi karbonat ia juga boleh terlarut apabila terkena hujan asid. Bukan sahaja aktiviti pelarutan akan berlaku tetapi juga beberapa tindak balas lain turut menjadi punca mengapa bahagian luar bangunan di bandaraya ini mengalami kerosakan. Bangunan Sultan Abdul Samad, dibina pada tahun 1884. Menggunakan seni bina mahometan juga dikenali sebagai neo-saracenic (Gambar 2). Hujan asid menyerang bahagian kubah yang diperbuat daripada tembaga dan menukarkan warnanya kepada kehijauan.


Gambar 2. Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur (2a) merupakan mercu tanda bangunan haritage penting. Bangunan ini juga menerima kesan hujan asid seperti pada bahagian dindingnya (2b) yang memerangkap kotoran dan mengalami proses pengikisan dan peleraian(2c).
Bangunan sering menerima kesan buruk kerana terdedah kepada cuaca, kesan hujan asid, angin, matahari dan embun. Hujan asid bertindak mempercepatkan proses kerosakannya. Bukan sahaja di Bandaraya Kuala Lumpur, seluruh dunia merasakan pembebasan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida menyumbang kepada masalah pengasidan air hujan yang turun di bandaraya ini. Pemendapan asid mendatangkan kesan buruk kepada hampir semua bahan binaan daripada tahap rendah hinggalah ke tahap yang teruk. Batu kapur, mamar dan batu pasir adalah bahan atau material yang boleh dikategorikan sebagai bahan yang mudah diserang hujan asid. Bagi kes bangunan Sultan Abdul Samad (Gambar 2), bahagian dindingnya mengalami serangan hujan asid yang teruk. Asid sulfurik bertindak balas dengan kompaun kalsium pada batuan dinding bangunan untuk menghasilkan gypsum (Gambar 2(b)) yang kemudianya (melalui proses masa) menyerpih (Gambar 2 (c)).
Bahan-bahan binaan lain yang dianggap sebagai mudah diserang hujan asid ialah besi-keluli, nikel, zink, tembaga, cat, jenis plastik tertentu, kertas, kulit dan kain sementara penggunaan besi tanah karat dan aluminium adalah lebih kalis asid lemah. Sifat air ialah ia boleh meresap masuk ke dalam struktur bangunan dan juga tanah. Jika ia meresap masuk ke dalam dinding melalui liang pori maka ia boleh merosakkan dinding dari dalam dinding bangunan itu sendiri. Air hujan boleh meresap masuk ke dalam tanah, oleh itu, hujan asid mampu merosakkan struktur paip, dan kabel bawah tanah selain mampu mendatangkan kerosakkan kepada bangunan, jambatan dan kenderaan yang terdapat di atas permukaan bumi.
Masjid Jamek Kuala Lumpur yang dibina berasaskan seni bina Moghul rekaan A.B. Hubback. Ia di bina pada tahun 1907 berdekatan pertemuan sungai Gombak dan sungai Klang. Dindingnya diperbuat daripada batu bata merah.Bahagian ini menerima kesanhujan asid yang ketara, selain bahagian kubahnya. Bangunan Daya Bumi, Kuala Lumpur yang sekarang dikenali sebagai City Point berdingkan kepingan mamar. Bagaimanapun kepingan dinding mamar ini telah dicat dengan cat minyak bagi mengelakkan kesan hujan asid yang melampau. Namun bahagian dindingnya tetap menerima impak hujan asid yang sangat ketara, termasuk menerusi aktiviti pengaratan binaan yang menggunakan besi sebagai bahan utamanya. (Gambar 1). Kelab Sultan Selangor masih mengekalkan seni bina mock-tudor yang dibina pada 1884. Bangunan ini juga tidak dapat mengelakkan serangan hujan asid kepada struktur dindingnya. Nasib yang sama juga menimpa bangunan gereja yang dibina bersebelahan bangunan ini.

Gambar 3. Bangunan gereja yang dibina pada 1894 di Dataran Merdeka, bersebelahan bangunan Klab Sultan Selangor. Ukiran pada bahagian menararanya sudah menunjukkan ciri-ciri haus akibat aktiviti kikisan hujan asid. Bahagian atap genting pada bumbung bangunan ini juga berwarna kehitaman akibat pemerangkapan kotoran oleh gipsum. Bandingkan dengan atap bangunan Klab Sultan Selangor yang baru melalui proses pemuliharaan sesuai dengan tarikh menyambut hari siap pembinaannya yang ke 125 tahun.
(a) (b)
Gambar 6 (a). Bangunan Klab Sultan Selangor dan Panggong Dewan Bandaraya (b).
Stesen keretapi Kuala Lumpur, dibina pada 1910 menggunakan seni bina moorish. Bangunan ini masih kekal sehingga ke hari ini (Gambar 7). Bahagian dinding dan bahagian kubahnya merupakan kawasan yang menerima kesan hujan asid yang ketara. Dinding dan kubah bangunan ini menunjukkan kesan pemerangkapan enapan asid yang kemudiannya bertukar menjadi kehitaman serta mengotorkan bahagian tertentu pada dinding dan kubahnya sama seperti yang dialami oleh bangunan Sultan Abdul Samad.
(a) (b)
Gambar 7 (a dan b) Bangunan hoteh Haritej, stesen keretapi lama Kuala Lumpur adalah antara bangunan bersejarah yang terdedah kepada ancaman hujan asid.
Panggong Dewan Bandaraya, sepanjang jalan Tun Perak dan Jalan Raja jug aantara bangunan bersejarah yang menggunakan kubah serta berdinding batu bata merah sebagai identiti utama binannya. Bangunan ini sengkatan dengan bangunan mahkamah di Jalan Tun Perak. Serangan hujan asid sangat ketara di bahagian kubah dan juga dindingnya. Bahagian kubah sudahpun dicat berulang kali dan aktiviti hujan asid masih mampu melakukanaktiviti pelunturan, pereputan, pemudaran dan pengikisan pada bahagian kubah serta dindingnya. Aktiviti yang sama berlaku pada bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak berhampiran dengannya.

Gambar 8. Air pancut di Dataran Merdeka adalah salah satu seni bina bernilai sejarah yang mengalami pelunturan nilai kerana ancaman hujan asid.
Air pancut di Dataran Merdeka, 1897, ia dikatakan dibina di England dan dipasang semula di dataran Merdeka. Arca seladang yang menghiasi binaan air pancut ini menerima kesan hujan asid paling ketara. Arca seladang sedang mengalami pengikisan paling ketara sehingga mehilangkan bentuk atau imej sebenar arca asal khusunya pada bahagian dagu imej haiwan tersebut. Bahagian-bahagian lain binaan ini juga mengalami serangan hujan asid dan aliran cecair berwarna hijau dan karat merupakan kesan paling ketara pada dinding luar binaan air pancut bersejaran ini.
7. Kesimpulan
Kajian ini mengumpul data bermula daripada bulan Januari 2008 hingga penghujung bulan Disember tahun yang sama. Lima tapak kajian ditentukan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, masing-masing berada dalam sempadan ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Kedudukan pH air hujan di Kuala Lumpur teryata tinggi disebabkan oleh aktiviti urban dan juga industri komunitinya. Jumlah purata NOx dan SOx adalah antara 270 hingga 350 meq m-2 y-1. Justru bacaan nilai pH hujannya berada pada purata pH 4.2 hingga pH 4.4. Aras pH hujan rendah ini mendatangkan impak kepada bahan binaan di Kuala Lumpur. Cadangan saya ialah pihak Dewan Bandaraya perlu menukarkan penggunaan mamar sebagai bahan kekemasan bangunan sebaliknya menukarkannya kepada bahan berasaskan granit seperti Newton granit atau turut dikenali sebagai Autumn Brown yang lebih kalis hujan asid dan juga bahan pencemaran udara yang lain. Bahan binaan daripada batuan granit lebih tahan serangan hujan asid. Ia bukan sahaja tahan haba, air dan gegaran, malah ia mempunyai hakisan iaitu pada kadar 0.125 inci dalam tempoh 1000 tahun. Pemilihan granit lebih baik disebabkan tahap ketelapan (mengikut jenis dan sumber asal) granit lebih rendah (0.00125 %) berbanding mamar (0.06 %). Kajian baru menganggarkan sehingga penghujung 2010 program hujan asid mampu mengaut keuntungan sehingga US$122 bilion dengan kos tahunan hanya US$3 bilion dengan mensasarkan penurunan ke atas emisi industri dan kenderaan pada skala yang lebih luas.

8. Penghargaan
Kertas kerja ini adalah sumbangan kepada kajian hidrometeorologi bandar; kesan hujan asid kepada alam sekitar. Kajian ini telah dibiayai sepenuhnya oleh Universiti Sains Malaysia di bawah gran jangka pendek 304/PJJAUH/638096. Penghargaan diucapkan kepada Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Kajicuaca Malaysia yang telah membiayai serta membekalkan data kajian ini.

Rujukan
Ayers, G.P., Leong Chow Peng, Lim Sze Fook, Cheah Wai Kong, Gillett, R.W. & Manins, P.C. 1999. Atmospheric concentrations and deposition of oxidized sulfur and nitrogen species at Petaling Jaya, Malaysia 1993-1998; Tellus. 3.0 301-310.
Ayers, G.P, Leong Chow Peng, Gillett R.W & Lim Sze Fook. 2002. Rainwater composition and acidity at five sites in Malaysia, in 1996. Water, air and soil pollution 133:15-30, Kluwer Academic Publisher. Netherlands.
Main Rindam, 2003 (a). The effect of total rainfall and soil pH: Seasonal analysis. Proceeding in a national Conference on Geography education. Universiti Sains Malaysia.
Main Rindam, 2003 (b). The increase of the total number for transport on the road and its relationship with acid rain. Proceeding in a national Conference on Geography education. Universiti Sains Malaysia.
MMS: 1988, ‘On Rain Acidity Analysis Based on Data from the National Rain Monitoring Network’, Malaysian Meteorological Service Report, Kuala Lumpur.
Yamasor, M. A., Artaxo, P., Miguel, A. H & Allen, A.G., 2000. ”Chemical composition of Aerosol particels from direct emissions of vegetation fires in the Amazon Basin: Water soluble species and trace elements. Atmospheric Environment. 34, 1641-1653.
Zhao, D., Xiong, J., Xu, Y & Chan, W. H., 1988. Acid rain in South-western China. Atmos. Environ. 22, 349-358.


[1] Kertas kerja dibentangkan di bengkel pembangunan persekitaran sihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 17 Julai 2009.
[2] Beliau adalah pensyarah kanan bidang Geografi di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM.
[3] Green Pages. Diterbitkan pada 9 September 2006. http://www.greenpages.net.my/node/2
[1] MMS: 1988, ‘On Rain Acidity Analysis Based on Data from the National Rain Monitoring Network’, Malaysian Meteorological Service Report, Kuala Lumpur.
[2] Ayers, G.P., Leong Chow Peng, Lim Sze Fook, Cheah Wai Kong, Gillett, R.W. & Manins, P.C. 1999. Atmospheric concentrations and deposition of oxidized sulfur and nitrogen species at Petaling Jaya, Malaysia 1993-1998; Tellus. 3.0 301-310.
[3] Ayers, G.P, Leong Chow Peng, Gillett R.W & Lim Sze Fook. 2000. Rainwater composition and acidity at five sites in Malaysia, in 1996. Water, air and soil pollution 133:15-30, Kluwer Academic Publisher. Netherlands, 2002.
[4] Yamasor, M. A., Artaxo, P., Miguel, A. H & Allen, A.G., 2000. ”Chemical composition of Aerosol particels from direct emissions of vegetation fires in the Amazon Basin: Water soluble species and trace elements. Atmospheric Environment. 34, 1641-1653.
[5] Zhao, D., Xiong, J., Xu, Y & Chan, W. H., 1988. Acid rain in South-western China. Atmos. Environ. 22, 349-358.

Wednesday, October 21, 2009

Bajet 2010.

Syawal telah berlalu. pastinya ia tak datang lagi. Namun banyak peristiwa telah berlaku dan setiap satu pasti ada KPI yang tersendiri. Bajet 2010 memang menarik untuk diikuti, tetapi bajet ini bukan bajet yang dibentangkan di parlemen oleh Dato Sri Najib. bajet ini pastinya dibentangkan dalam palemen diri sendiri yang mengukur agihan kasih sayang antara ayah dan ibu, suami an isteri mahupun anak-anak serta cucu yang ada di sekeliling kita. Pembentangan bajet memerlukan pemikiran terbuka. ia memerlukan kumulatif idea besar yang dibaluti dengan nilai hemah yang tinggi.

Apakah kasih sayang kita sudah cukup untuk ibu dan ayah. Apakah bajet cinta dan sayang kita sudah memenuhi kotak hati isteri kita, sudahkah kita memenuhi bajet kasih sayang untuk anak dan cucu serta saudara mara yang ada di sekitar kita. Kadang kala...atau sering kali kita sudah terlalu yakin yang bajet kasih sayang kita sudah cukup dan memadai untuk ibu ayah....isteri, anak-anak hata cucu yang ada. Sering jug akita begitu yakin bajet kasih sayang kita sudah tepu dan tidak perlu kita nilai aspek ketirisan yang kita cipta dan lakukan sendiri terhadap KPI kasih sayang kita kepada mereka........

Kerap juga ego kita merasakan bajet kasih sayang sudah tidak perlu lagi setelah usia perkahwinan memanjat lebih 20 tahun....30 tahun....hata setengah abad lamanya. Kit amerasakan kasih dan sayang kita sudah umpama teh tarik......atau air sirap atau lebih buruk lagi umpama air kosong. Kita merasakan orang sekeliling tidak perlu kasih sayang dan kata manja kita....kita berasa jijik untuk mengungkapkan erti kata cinta....sayang....kasih kerana usia sudah memamah jelita mata dan wajah pasangan kita...ibu bapa....mahupun anak-anak yang berderet dan sudah mendap kerja sendiri.

Bajet 2010 perlu dilihat dari aspek agihan kasih sayang supaya manusia di sekeliling kita subur hatinya. Sesungguhnya Allah mengetahui sesuatu yang terbaik untuk kita. Janganlah kita terlalu menghadkan bajet 2010 kepada hal kewangan semata-mata.......jentiklah perasaan hati. Suntiklah mata hati dengan eye-mo kasih sayang dan belai manja supaya ia segar dan subur. Supya hatinya mekar. Supaya wangian rindu dan sayangnya tetap merewang ke seluruh pelusuk alam. Sesungguhnya setiap kejadian Allah sudah tentukan hikmah-hikmahnya, percayalah. Yakinlah.

Monday, September 28, 2009

memori hari raya 2009

Memori Hari Raya
Inilah memori hari raya tahun 2009. Saya, ayah mertua dan Isteri. Anak sulung Nurul Aqilah Zahrah, Muhammad Afiq Rabani di sebelah kiri dan yang bungsu Muhhamad AimanHariz di tengah-tengah. Setelah sekian lama, inilah kali pertama dapat bergambar bersama-sama.

Hari raya pertama, beraya di rumah ayah mertua dan ibu mertua. Ayah mertua bernama Wan Ahmad yang tinggal di teratak beralamat di Taman Johor Jaya. memori hari raya datang dan pergi setahun sekali. Ia satu anugerah yang dikurniakan Allah s.w.t. Ia datang dengan satu kurniaaan yang tidak ternilai harganya. Saya cukup bersyukur kerana kehadiran kami sekeluarga dapat dipotretkan menjadi memori dalam blog ini. Ia tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Ia ditatap olehmanusia dari seluruh dunia. Mak Yam, duduk di sebelah Isteri dan Ayah mertua. This is my family.




















Apalah erti raya jika tidak ada bersama ibu dan bapa. Apalah erti sebuah raya jika tidak disamping ibu tercinta, apalah makan sebuah raya jika tak dapat mengucup tangan ibu tua. Apalah erti sebuah kebahagiaan jika tidak ibu bersama. Raya ini saya rayakan dengan cukup bermakna kerana saya dapat bersama dengan ibu. Ini ibu saya, ibu yang melahir dan membesarkan saya dengan susah payahnya. Masih banyak yang belum dapat ku balas. Nanti ibu, suatu ketika nanti jika masih ada khudrat ini, akan ku pastikan masih ada waktu untuk mu, masih akan ada kucupan manja dijari jemari mu dan masih ada dakapan mesra untuk mengisi rindu mu. Ibu sentiasalah sihat agar anakmu dan cucu-cucumu dapat menatap wajah mu lagi. Hari raya memang satu anugerah. Atas niat yang betul. Atas hasrat yang dimakbulkan, Sesungguhnya benarlah Tuhan itu ESA. Bersyukur benar, saya dapat bertemu ibu nan satu ini....yang tidak ada galang gantinya. Tidak ada air mata yang dapat melembutkan kulit-kulit tangan mu yang membesarkan kami.....tidak ada bahasa yang dapat memudakan raut wajahmu yang dimamah usia kerana menjadikankami berjaya....terimakasih ibu.





Cukup istimewa hari raya kali ini rumah Ayah mertua dikunjungi sanak saudara. Pertamanya keluarga daripada En. Nasir & Maryam dengan enam anak-anak mereka. Tengoklah gambar mereka bergambar sekeluarga, cute-kan. Saya dengan cek Nasir ni kenal lama dah, sebelum beliau berumah tangga lagi saya dan kenal keluarganya. Saya kenal adik beliau cik murni. Masa tu kami lepas STPM. Emak dan bapa Cek Nasir sangat baik dengan saya, namun semuanya tinggal memori. Emak, bapa dan cek Murni yang baik tu dah tidak ada lagi. Tuhan lebih menyayangi mereka. Al-Fatihah, semoga roh mereka berada disisi yang Esa. Cek Nasir ni hebat orangnya, dulu dalam UMNO bahagian pun hebat tu. Isterinya Maryam pun apa kurangnya, cakap masak apa sahaja, datanglah ke rumah mereka ketika rumah terbuka. Laksa johor dia 1st class. Tengoklah depa punya possing, cukup sempurna. Saya cukup seronok dengan mereka ni. Berpersonaliti.
Berdiri dari sebelah kiri ke kanan, Ani, nadia, kembar mengapit Cek Nasir dan Cik Maryam, Nasri yang sulung dan yang bungsu berdiri comel di sebelah Mak mertua dan Ayah mertua. Potret ini cukup comel. Senyuman mereka cukup manis dan ini menjadi penyeri kepada blog ini. I have no words. Speachless. Superb. Saya personaly cukup respect keluarga cek nasir ni. Cukup perurah. Anak-anak mereka cukup berbudi bahasa. Semasa menghadiri rumah terbuka Cek Nasir, anak-anak yang membantu dan yang bestnya, bihun soto dan nasi goreng cukup meletup. Memang sedap. Tahniah. Memang kelas.

Satu lagi famili yang sangat meceriakan ialah keluarga adik, Azmi and Family. Keluarga depa ni terdiri daripada enam beranak. Azmi & isteri, anak pertama mohd. Azim, amira, anisah (cica) dan baby. Yang ni cute-cute belaka. Cica punyalah comel dah macam anak patung. Tak caya tengoklah gambar dia tu. Kalu amik masuk iklan mesti meletup punya.


Tengoklah sendiri, baby yang comel sangat di dalam dakapan ibunya. Bermata bulat dan cukup cute bila berpakaian baju melayu dengan songkok dan kasut pinky. Comel sangat. Rasanya hari raya ni cukup bertuah kerana dapat beraya dengan family mereka. Satu anugerah tentunya. Kakak no dua tu yang duduk dipangkuan adik saya Azmi, betapa comelnya si cica ni. Kan saya dah kata macam anak patung. Mata bulat dan berambut ikal mayang, Kena dengan baju kurung pula, so sweet. Akak pula berdiri bersebelahan bapanya. Sebelahnya pula abang sulung yang bernama Azim. Kakak yang besar sikit tu anak sedara Azmi. Menatap gambar keluarga Azmi rasanya tidak pernah puas, cute-cute belaka.
Saya satu family ada sebab kenapa raya ni cukup istimewa sekali. Istimewa kerana kami cukup rapat dengan baby dan cica. Psikologi menbolehkan baby dan cica mudah mesra dengan kita, Baby cukup suka bertimang dan mudah serasi dengan kaki. Baby ni sampai sekarang masih tercium bau baby tu. Ia menjadikan kami merinduinya. Tontonlah keletah baby dalam klip video yang sempat saya ambil. Lihatlah betapa bijaknya dia. Sifat ingin menerokanya cukup tinggi. Tengok.
Tengok betul betul betapa besarnya mata baby. Cute sangat. Lebih lagi bila dia gigit jari. Tu yang buat kami bertambah-tambah geram kat dia ni. Satu kelemahan baby ni dia pengelisikit, jadi kalau nak cepat diterima olehnya kena geletek dia dulu. Satu lagi baby sukakena timang. Kalau dia dah suka, tak payah henjut, dia henjut sendiri. Tu yang lenguh lengan tu. Tetapi itulah kepuasan kami bersama baby.
Tengok Cica, sweet and cute.


Sunday, September 27, 2009

Seorang ibu & Rakan Lama

Raya tahun 2009 membawa saya ke kampong menemui seorang ibu tua yang sudah lama saya tidak kunjunginya. Hari ini walaupun sekejap, saya tetap ditakdirkan dapat mendakap dan merasai masakannya. masakan yang begitu saya rindui...lepat pulut berintikan kacang. Rasanya saya tidakakan dapat merasakan masakan yang begitu mengasyikkan lagi. Sentimental raya bersama ibu walaupun hanya beberapa detik menjadi pengubat kerinduan yang bertahun-tahun telah saya tinggalkan. Seorangibu yang semakin dimamah usia. rasanya jasamu tidak dapat dibalas walau kudratku berusia seribu tahun di dunia ini. Emak anakmu ini sangat berbangga dengan mu. Emak, tidak terubat rinduku pada mu.

Seorang rakan yang saya sayangi sedang menanti. Rakan yang saya kenali sejak di sekolah lagi. Saya merinduinya namun tidak ada kesempatan ruang geografi dan masa untuk menemuinya. Barangkali belum waktunya untuk saya dapat bertemu dengannya. Barangkali tuhan tahu sebabnya dan barangkali saya masih belum mampu menerima hakikatnya.

Sunday, July 12, 2009

Air yang bersih

Asalamualaikum wbt. Salam sejahtera, semoga semuanya berada dalam lindungan Allah s.w.t. Marilah kita sama-sama berdoa supaya kita dimurahkan rezeki, diberikan sifat kesyukuran dan diberikan ruang dan peluang untuk menemui ramadan pada tahun ini.

Hari ini saya mahu berbicara tentang sumber air. Nampaknya air kita semakin tidak bersih. Baru-baru ini ketika saya berada di Hotel Orkid, bandar Melaka saya dapati air paipnya berbau klorin yang kuat.....malah sangat kuat. Benar klorin dapat menghapuskan kumat tertentu tetapi ia tetap tidak baik untuk kesihatan manusia. Kemudia ketika berada dalam mesyuarat pemetaan semula mata pelajaran geografi, penceramah menceritakan yang sumber air di negara ini bukanlah selamat sangat. saya sendri mengakuinya dalam bberapa keadaan pertamanyasungai yang menjadi sumber air negara kebanyakannya sudah dicemari oleh pelbagai bahan pencemaran, baik fizikal mahupun kimia. Bahagian atas aliran sungai sudah ditebang pokoknya oleh petanian haram mahupun aktiviti pembalakkan. Di bahagian tengahnya pula diperbanyakkan ladang ternakan babi dan ayam yang kumbahannya dibuar masuk ke dalam air sungai. Ini tidak termasuk tabiat peduduk yang suka membuang sampah ke sungai.

Apa yang hendak saya katakan ialah, minumlah air bersih. Sekarang air penapis sudah sangat mudah boleh diperolehi. Antara RM 800 hingga RM 1500. Jika ada yang lebih mahal daripada itu, ia sangat "merapu". Bekalkan air bersih kepada anak-anak kita sebelum ke sekolah dan ketika berada di rumah. Berikan mereka minuman daripada air berpenapis.

Thursday, March 12, 2009

Trauma

Trauma mempunyai definisi secara perubatan dan juga kejiwaan atau emosi. Selama lebih 20 tahun dalam bidang motivasi terfokus kepada analisis personaliti, trauma bagi saya ada kaitannya dengan aspek kemurungan. Secara perubatan, trauma berarti cedera, luka, atau shock fisik yang serius atau parah. Definisi ini sering digabungkan dengan pengubatan trauma yang dipraktikan dalam keadaan kecemasan dan mewakili pandangan terkini. Secara kejiwaan atau emosi, trauma diandaikan sebagai sebuah maksud yang berbeza dan berarti sebuah pengalaman secara emosi yang menyakitkan, distress, dan mengejutkan, di mana biasanya menghasilkan kesan mental dan fisikal yang mendalam.Trauma secara kejiwaan, atau kekerasan emosi, intinya respon normal pada sebuah peristiwa yang ekstrim. di mana ia melibatkan pencitraan memori emosi tentang peristiwa distress yang tersimpan sangat dalam di otak. secara umum, hal ini dipercaya semakin berkaiat secara terus dengan tekanan, semakin besar kemungkinan terjadi kekerasan emosi. Peristiwa amuk di sekolah yang semakin kerap berlaku di Amerika dan German adalah sebagai contoh; murid murid yang melihat temannya tertembak atau terbunuh secara emosi akan terpengaruh daripada murid lain yang tidak melihat ketika peristiwa itu terjadi, tetap mempunyai kemungkinan-kemungkinan, sehingga dengan alasan ini semua anak anak dan orang dewasa yang terlibat kekerasan atau bencana sebenarnya hanya melihatnya melalui media cetak, Oleh itu mereka harus diawasi supaya tidak wujud ap ayang diistilahkan sebagai disstress emosional.

Pernahkan anda melihat orang melukis pokok yang seakan-akan dipulas-pulas. Pokok yang dipulas-pulas menunjukkan pelukisnya berada dalam keadaan stress. Walaupun perkataan stress itu agak subjektif tetapi meletakkan imej yang dipulas-pulas menunjukkan pelukisnya mahu meluahkan perasaan geram. Stress mahupun traumatik yang dialami oleh pelukis tidak semestinya berlaku atau terjadi sepanjang kehidupannya tetapi pernyataan yang paling tepat ialah bila ia pernah berlaku. Barangkali ia berlaku ketika ia sedang melukis, ketika usia remaja atau ketika usia kanak-kanak. Sebenarnya elemen pulas pada imej pokok boleh kelihatan pada bahagian kulit, dahan atau ranting, batang pokok mahupun akarnya.

Wednesday, March 11, 2009

Kepelbagaian ciri pada lukisan pokok

Asalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Pokok adalah hidupan yang diciptakan oleh ALLAH s.w.t. bertujuan melaksanakan fungsi yang tersirat. Al-Quran diturunkan dalam tempoh 22 tahun 2 bulan dan 22 hari. Al-Quran menyebut banyak kali tentang pokok-pokok dan tumbuhan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Antaranya ialah Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
" Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian. Dan buah anggur serta sayur-sayuran. Dan zaitun serta pohon-pohon kurma. Dan taman-taman yang menghijau subur. Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu (‘Abasa:24-32).
Ingatkah kita kepada hadis nabi Muhammad s.a.w. yang ini:
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua kubur yang baru ditanam, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kedua kubur ini sedang disiksa dan tidak disiksa kerana dosa besar, adapun yang satu maka tidak bersih jika cebok dari kencingnya dan yang kedua biasa berjalan membangkitkan fitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil dahan pohon yang hijau lalu dibelah dan menancapkan diatas kubur masing-masing. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, mengapakah engkau berbuat itu?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Semoga Allah s.w.t. meringankan keduanya selama dahan ini belum kering."
Marilah kita mencari erti keikhlasan. Ertinya “Keikhlasan”
(BERSIH HATI DARI SEGALA TUJUAN SELAIN KEREDHAAN ALLAH S.W.T.)khususnya menerusi doa. Jika pokok yang menghijau itu sentiasa berdoa, apatah lagi kita sebagai insan muslim. Kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa itu juga boleh dianggap sebagai ibu ibadah. Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi yang berbunyi :‏ Ertinya : Dari Anas bin Malik, dari Nabi s.a.w bersabda : Doa itu adalah ibu atau hati ibadah. (Hadith riwayat Imam Tirmizi)Ketahuilah, doa yang dipohon dengan hati yang ikhlas lagi tawadu' akan memberikan kesan yang sangat besar pada kehidupan kita. Melalui berdoa bukan sahaja memberikan kebaikkan kepada diri kita malah juga kepada orang yang didoakan, seperti contoh kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran, Kesejahteraan keluarga kita, ketenteraman Negara kita dan sebagainya.Doa yang kita panjatkan pada Allah SWT pasti akan diperkenankan. Ini janji Allah. Setiap doa kita pasti akan diperkenankan atau Allah akan berikan yang lebih baik untuk kita. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 186:Maksudnya : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.Saudaraku, begitulah rahmat yang telah Allah berikan kepada kita. Dengan kebijaksanaanNya dan kasih sayangNya Allah SWT akan mengkabulkan doa-doa semua hamba-hambanya (dipetik daripada khutbah jumaat majlis agama Islam Singapura, 24 Ogos 2007..
Kembali kepada perbincangan berhaitan pokok. Jika pokok yang dilakarkan itu terbelah dua atau mengalami unsur-unsur kecacatan, seperti patah atau ditebang, dipanah petir dan lainnya, ia menggambarkan pelukisnya sedang mengalami masalah yang teruk. Boleh jadi masalah mental atau masalah kemurungan.

Tuesday, March 10, 2009

Batang pokok.

Asalamualaikum wbt.
Kata orang ubat sebenar kepada sebarang jenis penyakit ialah otak kita. Dalam bahasa akademiknya minda. Beberapa pakar motivasi yang mengerakkan idea berhubung kekuatan minda atau kuasa minda (mind power) berpendapat sekiranya kita betul-betul fokus kepada sesuatu perkara kita akan mampu memperolehinya. Misal kata, kita memberikan fokus seratus peratus, dua ratus peratus atau lebih kepada keinginan untuk menjadi kaya, dengan izin Allah s.w.t kita boleh menjadi kaya. Kekuatan minda sebenarnya suatu aset yang sangat besar kepada manusia. Kemampuan aqal untuk menjadi pemulih daripada semua jenis penyakit sangat hebat namun kajian menunjukkan kita hanya menggunakan kurang 10 peratus aqal kita dalam kehidupan kita sehari-hari.

Hari ini saya akan mengaitkan lukisan batang pokok dengan personaliti seseorang. Lukisan batang pokok juga boleh dihubungkaitkan dengan sikap manusia itu sendiri. Lukisan batang pokok (trunk) dapat menunjukkan ego seseorang. Menurut kamus, ego ialah rasa kepentingan diri. Rasa bangga diri, maruah diri dan sesetengah berpendapat ia berkait rapat dengan keupayaan diri seseorang. Bahasa pasar kit akata, ego sebagai "angkat bakul sendiri" atau puji diri sendirilah.


Setiap orang yang dilahirkan pasti mempunyai ego sendiri. Kecil atau besar bergantung bagaimana ia dipupuk atau dibesarkan. Bagaimana ia mendapat pendidikan format atau tidak, latar belakang keluarga dan masyarakat juga mempengaruhinya. Ego adalah satu identiti sendiri. Ego adalah fikiran sedar kita. Saiz ego dapat dilihat berdasarkan saiz batang pokok yang dilukiskan oleh seseorang. Jika saiz batang pokok kecil atau melidi, ini bererti ia mempunyai ego yang kecil. Betulkah begitu. Kecilnya ego bererti seseorang itu kurang berkeyakinan. Ia sendiri tidak mengetahui kemampuan sebenar dirinya sendiri. Kurang yakin pada diri sendiri dan kurang meletakkan kepentingan diri di hadapan berbanding hal-hal lain. Tidak bercakap besar, tidak hidung tinggi dan tidak juga suk a mengangkat bakul sendiri. Namun kadang kala kecil-kecil batang pokokpun boleh dikatakan mempunyai ego besar sebab seseorang yang melukiskan lakaran menggunakan garisan tebal bagi menunjukkan banir atau alur atau urat pokok menunjukkan kekuatan ego seseorang. Ia mungkin tidak menunjukkan sikap penting diri sendiri seperti dalam bahasa inggeris disebut "self fish" tetapi ia mungkin mempunyai sikap "kepala batu" atau "pegun" atau tidak mahu dengar cakap. Anda mempunyai pengalaman berdepan dengan akan yang tidak mahu dengar cakap? walaupun anda pukul, rotan, cubit......pelbagai "warning" telah dibuat tetapi ia tetap tidak mahu dengar cakap. Itu menunjukkan saiz ego anak atau pelajar ini besar. Pendiam tetapi tidak mahu dengar cakap atau nasihat. Satu bentuk ego juga.
Baragkali kit amempunyai pengalaman membawa anak ke pusat membeli belah. Ada anak yang meminta-minta sehingga kita "bengang". Di anak yang tu....yang tu juga yang di minta. Walaupun puas dipujuk.....dia nak yang tu juga....nak....nak ....juga. Ada anak yang tak kisah langsung. Beli pun tak pa ...tak beli pun dia tak kisah. Kita berdepan dengan ego anak sebenarnya. Kata pakar, ego ada kaitan dengan keturunan....betul ke begitu?
Kembali kepada batang pokok, kecil menunjukkan saiz ego seseorang kecil sementara besar menunjukkan egonya juga besar. Jika sudah mengetahui saiz ego seseorang, berhati-hati jika mahu memberikan nasihat. Berhati-hati jika mahu berhujah dengannya, berhati-hatilah jika mahu meneruskan persahabatan atau berkomunikasi dengan mereka. Jika dikaitkan dengan 7 sikap, seorang ego jarang mempunyai sikap pesimistik. Mereka mempunyai tiga sikap paling dominan iaitu optimistik (semua dia boleh), sinis (selalu memandang serong kepada keupayaan orang lain dan skaptikal (suka memperkecilkan kebolehan orang lain). Orang ego tidak pragmatik dan buka seorang yang ideal mahupun realis atau berpijak dibumi nyata. Seorang egi sangat mengangkat dirinya sehingga ia sebenarnya tidak berada dalam dunia kenyataan. Merek abukan seorang yang idealis sebab mereka suka mengenepikan pendapat orang lain dan mereka bukan pragmatik sebab mereka tidak suka bergantung pada orang lain.
Dr. Main R.
Centre 4 Distance Edu, USM.
12/3/09:9.45am.



Thursday, March 5, 2009

Akar pokok dalam lukisan projektif



Asalamualaikum wbt. Semoga anda yang mengikuti blok ini berada dalam keadaan mental dan emosi yang sihat serta ikhlas. Pada hari ini saya akan menyambung perbincangan kita berhubung personaliti berasaskan analisis pokok. Kali ini saya akan membincangkan apakah peranan akar pokok kepada kehidupan insan. Akar sangat asas kepada hayat sebatang pokok. Akar pokok tersembunyi di bawah tanah. Akar pokok selain menjadi alat untuk pokok menyerap makanan sehingga jauh ke dalam bumi. Ia juga menentukan tegap atau sebaliknya kedudukan sebatang pokok. Lebih daripada itu akar boleh menjadi ubat yang sangat mujarab kepada kehidupan di sekelilingnya. Jadi apakah pandangan kita terhadap akar pokok. Akar pokok adalah asas, oleh itu apakah asas kepada kehidupan manusia yang fungsinya menyamai akar.


Akar dikatakan saling berkait antara satu sama lain dengan kehidupnan manusia. Pokok tanpa akar atau pokok yang mempunyai akar yng rosak menunjukkan situasi kurang selamat yang dirasai atau alami oleh pelukis atau tukang lakar lukisan tadi, Sementara bagi mereka yang melakar akar yang terlalu bnyak pula membawa maksud atau situasi melampau yang berlebihan. Jika anak merasakan kurang selamat, apakah tindakkan utama yang akan dilakukan. Rasa kurang selamat muncul disebabkan banyak faktor. Anak merasa kurang selamat jika ibu bapanya tidak berada dekat dengannya. Anak merasa kurang selamat disebabkan oleh persekitaran atau keadaan sekelilingnya. Anak yang sedang belajar di tadika tiba-tiba berubah sikap kerana merasakan keadaan sekelilingnya kurang selamat. Penjaga yang garang dan tidak penyayang adalah punya yang dikesan mengapa anak di tadika merasa kurang selamat. kanak-kanak akan menangis bila mereka merasa kurang selamat. Sikap mereka juga berubah.

Remaja dan orang dewasa juga mempunyai perasaan kurang selamat, bergantung kepada situasi tertentu. Seorang pelajar merasa kurang selamat bila ia tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Mereka jug a merasa kurang selamat bila keputusan ujian tidak memuaskan. Dengan masalah disiplin yang mulai melampau sekarang ini, pelajar merasa kurang selamat bila berada di sekolah. Baca akhbar hari ini, seorang pelajar ditikam dengan lawi ayam di Kelantan hanya kerana ia cuba meleraikan pergaduhan rakan sekolah mereka. Kenapa pelajar membawa senjata ke sekolah? Sebabnya ia merasa kurang selamat di sekolah. Senjata digunakan untuk melindungi dirinya dan sekarang ia digunakan bukan sahaja untuk melindungi tetapi untuk mencederakan orang yang mahu mendamaikan pertelingkahannya. Sejauhmana ia benar ia masih dalam siasatan.

Akar yang mati menunjukkan perasaan pelukisnya yang terputus daripada keadaan sebenar atau realiti. Berlaku kekosongan dan kehampaan atau rasa putus asa atau harapan pada dirinya. Kenapa perkara ini boleh berlaku. Anak kecil yang berada dalam persekitaran keluarga yang bercerai, anak yang gagal mendapat perhatian ibu bapa atau rakan, anak yang gagal dalam ujian atau apa juga pertandingan adalah antar amereka yang mengahadapi masalah ini. Remaja yang gagal bercinta, gagal untuk ke IPTA, gagal untuk mendapatkan pekerjaan dan situasi-situasi lain yang pelbagai adalah punca kenapa sintom ini wujud.
Akar mempunyai seribu satu warna. Setiap satu perlu dianalisis atau diknosis dengan teliti sebelum kit adapat mengetahui kenapa pelukis memilih untuk melakarkan imej sebegitu. Lukisan projektif adalah jalan pintas untuk mengetahui situasi yang dialami oleh pulukis. Lukisan projektif sebenarnya dapat membuat telahan tentang apa yang tersimpan di dalam tanah atau di dalam hati pelukisnya. Soalan hanya bertujuan mendapat pengesahan atau untuk mendapatkan jawapan yang lebih ampuh atau kejap. Lukisan projektif dapat menerangkan 90 peratus air yang berada di bawah permukaan air atau akar yang terpendam dan disembunyikan di dalam bumi.
Dr. MainR
PPPJJ, USM. 6/3/2009.

Wednesday, March 4, 2009

Ranting dan personaliti



Asalamualaikum wbt.


Cepat benar masa berjalan. Ketika saya menulis di blog ini jam sudah menunjukkan ja 12.15 tengahari. Sambil menyiapkan buku berkaitan hujan asid di Malaysia, saya luangkan sedikit untuk menulis kembali analisis personaliti berkaitan objek ranting dalam lukisan projektif, pokok. Melukis pokok sekakan kurang serinya jika tidak melukis ranting. Ranting yang bersaiz kecil menunjukkan pelukisnya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Justeru ia merujuk kepada satu situasi di mana pelukis menunjukkan kemahiran yang terhad untuk keluar daripada keupayaan sebenarnya atau potensi sebenarnya. Bercerita tentang potensi seorang pelajar. Semua pelajar mampu mendapat semua A dalam mata pelajaran mereka baik semasa PMR mahupun SPM. Boleh dan memang boleh. Cumamnya bagaimana yakinnya kita untuk mencapai straight A itu masih dipersoalkan. Jika melukis, pelajar yang dengan sendiriny amelukis ranting kecil dan halus....walaupun berseni tetapi sebenarnya ia kurang yakin untuk menunjukkan keupayaan dirinya yang sebenar, masih dibataskan oleh rasa kekurangan diri sendiri. Bagi dahan yang besar ia menunjukkan keupayaan untuk keluar bagi memenuhi impian diri sendiri.

Cabang ada yang dilukis secara liar dan ada juga cabang yang dibentuk dalam bentuk sato pol akecil. Jik alakaran seperti ini kelihatan ia menunjukkan anak tadi menunjukkan satu sifat agresif dalam meinginannya untuk menggarap apa yang diinginkan. Ada juga pelukis yang melakarkan dahan yang dipulas dan jika ini berlaku terdapat unsur mematikan atau membantutkan usahanya untuk berkembang atau meningkat keluar. Dahan yang mati pula menunjukkan kekosongan dan putus asa pelukis untuk mengeksploitasi kemahiran atau keupayaannya sendiri. Perhatikan lukisan pokok di sebelah kanan anda. Sihat dan subur, bersemangat dan hidup. batang, cabang, dahan dan ranting mencambah seimbang. Bukankah ini ciri kehidupan seimbang yang diidamkan. Perhatikan bilangan cabang yang banyak, dahan yang besar serta ranting yang banyak. Tengoklah betapa orang ini sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh u ntuk menunjukkan keupayaannya....bakatnya.....serta keinginannya untuk menguasai dunia. Perhatikan daun yang terperinci lakarannya, bunga yang terang....semuannya menunjukkan kehidupanny ayang serba sempurna. Sememangnya sempurna. ada unsur kebahagiaan.


Perhatikan lukisan anak-anak kita, bagaimana bentuk ranting dan dahan pokok yang dilukiskannya. Mengapa anak tidak melukis dahan, ranting mahupun canbang pokok yang dilukiskannya. Mengapa terdapat unsur patah,potong atau torehan pada cabang mahupun dahan pokok. Semuany amemberikan maklumat tentang personaliti anak-anak kita yang semakin membesar.





Dr. MainR

6 unsur (Matahari, Runah, Pokok, air, bunga dan ular)

Asalamualaikum wbt. Seorang ibu, kenalan rapat saya ada menghantar sms yang mahu berkongsi perbincangan tentag lukisan projektif 6 unsur. Saya tidak berkeberatan untuk berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan berkaitan dengannya. Lantas saya pulang kerumah dan membelek-belek kes pelajar yang pernah mengikuti kelas atau seminar saya berkaitan analisis enam unsur ini. Setelah mencari beberapa ketika saya bertemu dengan satu 'bundle" kes yang melibatkan pelajar tahun lima SK Batu Lancang, Pulau Pinang. Ketika ujian ini diambil, merek berada dihujung semester tahun 2008. Mari kita berkongsi perbincangan berkaitan lukisan yang telah dihasilkan oleh pelajar tersebut.

Enam unsur yang dimaksudkan ialah elemen matahari, rumah, pokok, air, bunga dan ular. Apa rasionalnya elemen-elemen tersebut terhadap kehidupan atau personaliti anak-anak. Elemen matahari kepada kehidupan ialah sumber tenaga. Ia merupakan sumber tenaga kepada pokok untuk memasak makanannya iaitu menerusi proses fotosentesis, manakala kepada manusia pula ia dikatakan sebagai sumber tenaga dalam bentuk semangat, jiwa atau perasaan. Kecil atau besarnya matahari (saiz) atau terang atau malapnya cahaya atau panas atau sejuknya bahangan matahari ditujukkan menerusi bagaimana terangnya warna matahari tersebut atau memancarnya cahaya matahari tersebut dilakarkan. Dalam jiwa atau hati anak-anak siapakah yang menjadi tenaga atau pembakar semangat kepada kehidupan mereka.....seorang ayah. Matahari umpama seorang ayah. Secara fokus ayah adalah ketua keluarga yang mencari nafkah untuk keluarga terus hidup. Jadi ayah merupakan sumber tenaga untuk kehidupan. Ayah sumber semangat untuk terus hdup dan ayah menjadi sumber inspirasi.

Pokok, selain memberikan buah kepada kehidupan lain ia juga menjadi tempat berteduh. Bila sebut sahaja tempat berteduh di situlah letaknya kasih sayang. Pokok tidak dapat menempiaskan perasaan marah, yang ada hanya redup dan sejuk oleh warna hijau dedaunnya dan rendang dahan serta rantingnya. Melihat pokok yang diciptakan oleh Allah s.w.t ke alam dunia ini memang cukup aggung dan hebat fungsinya. Ia bukan sahaja menyejukkan insan dan hidupan lain kerana fungsinya yang membekalkan oksigen untuk kehidupan tetapi ia juga menyerap karbon dioksida untuk membersihkan kotoran di bumi ini. Siapakah dalam alam ini yang mempunyai jiwa pemberi dan pembersih ini jika bukan peranan seorang ibu. Justeru itu, pokok adalah pelambangan peranan seorang ibu. uniknya, pokok memerlukan tenaga daripada matahari. oleh itu jika kedudukan matahari dan pokok saling berhampiran, ini menunjukkan hubungan antara pokok dengan matahari sangat dekat atau rapat. Dalam bahasa cinta ia membawa maksud kehidupan yang bahagia.

Rumah dalah pelindung kepada manusia. Pelindung daripada bahang matahari dan juga diredupkan oleh sebatang pokok yang hidup di tepi rumah atau di bahagian depan atau belakang rumah. Jika matahari adalah sumber tenaga, pokok pul abersifat pengasih dan peyayang, bagaimanapula rumah. Rumah adalah ego. Ego kepada diri seseorang dan jika yang mengambil ujian ini adalah seorang anak, maka ia berkaitan ego dan personaliti seorang anak. Rumah perlu dilihat daripada pelbagai sudut, misalnya kedudukan di atas kertas, saiznya, bahan binaannya, bilangan tingkap dan pintunya dan lakaran tambahan yang disulamkan bagi mengindahkan imeginasi binaan rumah tersebut dalam hidup anak-anak atau pelukisnya. Rumah dan matahari, jik amatahari diletakkan betul-betul di atas bumbung rumah, ertinya anak sangat menyanjungi atau menghormati ayah. Meletakkan rasa hormat yang tinggi kepada ayah atau bapa sangat jarang berlaku pada anak-anak hari ini. Kebanyakan lakaran akan meletakkan matahari berada pada kedudukan sedang naik atau sedang turun bergantung kepada imeginasi atau visualisasi masing-masing. Kembali kepada lakaran rumah. Saiz rumah yang besar menunjukkan anak mempunyai ego yang besar. Jik arumah lebih besar dan tinggi daripada pokok, maka ini menunjukkan si anak berkelakuan besar kepala kepada ibu atau uminya. Ego anak lebih tebal berbanding ibu dan sering berlaku episod anak lebih berkuasa berbanding ibunya. Malah ibu acap kali terpaksa mendengar kata-kata anak berbanding kata-katanya sendiri. Fenomena anak tidak mendengan cakap ibu pada hari ini semakin lumrah. Ini menunjukkan akhlak anak sudah bejat. Perhatikan bil aibu menyuruh anak membaca buku, ketika ia sedang asyik bermain game komputer atau menontoh siri katun kegemarannya......dengar apa jawapannya......nanti.....nanti.....atau jika suruh ia membasuh kasut....membuang sampah.....menjaga adik dan sebagainya. Jawapannya hampir sama.....nanti dulu......dll. Rumah yang memiliki tingkap kurang daripada 3 mengesahkan bahawa anak ini sangat ego. Tingkap terbuka atau tertutup, jika tertutup ertinya fikiran dan hati kita tertutup kepada idea atau pandangan orang lain. Bagaimana pintunya, jika terbuka kita mengalu-alukan pengunjung atau tetapi jik atidak maka sebaliknyalah. Bagaimana jika rumah ada cemeni atau cerombong dan adapula asap yang keluar daridalamnya. Cemeni dan asap adalah simbol keinginan anak untuk berhubung dengan orang luar. Ini menunjukkan anak-anak tadi mempunyai kecendrungan untuk membuat hubungjalin dengan rakan-rakan di luar sana.

Bagaimanapula dengna unsur air, air merujuk kepada perasaan, jiwa atau semangat pelukisnya. Untuk mengetahui lebih lanjut kita perlu melihat bentuk jisim air tersebut. Sama ada ia dilukis dalam bentuk sungai, laut, kolam, air hujan atau boleh sahaja dalam bentuk air paip, dalam baldi mahupun air dalam cawan. Perasaan yang bebas dan gembira selalunya ditunjukkan dalam bentuk air sungai dan juga laut. Air yang berkait dengan rasa tertekan selalunya ditunjukkan dalam bentuk kekangan seperti air kolam, baldi mahupun telaga. Air ini terkongkong dan tidak boleh mengalir. Air hujan lebih kepada anak yang suka menolong orang lain.

Bunga adalah lambang persahabatan atau percintaan. Bunga yang mekar, begitulah keadaan hati dan perasaan anak-anak kita ketika memanjat usia remaja. Penuh dengan perasaan ingin disukai dan dibelai. Perasaan ingin berbicara atau berbual, perasaan ingin berpasangan. Perhatikan bagaimana anak-anak melakarkan bunga tersebut. Adalah lakarannya hidup atau sebaliknya. Perhatikan pula bilangan pokok bunga tersebut. Jika lebih daripada satu, di situ lah letakkan keterbukaan anak untuk meneruma atau tidak belanja kawan. kanak-kanak yanghatinya bersih selalunya melukis bunga lima kelopak, bunga biasa atau bunga yang belum ada jiwa atau terisi dengan perasaan cinta. Tetapi remaja atau anak belasan tahun lebih suka bunga ros iaitu bunga lambang kasih. Jika begitu keadaannya, maka unsur bunga dan perasaan kasih memamg ada kesinambungannya.

Ular adalah lambang masalah anak. Jika ular hampir dengan rumah ia bermaksud anak sedang stress, sementara jika ular jauh daripada rumah, anak lebih tenang. Saiz ular atau jenis bisa ular tersebut menunjukkan berapa aras bahaya masalah tersebut kepada diri pelukisnya. Jika ia besar dan berbisa, anak sedang menghadapi masalah besar. Kitalah yang perlu memberikan kata-kata semangat kepadanya dan menenangkan dirinya.
Berdasarkan lukisan yang saya lampirkan, perhatikan saiz rumah yang lebih besar daripada rumah, menunjukkan ibu lebih banyak mengalah dengan kehendak anak dan anak lebih "berkuasa" dalam banyak hal. Lohat tingkap (kurang daripada 3) yang tertutup begitu juga pintu yang tertutur. Ini menunjukkan saiz ego anak ini cukup besar. Lihat pokok (ibu) yang ada dahan tetapi tidak ada daun, tidak ada bunga dang juga buah, pokok tidak ada buah dan bunga ertinya tidak gembira (tertekan) serta bersaiz lebih kecil. Perhatikan juga sungai di belakang rumah yang bermaksud dalam apa juga keadaan anak ini tidak memberikan penekanan soal perasaan, tetapi ia lebih memberikan penumpuan soal keegoannya....keinginannya dulu....kepentingan dirinya dulu berbanding perkara lain. Benarkah begitu, ia masih perlu dianalisis dengan teliti. Pokok bunga dalam pasu yang menunjukkan anak ini merasakan kehidupannya dikongkong oleh ibu bapa mereka. Lihat saiz ular yang kecil.....budak ini tidak ada banyak masalah. Lihat saiz matahari yang besar dan sangat terang (lihat cahayanya yang memancar). Lihat kedudukan matahari yang menghindar sedikit daripada rumah tetapi sangat dekat dengan pokok. Hubungan pokok dan matahari sangat dekat.
Penyelesaian terdekat ialah dengan membawa anak bersama ibu dan bapanya datang berjumpa saya untuk bersama-sama dalam program anakku sayang. Program terapi ini bertujuan mengetahui lebih dekat personaliti anak, melakukan baik pulih atau melakukan pengukuhan. Fokus kit aialah untuk membentuk TQI atau total quality insan. Konsep ini boleh dicapai menerusi keseimbangan empat perkara, minda, emosi, fizikal dan rohani. Program anaku sayang merupakan program ke arah TQI. Mendekatkan anak, ibu dan bapanya. Memahami hati ke hati. Lebih dekat......lebih terkesan dan menyentuh perasaan serta air mata.
Allhwuallam. SubhanaAllah.
Dr. MainR
Boleh dihubungi menerusi e-mail: rmain@usm.my.
PPPJJ, USM.





Monday, March 2, 2009

Makna dan fungsi ranting kepada personaliti anak.

Cabang dan ranting pokok memiliki seninya yang tersendiri. Begitu juga apabila kita melihat lukisan pokok yang dilakarkan oleh anak-anak kita. Pokok dan dahan serta ranting tidak dapat dipisahkan. Sepohon pokok akan hilang serinya jika tidak dihidupkan dengan dahan dan ranting. Ringkasnya dahan dan ranting adalah satu senario pemandangan pokok yang indah dan cantik untuk dipandang.
Kenapa pokok mesti mempunyai dahan dan ranting. Sebatang pokok tanpa dahan maka jadilah ia seperti pokok ubi, buluh atau pokok tebu. Dahan dan ranting menjadikan pokok tersebut lebih berkeupayaan untuk mencambah dan menyemarakkan daunnya. Ia juga membolehkan pokok tersebut menambahkan potensi untuk berbuah atau berbunga lebih. Pokok yang berdahan dan berranting besar juga boleh menjadi pelindung kepada lebih banyak habitat di sekeilingnya. Pokok yang berdahan besar dan lebar tentunya lebih sihat berbanding pokok yang tidak berdahan. Pokok yang berdahan dan berranting besar tentunya kelihatan lebih berkuasa berbanding pokok yang tidak berdahan atau beranting.
Memandangkan sifat dahan dan ranting dapat menunjukkan gahnya sebatang pokok maka dahan dan ranting sering dirujuk sebagai satu tanda egois seseorang. Oleh itu saiz dahan selalunya dirujuk sebagai satu darjah ego seseorang. Lakaran dahan secara langsung dapat menunjukkan bagaimana seseorang itu berusaha untuk menunjukkan tahap atau aras egonya kepada orang lain. TETAPI kepada saya, secara halusnya ia menunjukkan usaha seseorang untuk meneroka dunia luar dan menyokong apa sahaja yang memberi faedah kepada diri sendiri. Lihat saiz dahan yang dilukiskan oleh anak-anak, jika besar saiznya maka ia sedang berusaha untuk menonjolkan ogonya kepada dunia luar dan menjadi seseorang yang sangat kuat berpegang dengan pendiriannya walaupun ia tahu apa yang diperjuangkannya itu selalu salah dan mengikut perasaan. Kalau ia bercinta, ia akan memenangkan apa yang dicintainya. Kalau ia suka sangat bermain bola ia akan menekankan yang bola itulah segala-galanya dan jika ia merasakan tusyen itu sangat baik maka ia akan seboleh-bolehnya memaksa ibu bapa mereka untuk menghantar dirinya ke pusat tusyen. Asal sahaja tindakannya itu menyokong apa sahaja yang dirasakan memberikan faedah kepada dirinya sendiri. Jangan salah faham bila berbincang tentang ego atau kepentingan diri. Tajuk ini say afokus ego dalam bentuk bersemangatnya seseorang untuk meneroka dunia luar. Dua yang serba mungkin. Bersemangatnya seseorang sehingga ia tidak mahu mengambil peduli apa orang lain kata atau pendapat orang lain. Ia suka mengikut kata hati. Emosinya menyatakan ia sahaja yang betul...atau gurunya sahaja yang betul...atau kata-kata ibu bapanya sahaja yang betul. Ego di sini ialah satu usaha untuk meneroka duni aserba mungkin dan pelukisnya mahu mengikut cara dirinya sahaja sebagai satu cara yang paling betul. Yes...ia pasti menimbulkan konflik....konflik berlaku bila pertembungan antara dua ego terjadi. Ada pemenangnya atau boleh saja tidak ada siapa yang menangpun.

Apabila kita melihat dahan pokok dicantas atau dipotong dalam lakaran anak-anak kita atau orang lain, ia memberikan maksud yangkurang sihat. Ia menunjukkan satu aras kesukaran untuk diriny amencapah keluar. ia merasakan dirinya tersekat itu danini. Ia menjadikan dirinya tidak berpotensi dan merasakan dirinya sering dihentam atau disekat oleh orang lain. Namun adakalanya penganalisis berpendapat pencantasan dilakukan oleh pelukis bagi menghadkan usahanya sendiri yang agak liar dan sukar untuk dibentuk dari aspek pencambahannya. Dia sendiri merasakan ia sangat rakus untuk mencampah sehinggakan orang lain dirasakan sukar untuk mengawal dirinya sendiri, akhirnya dia merasakan hanya dirinya yang dapat mengawal perilaku atau kerakusannya untuk mencampah. Adakah anda merasakan anak-anak rempit, bohsia atau yang mengalami salah laku mempunyai dahan yang tercantas. Atau anda merasakan anak-anak yang tertekan mempunyai dahan yang tercantas. Atau anak-anak yang hyperaktif mempunyai dahan tercantas. Ia memang menjadi satu persoalan yang memerlukan penelitian yang sungguh-sungguh.

Dahan pokok memberikan personafikasi yang pelbagai. Bermula dari soal keinginan untuk mencambah keluar.....meneroka dunia luar....menunjukkan sifat dan kekuatan ego seseorang, ia jug amenyimpan pelbagai rahsia tentang keseimbangan diri seseorang. Tuhan menciptakan dahan kepada sebatang pokok untuk menunjukkan berselerannya pokok tersebut untuk berkembang dan subur....hidupnya. Begitu jugalah manusia.....ego menjadikan manusia berusaha keras untuk menonjolkan potensi hidupnya. Tanpa dahan pokok hanya lurus meninggi dan berusaha melepaskan pucuk masing-masing. Dengan dahan pokok bisa merendang dan memberikan naungan yang lebih luas.

Allah s.w.t maha mengetahuni.

Dr. Main Rindam.

Sunday, March 1, 2009

Makna daun kepada personaliti anak

Asalamualaikum wbt.


Setiap sesuatu kewujudan di muka bumi ini pasti ada permulaannya. Lahirnya seorang anak di mulakan dengan wujudnya ayah dan ibu dan begitulah seterusnya. Sesungguhnya ketika saya menulis tajuk ini, lagu ayah dan ibu sedang berkumandang menjadi ulam deria dengar saya. Senikatanya cukup menyentuh perasaan.


Anak, memang menjadi nantian setiap pasangan yang baru memulakan alam rumah tangga. Malah anak-anak ini menjadi nostaljia kepada pasangan yang sekarang tinggal hanya berdua. Semua anak-anak sudah dewasa dan pandai berdikari.


Namun bukan ini tajuk perbincangan asal kita sebenarnya. Apa yang mahu saya bicarakan kali ini ialah bagaimana daun sepohon pokok boleh menunjukkan personaliti anak kita. Daun sangat penting kepada pokok. Perhatikan apabila benih bercambah. Objek yang mula-mula tumbuh atau mencapah keluar ialah daun. Bermula dengan dua helai di sebelah kiri dan kanan ia kemudiannya bertambah hingga ke satu angka yang sukar untuk dikira. Daun sangat penting kerana ia menunjukkan permula kepada satu kehidupan. Ia lambang semangat sesuatu kehidupan. Bukan suatu simbol kegembiraan tetapi ia lebih kepada simbol harapan atau jiwa atau perasaan meruap-ruap untuk memulakan kehidupan. Ditambah dengan warna hijau segar, ia menunjukkan kehidupan yang dinanti-nantikan. Kepada kita yang melihat sendiri bagaimana daun-daun benih yang kita tanam bercambah menjadikan jiwa kita cukup segar, mekar dan bersemangat. Apatah lagi kepada benih itu sendiri. Jadi daun adalah jiwa kepada sepohon pokok.


Maka saya panjangkan lagi, daun adalah simbol yang menunjukkan usaha untuk menonjolkan diri sendiri. Sama seperti benih yang bari tumbuh. Daun yang keluar dari permukaan bumi adalah menunjukkan usaha untuk menonjolkan diri...usaha untuk menunjukkan kewujudan diri...usaha untuk menunjukkan yang kita ada atau pernah ada di permukaan bumi ini, so TOLONG PERHATIKAN KAMI.


Oleh itu apabila anak-anak melukis sepohon pokok, perhatikan daun-daun yang dilakarnya. Kerana daun adalah jiwa dan semangat serta keinginanny aanak untuk menerangkan kewujudannya dalam keluarga dan mata ibu bapa masing-masing. Secara serius, aras tumbesaran menunjukkan pokok berusaha untuk mencapai atau mengaut sebanyak mana tenaga matahari yang boleh. Daun adalah instrumen atau alat untuk memasak makanan. Daun tempat berlakunya proses fotosentisis. Malah bagi sesetegah daun, di situlah ia mencambahkan benihnya untuk membiak. Lihat bagaimana akan melukis daun, adalah ia hanya melukiskan lakaran kasar seperti satu bingkai atau "frame" bagi menunjukkan daun. Lihat bagaimana rakusnya daun pokok yang dilukiskan oleh anak-anak kita, kajikan bagaimana berseleranya daun-daun tersebut mendapatkan cahaya matahari. Lihat kedudukan pokok itu sendiri, adakah ia diletakkan di bahagian atas kertas atau di tempat lain. Semuanya d apat memberikan makna terhadap personaliti anak-anak kita. Anak yang bersemangat selalunya akan melukis:
  • Pokok di bahagian atas kertas
  • Pokok yang mempunyai daun lebat
  • Daun yang dilukis besra-besar dan satu persatu
  • Daun yang sihat dan segar
  • Daun yang selalu mencapah ke udara.
  • daun yang sentiasa laparkan cahaya matahari.

Pokok tanpa daun menunjukkan situasi atau keadaan pokok yang kurang atau tidak sihat. Pokok yang menggugurkan daunny amenunjukkan pokok tersebut kehilangan semangat tetapi masih mahu meneruskan kehidupan. Sama seperti pokok getah pada musim kemarau. Daun-daun digugurkan bagi meneruskan kehidupan. Apabila anak melukis pokok tanpa daun, ia menunjukkan situasi kurang sihat. Pokok tanpa jiwa, semangat atau perasaan. I amenunjukkan anak berdepan dengan perasaan hampa yang bukan kepalang. Anak-anak yang berdepan dengan keputusan peperiksaan yang kurang membrangsangkan sering menunjukkan keadaan begitu. Anak yang sering dihukuk atau didera jug a menunjukkan keadaan begitu. Wanita yang mengalami kemurungan juga menunjukkan ciri begitu.

Pokok tanpa daun juga mempunyai potensi untuk tidak berbuah kerana daun sangat penting untuk fotosentesis dan pembesaran. Kepada seorang lelaki, pokok tanpa daun juga dilakarkan oleh golongan yang kecewa. Salah satu punca kekecewaan t ersebut ialah putus cinta, kematian, kehilangan pekerjaan dan banyak faktor lain yang menyumbang kenap apokok yang dilakarkan tidak berdaun. Tanpa fotosentisis yang mencukupi, pokok tidak berdaya maju untuk berbuah dan dalam kes ini tidaklah sampai mabuk daun. Mabuk daun juga menyebabkan pokok tidak berbuah, kerana asyik mengeluarkan daun sahaja. Jika diterjemahkan kepada manusia, anak yang mementingkan penampilan sahaja tanpa usaha juga belum tentu dapat membuahkan hasil. Sebab itu pokok yang hanya dilakarkan "crown" sahaja menunjukkan pokok yang terlalu lebat daunnya sehingga mabuk daun. Ini menyebabkan pokok jarang atau tidak berbuah lagi. Daun gugur menunjukkan kemurungan atau sedang mengalami peristiwa kemurungan yang memerlukan seorang rakan untuk merawatnya. Kemurungan boleh sahaja berpunca daripada pelbagai faktor atau sebab.

Adakah anak kita melukis daun yang terperinci urat sarafnya. Jika daun yang dilukiskan itu agak terperinci, ia membawa maksud anak ini sangat fokus daya pemikirannya. Cita-cita serta harapannya juga terfokus kepada satu objektif. Daun yag terfokus menunjukkan keadaan agresif. Ia sering merujuk kepada anak-anak yang mempunyai keinginan serta semangat kental untuk mendapatkan apa yang mereka idamkan seperti kasut bola, game, PS3, straight A dan sebagainya.

Allahwuallam.

Monday, February 9, 2009

Personaliti diri...soroti & bina personaliti

Asalamualaikum wbt.
Lewat Januari dan awal bulan februari 2009, kita dipanggang dengan isu yang sangat memualkan tentang politik di Perak. Pernahkah kita mendengar peribahasa Melayu kita....Gajah sama gajah bergaduh....pelanduk mati di tengah-tengah. Orang politik sibuk gaduh, yang rugi rakyat kebanyakan di perak. Ada peribahasa menyebut lagi, yang dikejar tak dapat dan yang dikendong pula keciciran. PR tidak sempat melaksanakan apa yang dikejar begitu juga BN sebenarnya keciciran banyak benda yang melibatkan kepentingan orang Melayu. Sedar atau pura-pura tidak sedar, keindahan institusi beraja dijaja hanya kerana kepentingan PR dan BN, sama-sama tak dapat apa-apa sebenarnya, BN menggunakan UMNO sebagai pencacai sementara PR menggunakan PKR sebagai Pencacai juga. Apa yang terjejas sebenarnya orang Melayu sudah tegadai personaliti mereka.....tidak menghargai kuasa, tidak menghargai nikmat dan rezeki yang tuhan berikan, tamak......merendahkan institusi raja sehingga menjerumuskan imej raja ke dalam longkang.

UMNO menang? tidak.....sama sekali tidak, menang sorak tetapi kampong tergadai. Berapa banyak tanah simpanan melayu yang bertukar status..... tanah kampong, hutan belentara, bukit batu kapur mahupun ignius....... Pergilah ke kampong melayu di pendalaman, apa yang mereka dapat? PKR mennag, jauh sekali. Bila dapat kuasa orang Cina dapat Tanah, orang Melayu dapat Apa? Masa zaman UMNO kedua-dua tak dapat apa-apa. Yang dapat orang kaya dan bercalitkan tahi politik. Tepuk dada tanya selera yang meruap-ruap. Personaliti YB Bota sangat jelas. Terlalu bobrok. Benarlah kata mantan Pm, tak ada kualiti. Tak macam Tan Sri MUsa HItam. Berhenti, abis cerita. Apa lagi personaliti 2 YB PKR, hampas. Tak termasuk YB DAP lagi. Personaliti insan kebelakangan ini terjaja terlalu murah, bertoksid dan sangat mencemarkan.

Didiklah anak-anak kita supaya kaya personalitinya. Soroti diri.....binalah personaliti. Jangan sekali-kali kita menperjudikan bangsa. YB Bota dan 2 YB PKR serta DAP. Sampai matipun and aakan terpalit dengan tahi. Percayalah kehidupan anda telah disumpah oleh rakyat Perak mulai tarikh anda membuat keputusan.

Sesuatu bangsa dihormati kerana persinaliti rakyatnya. Lihat bagaimana bangsa Viatnam brjaya mengusir Amerika dari bumi Vietkong tersebut. Lihat bagaimana bumi Palastine masih tetap wujud walaupun lebih 60 tahun dicerobohi syaitan Israel. Lihat bagaimana bangsa Aceh mendapat autonomi begitu juga rakyat Patani mahupun mindano.

Belajarlah. Didiklah anak kita menjadi orang terhormat dari bermandikan najis kebobrokan nafsu serakah kita sendiri. Terlalu ramai orang dalam dunia ini yang jiwanyanya masih putih. Pelajarilah.

Dr. MAin.

Friday, January 2, 2009

Kejayaan yang dibuktikan

KEAJAIPAN DIET & DOA

30 Disember 2008 telah berlalu. Tarikh tersebut Muhammad Aiman Hariz ke sekolah bersama ibu bapanya untuk satu tujuan. Fokus dan dinanti-nantikan. Keputusan PMR 2008 akan diumumkan. Tidak ada perkataan yang dapat diungkapkan. Tidak ada perasaan yang dapat diungkaskan. Tidak ada luahan hati yang penuh gelora dapat dipadamkan. Perkataan yang pertama..........BANYAKNYA A !!! I have no words........no words at all......speachless.

Well, sebagai rewards, kenalah penuhi hadiah seperti yang dijanjikan. belanja makan Ichiban Ramen dan juga sebuah basikal kegemarannya.

Tahniah buat aiman, jika anda menyorot kembali bahan yang saya lampirkan sebelum ini, Aiman adalah satu bukti keberkesanan sistem pemakanan dan motivasi serta teknik mind power yang digunakan pada saat-saat akhir menjelang PMR yang lalu.
Testimoni ini AKAN SAYA KONGSIKAN DALAM BENGKEL MYPERSONALITI bulan Januari 2009 ini. Kongsikan diet pemakanan pelajar terbilang bersama saya selain mengetahui rahsia pelajar 'A' menerusi MyPersonaliti. Bengkel ini akan memberikan anda tips doa anak cemerlang, menjana otak 'A' menerusi senaman dan urutan serta sesi Terapi Anakkusayang.

3 Januari 2009