Thursday, March 12, 2009

Trauma

Trauma mempunyai definisi secara perubatan dan juga kejiwaan atau emosi. Selama lebih 20 tahun dalam bidang motivasi terfokus kepada analisis personaliti, trauma bagi saya ada kaitannya dengan aspek kemurungan. Secara perubatan, trauma berarti cedera, luka, atau shock fisik yang serius atau parah. Definisi ini sering digabungkan dengan pengubatan trauma yang dipraktikan dalam keadaan kecemasan dan mewakili pandangan terkini. Secara kejiwaan atau emosi, trauma diandaikan sebagai sebuah maksud yang berbeza dan berarti sebuah pengalaman secara emosi yang menyakitkan, distress, dan mengejutkan, di mana biasanya menghasilkan kesan mental dan fisikal yang mendalam.Trauma secara kejiwaan, atau kekerasan emosi, intinya respon normal pada sebuah peristiwa yang ekstrim. di mana ia melibatkan pencitraan memori emosi tentang peristiwa distress yang tersimpan sangat dalam di otak. secara umum, hal ini dipercaya semakin berkaiat secara terus dengan tekanan, semakin besar kemungkinan terjadi kekerasan emosi. Peristiwa amuk di sekolah yang semakin kerap berlaku di Amerika dan German adalah sebagai contoh; murid murid yang melihat temannya tertembak atau terbunuh secara emosi akan terpengaruh daripada murid lain yang tidak melihat ketika peristiwa itu terjadi, tetap mempunyai kemungkinan-kemungkinan, sehingga dengan alasan ini semua anak anak dan orang dewasa yang terlibat kekerasan atau bencana sebenarnya hanya melihatnya melalui media cetak, Oleh itu mereka harus diawasi supaya tidak wujud ap ayang diistilahkan sebagai disstress emosional.

Pernahkan anda melihat orang melukis pokok yang seakan-akan dipulas-pulas. Pokok yang dipulas-pulas menunjukkan pelukisnya berada dalam keadaan stress. Walaupun perkataan stress itu agak subjektif tetapi meletakkan imej yang dipulas-pulas menunjukkan pelukisnya mahu meluahkan perasaan geram. Stress mahupun traumatik yang dialami oleh pelukis tidak semestinya berlaku atau terjadi sepanjang kehidupannya tetapi pernyataan yang paling tepat ialah bila ia pernah berlaku. Barangkali ia berlaku ketika ia sedang melukis, ketika usia remaja atau ketika usia kanak-kanak. Sebenarnya elemen pulas pada imej pokok boleh kelihatan pada bahagian kulit, dahan atau ranting, batang pokok mahupun akarnya.

Wednesday, March 11, 2009

Kepelbagaian ciri pada lukisan pokok

Asalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Pokok adalah hidupan yang diciptakan oleh ALLAH s.w.t. bertujuan melaksanakan fungsi yang tersirat. Al-Quran diturunkan dalam tempoh 22 tahun 2 bulan dan 22 hari. Al-Quran menyebut banyak kali tentang pokok-pokok dan tumbuhan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Antaranya ialah Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
" Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian. Dan buah anggur serta sayur-sayuran. Dan zaitun serta pohon-pohon kurma. Dan taman-taman yang menghijau subur. Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu (‘Abasa:24-32).
Ingatkah kita kepada hadis nabi Muhammad s.a.w. yang ini:
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua kubur yang baru ditanam, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kedua kubur ini sedang disiksa dan tidak disiksa kerana dosa besar, adapun yang satu maka tidak bersih jika cebok dari kencingnya dan yang kedua biasa berjalan membangkitkan fitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil dahan pohon yang hijau lalu dibelah dan menancapkan diatas kubur masing-masing. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, mengapakah engkau berbuat itu?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Semoga Allah s.w.t. meringankan keduanya selama dahan ini belum kering."
Marilah kita mencari erti keikhlasan. Ertinya “Keikhlasan”
(BERSIH HATI DARI SEGALA TUJUAN SELAIN KEREDHAAN ALLAH S.W.T.)khususnya menerusi doa. Jika pokok yang menghijau itu sentiasa berdoa, apatah lagi kita sebagai insan muslim. Kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa itu juga boleh dianggap sebagai ibu ibadah. Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi yang berbunyi :‏ Ertinya : Dari Anas bin Malik, dari Nabi s.a.w bersabda : Doa itu adalah ibu atau hati ibadah. (Hadith riwayat Imam Tirmizi)Ketahuilah, doa yang dipohon dengan hati yang ikhlas lagi tawadu' akan memberikan kesan yang sangat besar pada kehidupan kita. Melalui berdoa bukan sahaja memberikan kebaikkan kepada diri kita malah juga kepada orang yang didoakan, seperti contoh kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran, Kesejahteraan keluarga kita, ketenteraman Negara kita dan sebagainya.Doa yang kita panjatkan pada Allah SWT pasti akan diperkenankan. Ini janji Allah. Setiap doa kita pasti akan diperkenankan atau Allah akan berikan yang lebih baik untuk kita. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 186:Maksudnya : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.Saudaraku, begitulah rahmat yang telah Allah berikan kepada kita. Dengan kebijaksanaanNya dan kasih sayangNya Allah SWT akan mengkabulkan doa-doa semua hamba-hambanya (dipetik daripada khutbah jumaat majlis agama Islam Singapura, 24 Ogos 2007..
Kembali kepada perbincangan berhaitan pokok. Jika pokok yang dilakarkan itu terbelah dua atau mengalami unsur-unsur kecacatan, seperti patah atau ditebang, dipanah petir dan lainnya, ia menggambarkan pelukisnya sedang mengalami masalah yang teruk. Boleh jadi masalah mental atau masalah kemurungan.

Tuesday, March 10, 2009

Batang pokok.

Asalamualaikum wbt.
Kata orang ubat sebenar kepada sebarang jenis penyakit ialah otak kita. Dalam bahasa akademiknya minda. Beberapa pakar motivasi yang mengerakkan idea berhubung kekuatan minda atau kuasa minda (mind power) berpendapat sekiranya kita betul-betul fokus kepada sesuatu perkara kita akan mampu memperolehinya. Misal kata, kita memberikan fokus seratus peratus, dua ratus peratus atau lebih kepada keinginan untuk menjadi kaya, dengan izin Allah s.w.t kita boleh menjadi kaya. Kekuatan minda sebenarnya suatu aset yang sangat besar kepada manusia. Kemampuan aqal untuk menjadi pemulih daripada semua jenis penyakit sangat hebat namun kajian menunjukkan kita hanya menggunakan kurang 10 peratus aqal kita dalam kehidupan kita sehari-hari.

Hari ini saya akan mengaitkan lukisan batang pokok dengan personaliti seseorang. Lukisan batang pokok juga boleh dihubungkaitkan dengan sikap manusia itu sendiri. Lukisan batang pokok (trunk) dapat menunjukkan ego seseorang. Menurut kamus, ego ialah rasa kepentingan diri. Rasa bangga diri, maruah diri dan sesetengah berpendapat ia berkait rapat dengan keupayaan diri seseorang. Bahasa pasar kit akata, ego sebagai "angkat bakul sendiri" atau puji diri sendirilah.


Setiap orang yang dilahirkan pasti mempunyai ego sendiri. Kecil atau besar bergantung bagaimana ia dipupuk atau dibesarkan. Bagaimana ia mendapat pendidikan format atau tidak, latar belakang keluarga dan masyarakat juga mempengaruhinya. Ego adalah satu identiti sendiri. Ego adalah fikiran sedar kita. Saiz ego dapat dilihat berdasarkan saiz batang pokok yang dilukiskan oleh seseorang. Jika saiz batang pokok kecil atau melidi, ini bererti ia mempunyai ego yang kecil. Betulkah begitu. Kecilnya ego bererti seseorang itu kurang berkeyakinan. Ia sendiri tidak mengetahui kemampuan sebenar dirinya sendiri. Kurang yakin pada diri sendiri dan kurang meletakkan kepentingan diri di hadapan berbanding hal-hal lain. Tidak bercakap besar, tidak hidung tinggi dan tidak juga suk a mengangkat bakul sendiri. Namun kadang kala kecil-kecil batang pokokpun boleh dikatakan mempunyai ego besar sebab seseorang yang melukiskan lakaran menggunakan garisan tebal bagi menunjukkan banir atau alur atau urat pokok menunjukkan kekuatan ego seseorang. Ia mungkin tidak menunjukkan sikap penting diri sendiri seperti dalam bahasa inggeris disebut "self fish" tetapi ia mungkin mempunyai sikap "kepala batu" atau "pegun" atau tidak mahu dengar cakap. Anda mempunyai pengalaman berdepan dengan akan yang tidak mahu dengar cakap? walaupun anda pukul, rotan, cubit......pelbagai "warning" telah dibuat tetapi ia tetap tidak mahu dengar cakap. Itu menunjukkan saiz ego anak atau pelajar ini besar. Pendiam tetapi tidak mahu dengar cakap atau nasihat. Satu bentuk ego juga.
Baragkali kit amempunyai pengalaman membawa anak ke pusat membeli belah. Ada anak yang meminta-minta sehingga kita "bengang". Di anak yang tu....yang tu juga yang di minta. Walaupun puas dipujuk.....dia nak yang tu juga....nak....nak ....juga. Ada anak yang tak kisah langsung. Beli pun tak pa ...tak beli pun dia tak kisah. Kita berdepan dengan ego anak sebenarnya. Kata pakar, ego ada kaitan dengan keturunan....betul ke begitu?
Kembali kepada batang pokok, kecil menunjukkan saiz ego seseorang kecil sementara besar menunjukkan egonya juga besar. Jika sudah mengetahui saiz ego seseorang, berhati-hati jika mahu memberikan nasihat. Berhati-hati jika mahu berhujah dengannya, berhati-hatilah jika mahu meneruskan persahabatan atau berkomunikasi dengan mereka. Jika dikaitkan dengan 7 sikap, seorang ego jarang mempunyai sikap pesimistik. Mereka mempunyai tiga sikap paling dominan iaitu optimistik (semua dia boleh), sinis (selalu memandang serong kepada keupayaan orang lain dan skaptikal (suka memperkecilkan kebolehan orang lain). Orang ego tidak pragmatik dan buka seorang yang ideal mahupun realis atau berpijak dibumi nyata. Seorang egi sangat mengangkat dirinya sehingga ia sebenarnya tidak berada dalam dunia kenyataan. Merek abukan seorang yang idealis sebab mereka suka mengenepikan pendapat orang lain dan mereka bukan pragmatik sebab mereka tidak suka bergantung pada orang lain.
Dr. Main R.
Centre 4 Distance Edu, USM.
12/3/09:9.45am.



Thursday, March 5, 2009

Akar pokok dalam lukisan projektif



Asalamualaikum wbt. Semoga anda yang mengikuti blok ini berada dalam keadaan mental dan emosi yang sihat serta ikhlas. Pada hari ini saya akan menyambung perbincangan kita berhubung personaliti berasaskan analisis pokok. Kali ini saya akan membincangkan apakah peranan akar pokok kepada kehidupan insan. Akar sangat asas kepada hayat sebatang pokok. Akar pokok tersembunyi di bawah tanah. Akar pokok selain menjadi alat untuk pokok menyerap makanan sehingga jauh ke dalam bumi. Ia juga menentukan tegap atau sebaliknya kedudukan sebatang pokok. Lebih daripada itu akar boleh menjadi ubat yang sangat mujarab kepada kehidupan di sekelilingnya. Jadi apakah pandangan kita terhadap akar pokok. Akar pokok adalah asas, oleh itu apakah asas kepada kehidupan manusia yang fungsinya menyamai akar.


Akar dikatakan saling berkait antara satu sama lain dengan kehidupnan manusia. Pokok tanpa akar atau pokok yang mempunyai akar yng rosak menunjukkan situasi kurang selamat yang dirasai atau alami oleh pelukis atau tukang lakar lukisan tadi, Sementara bagi mereka yang melakar akar yang terlalu bnyak pula membawa maksud atau situasi melampau yang berlebihan. Jika anak merasakan kurang selamat, apakah tindakkan utama yang akan dilakukan. Rasa kurang selamat muncul disebabkan banyak faktor. Anak merasa kurang selamat jika ibu bapanya tidak berada dekat dengannya. Anak merasa kurang selamat disebabkan oleh persekitaran atau keadaan sekelilingnya. Anak yang sedang belajar di tadika tiba-tiba berubah sikap kerana merasakan keadaan sekelilingnya kurang selamat. Penjaga yang garang dan tidak penyayang adalah punya yang dikesan mengapa anak di tadika merasa kurang selamat. kanak-kanak akan menangis bila mereka merasa kurang selamat. Sikap mereka juga berubah.

Remaja dan orang dewasa juga mempunyai perasaan kurang selamat, bergantung kepada situasi tertentu. Seorang pelajar merasa kurang selamat bila ia tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Mereka jug a merasa kurang selamat bila keputusan ujian tidak memuaskan. Dengan masalah disiplin yang mulai melampau sekarang ini, pelajar merasa kurang selamat bila berada di sekolah. Baca akhbar hari ini, seorang pelajar ditikam dengan lawi ayam di Kelantan hanya kerana ia cuba meleraikan pergaduhan rakan sekolah mereka. Kenapa pelajar membawa senjata ke sekolah? Sebabnya ia merasa kurang selamat di sekolah. Senjata digunakan untuk melindungi dirinya dan sekarang ia digunakan bukan sahaja untuk melindungi tetapi untuk mencederakan orang yang mahu mendamaikan pertelingkahannya. Sejauhmana ia benar ia masih dalam siasatan.

Akar yang mati menunjukkan perasaan pelukisnya yang terputus daripada keadaan sebenar atau realiti. Berlaku kekosongan dan kehampaan atau rasa putus asa atau harapan pada dirinya. Kenapa perkara ini boleh berlaku. Anak kecil yang berada dalam persekitaran keluarga yang bercerai, anak yang gagal mendapat perhatian ibu bapa atau rakan, anak yang gagal dalam ujian atau apa juga pertandingan adalah antar amereka yang mengahadapi masalah ini. Remaja yang gagal bercinta, gagal untuk ke IPTA, gagal untuk mendapatkan pekerjaan dan situasi-situasi lain yang pelbagai adalah punca kenapa sintom ini wujud.
Akar mempunyai seribu satu warna. Setiap satu perlu dianalisis atau diknosis dengan teliti sebelum kit adapat mengetahui kenapa pelukis memilih untuk melakarkan imej sebegitu. Lukisan projektif adalah jalan pintas untuk mengetahui situasi yang dialami oleh pulukis. Lukisan projektif sebenarnya dapat membuat telahan tentang apa yang tersimpan di dalam tanah atau di dalam hati pelukisnya. Soalan hanya bertujuan mendapat pengesahan atau untuk mendapatkan jawapan yang lebih ampuh atau kejap. Lukisan projektif dapat menerangkan 90 peratus air yang berada di bawah permukaan air atau akar yang terpendam dan disembunyikan di dalam bumi.
Dr. MainR
PPPJJ, USM. 6/3/2009.

Wednesday, March 4, 2009

Ranting dan personaliti



Asalamualaikum wbt.


Cepat benar masa berjalan. Ketika saya menulis di blog ini jam sudah menunjukkan ja 12.15 tengahari. Sambil menyiapkan buku berkaitan hujan asid di Malaysia, saya luangkan sedikit untuk menulis kembali analisis personaliti berkaitan objek ranting dalam lukisan projektif, pokok. Melukis pokok sekakan kurang serinya jika tidak melukis ranting. Ranting yang bersaiz kecil menunjukkan pelukisnya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Justeru ia merujuk kepada satu situasi di mana pelukis menunjukkan kemahiran yang terhad untuk keluar daripada keupayaan sebenarnya atau potensi sebenarnya. Bercerita tentang potensi seorang pelajar. Semua pelajar mampu mendapat semua A dalam mata pelajaran mereka baik semasa PMR mahupun SPM. Boleh dan memang boleh. Cumamnya bagaimana yakinnya kita untuk mencapai straight A itu masih dipersoalkan. Jika melukis, pelajar yang dengan sendiriny amelukis ranting kecil dan halus....walaupun berseni tetapi sebenarnya ia kurang yakin untuk menunjukkan keupayaan dirinya yang sebenar, masih dibataskan oleh rasa kekurangan diri sendiri. Bagi dahan yang besar ia menunjukkan keupayaan untuk keluar bagi memenuhi impian diri sendiri.

Cabang ada yang dilukis secara liar dan ada juga cabang yang dibentuk dalam bentuk sato pol akecil. Jik alakaran seperti ini kelihatan ia menunjukkan anak tadi menunjukkan satu sifat agresif dalam meinginannya untuk menggarap apa yang diinginkan. Ada juga pelukis yang melakarkan dahan yang dipulas dan jika ini berlaku terdapat unsur mematikan atau membantutkan usahanya untuk berkembang atau meningkat keluar. Dahan yang mati pula menunjukkan kekosongan dan putus asa pelukis untuk mengeksploitasi kemahiran atau keupayaannya sendiri. Perhatikan lukisan pokok di sebelah kanan anda. Sihat dan subur, bersemangat dan hidup. batang, cabang, dahan dan ranting mencambah seimbang. Bukankah ini ciri kehidupan seimbang yang diidamkan. Perhatikan bilangan cabang yang banyak, dahan yang besar serta ranting yang banyak. Tengoklah betapa orang ini sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh u ntuk menunjukkan keupayaannya....bakatnya.....serta keinginannya untuk menguasai dunia. Perhatikan daun yang terperinci lakarannya, bunga yang terang....semuannya menunjukkan kehidupanny ayang serba sempurna. Sememangnya sempurna. ada unsur kebahagiaan.


Perhatikan lukisan anak-anak kita, bagaimana bentuk ranting dan dahan pokok yang dilukiskannya. Mengapa anak tidak melukis dahan, ranting mahupun canbang pokok yang dilukiskannya. Mengapa terdapat unsur patah,potong atau torehan pada cabang mahupun dahan pokok. Semuany amemberikan maklumat tentang personaliti anak-anak kita yang semakin membesar.





Dr. MainR

6 unsur (Matahari, Runah, Pokok, air, bunga dan ular)

Asalamualaikum wbt. Seorang ibu, kenalan rapat saya ada menghantar sms yang mahu berkongsi perbincangan tentag lukisan projektif 6 unsur. Saya tidak berkeberatan untuk berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan berkaitan dengannya. Lantas saya pulang kerumah dan membelek-belek kes pelajar yang pernah mengikuti kelas atau seminar saya berkaitan analisis enam unsur ini. Setelah mencari beberapa ketika saya bertemu dengan satu 'bundle" kes yang melibatkan pelajar tahun lima SK Batu Lancang, Pulau Pinang. Ketika ujian ini diambil, merek berada dihujung semester tahun 2008. Mari kita berkongsi perbincangan berkaitan lukisan yang telah dihasilkan oleh pelajar tersebut.

Enam unsur yang dimaksudkan ialah elemen matahari, rumah, pokok, air, bunga dan ular. Apa rasionalnya elemen-elemen tersebut terhadap kehidupan atau personaliti anak-anak. Elemen matahari kepada kehidupan ialah sumber tenaga. Ia merupakan sumber tenaga kepada pokok untuk memasak makanannya iaitu menerusi proses fotosentesis, manakala kepada manusia pula ia dikatakan sebagai sumber tenaga dalam bentuk semangat, jiwa atau perasaan. Kecil atau besarnya matahari (saiz) atau terang atau malapnya cahaya atau panas atau sejuknya bahangan matahari ditujukkan menerusi bagaimana terangnya warna matahari tersebut atau memancarnya cahaya matahari tersebut dilakarkan. Dalam jiwa atau hati anak-anak siapakah yang menjadi tenaga atau pembakar semangat kepada kehidupan mereka.....seorang ayah. Matahari umpama seorang ayah. Secara fokus ayah adalah ketua keluarga yang mencari nafkah untuk keluarga terus hidup. Jadi ayah merupakan sumber tenaga untuk kehidupan. Ayah sumber semangat untuk terus hdup dan ayah menjadi sumber inspirasi.

Pokok, selain memberikan buah kepada kehidupan lain ia juga menjadi tempat berteduh. Bila sebut sahaja tempat berteduh di situlah letaknya kasih sayang. Pokok tidak dapat menempiaskan perasaan marah, yang ada hanya redup dan sejuk oleh warna hijau dedaunnya dan rendang dahan serta rantingnya. Melihat pokok yang diciptakan oleh Allah s.w.t ke alam dunia ini memang cukup aggung dan hebat fungsinya. Ia bukan sahaja menyejukkan insan dan hidupan lain kerana fungsinya yang membekalkan oksigen untuk kehidupan tetapi ia juga menyerap karbon dioksida untuk membersihkan kotoran di bumi ini. Siapakah dalam alam ini yang mempunyai jiwa pemberi dan pembersih ini jika bukan peranan seorang ibu. Justeru itu, pokok adalah pelambangan peranan seorang ibu. uniknya, pokok memerlukan tenaga daripada matahari. oleh itu jika kedudukan matahari dan pokok saling berhampiran, ini menunjukkan hubungan antara pokok dengan matahari sangat dekat atau rapat. Dalam bahasa cinta ia membawa maksud kehidupan yang bahagia.

Rumah dalah pelindung kepada manusia. Pelindung daripada bahang matahari dan juga diredupkan oleh sebatang pokok yang hidup di tepi rumah atau di bahagian depan atau belakang rumah. Jika matahari adalah sumber tenaga, pokok pul abersifat pengasih dan peyayang, bagaimanapula rumah. Rumah adalah ego. Ego kepada diri seseorang dan jika yang mengambil ujian ini adalah seorang anak, maka ia berkaitan ego dan personaliti seorang anak. Rumah perlu dilihat daripada pelbagai sudut, misalnya kedudukan di atas kertas, saiznya, bahan binaannya, bilangan tingkap dan pintunya dan lakaran tambahan yang disulamkan bagi mengindahkan imeginasi binaan rumah tersebut dalam hidup anak-anak atau pelukisnya. Rumah dan matahari, jik amatahari diletakkan betul-betul di atas bumbung rumah, ertinya anak sangat menyanjungi atau menghormati ayah. Meletakkan rasa hormat yang tinggi kepada ayah atau bapa sangat jarang berlaku pada anak-anak hari ini. Kebanyakan lakaran akan meletakkan matahari berada pada kedudukan sedang naik atau sedang turun bergantung kepada imeginasi atau visualisasi masing-masing. Kembali kepada lakaran rumah. Saiz rumah yang besar menunjukkan anak mempunyai ego yang besar. Jik arumah lebih besar dan tinggi daripada pokok, maka ini menunjukkan si anak berkelakuan besar kepala kepada ibu atau uminya. Ego anak lebih tebal berbanding ibu dan sering berlaku episod anak lebih berkuasa berbanding ibunya. Malah ibu acap kali terpaksa mendengar kata-kata anak berbanding kata-katanya sendiri. Fenomena anak tidak mendengan cakap ibu pada hari ini semakin lumrah. Ini menunjukkan akhlak anak sudah bejat. Perhatikan bil aibu menyuruh anak membaca buku, ketika ia sedang asyik bermain game komputer atau menontoh siri katun kegemarannya......dengar apa jawapannya......nanti.....nanti.....atau jika suruh ia membasuh kasut....membuang sampah.....menjaga adik dan sebagainya. Jawapannya hampir sama.....nanti dulu......dll. Rumah yang memiliki tingkap kurang daripada 3 mengesahkan bahawa anak ini sangat ego. Tingkap terbuka atau tertutup, jika tertutup ertinya fikiran dan hati kita tertutup kepada idea atau pandangan orang lain. Bagaimana pintunya, jika terbuka kita mengalu-alukan pengunjung atau tetapi jik atidak maka sebaliknyalah. Bagaimana jika rumah ada cemeni atau cerombong dan adapula asap yang keluar daridalamnya. Cemeni dan asap adalah simbol keinginan anak untuk berhubung dengan orang luar. Ini menunjukkan anak-anak tadi mempunyai kecendrungan untuk membuat hubungjalin dengan rakan-rakan di luar sana.

Bagaimanapula dengna unsur air, air merujuk kepada perasaan, jiwa atau semangat pelukisnya. Untuk mengetahui lebih lanjut kita perlu melihat bentuk jisim air tersebut. Sama ada ia dilukis dalam bentuk sungai, laut, kolam, air hujan atau boleh sahaja dalam bentuk air paip, dalam baldi mahupun air dalam cawan. Perasaan yang bebas dan gembira selalunya ditunjukkan dalam bentuk air sungai dan juga laut. Air yang berkait dengan rasa tertekan selalunya ditunjukkan dalam bentuk kekangan seperti air kolam, baldi mahupun telaga. Air ini terkongkong dan tidak boleh mengalir. Air hujan lebih kepada anak yang suka menolong orang lain.

Bunga adalah lambang persahabatan atau percintaan. Bunga yang mekar, begitulah keadaan hati dan perasaan anak-anak kita ketika memanjat usia remaja. Penuh dengan perasaan ingin disukai dan dibelai. Perasaan ingin berbicara atau berbual, perasaan ingin berpasangan. Perhatikan bagaimana anak-anak melakarkan bunga tersebut. Adalah lakarannya hidup atau sebaliknya. Perhatikan pula bilangan pokok bunga tersebut. Jika lebih daripada satu, di situ lah letakkan keterbukaan anak untuk meneruma atau tidak belanja kawan. kanak-kanak yanghatinya bersih selalunya melukis bunga lima kelopak, bunga biasa atau bunga yang belum ada jiwa atau terisi dengan perasaan cinta. Tetapi remaja atau anak belasan tahun lebih suka bunga ros iaitu bunga lambang kasih. Jika begitu keadaannya, maka unsur bunga dan perasaan kasih memamg ada kesinambungannya.

Ular adalah lambang masalah anak. Jika ular hampir dengan rumah ia bermaksud anak sedang stress, sementara jika ular jauh daripada rumah, anak lebih tenang. Saiz ular atau jenis bisa ular tersebut menunjukkan berapa aras bahaya masalah tersebut kepada diri pelukisnya. Jika ia besar dan berbisa, anak sedang menghadapi masalah besar. Kitalah yang perlu memberikan kata-kata semangat kepadanya dan menenangkan dirinya.
Berdasarkan lukisan yang saya lampirkan, perhatikan saiz rumah yang lebih besar daripada rumah, menunjukkan ibu lebih banyak mengalah dengan kehendak anak dan anak lebih "berkuasa" dalam banyak hal. Lohat tingkap (kurang daripada 3) yang tertutup begitu juga pintu yang tertutur. Ini menunjukkan saiz ego anak ini cukup besar. Lihat pokok (ibu) yang ada dahan tetapi tidak ada daun, tidak ada bunga dang juga buah, pokok tidak ada buah dan bunga ertinya tidak gembira (tertekan) serta bersaiz lebih kecil. Perhatikan juga sungai di belakang rumah yang bermaksud dalam apa juga keadaan anak ini tidak memberikan penekanan soal perasaan, tetapi ia lebih memberikan penumpuan soal keegoannya....keinginannya dulu....kepentingan dirinya dulu berbanding perkara lain. Benarkah begitu, ia masih perlu dianalisis dengan teliti. Pokok bunga dalam pasu yang menunjukkan anak ini merasakan kehidupannya dikongkong oleh ibu bapa mereka. Lihat saiz ular yang kecil.....budak ini tidak ada banyak masalah. Lihat saiz matahari yang besar dan sangat terang (lihat cahayanya yang memancar). Lihat kedudukan matahari yang menghindar sedikit daripada rumah tetapi sangat dekat dengan pokok. Hubungan pokok dan matahari sangat dekat.
Penyelesaian terdekat ialah dengan membawa anak bersama ibu dan bapanya datang berjumpa saya untuk bersama-sama dalam program anakku sayang. Program terapi ini bertujuan mengetahui lebih dekat personaliti anak, melakukan baik pulih atau melakukan pengukuhan. Fokus kit aialah untuk membentuk TQI atau total quality insan. Konsep ini boleh dicapai menerusi keseimbangan empat perkara, minda, emosi, fizikal dan rohani. Program anaku sayang merupakan program ke arah TQI. Mendekatkan anak, ibu dan bapanya. Memahami hati ke hati. Lebih dekat......lebih terkesan dan menyentuh perasaan serta air mata.
Allhwuallam. SubhanaAllah.
Dr. MainR
Boleh dihubungi menerusi e-mail: rmain@usm.my.
PPPJJ, USM.





Monday, March 2, 2009

Makna dan fungsi ranting kepada personaliti anak.

Cabang dan ranting pokok memiliki seninya yang tersendiri. Begitu juga apabila kita melihat lukisan pokok yang dilakarkan oleh anak-anak kita. Pokok dan dahan serta ranting tidak dapat dipisahkan. Sepohon pokok akan hilang serinya jika tidak dihidupkan dengan dahan dan ranting. Ringkasnya dahan dan ranting adalah satu senario pemandangan pokok yang indah dan cantik untuk dipandang.
Kenapa pokok mesti mempunyai dahan dan ranting. Sebatang pokok tanpa dahan maka jadilah ia seperti pokok ubi, buluh atau pokok tebu. Dahan dan ranting menjadikan pokok tersebut lebih berkeupayaan untuk mencambah dan menyemarakkan daunnya. Ia juga membolehkan pokok tersebut menambahkan potensi untuk berbuah atau berbunga lebih. Pokok yang berdahan dan berranting besar juga boleh menjadi pelindung kepada lebih banyak habitat di sekeilingnya. Pokok yang berdahan besar dan lebar tentunya lebih sihat berbanding pokok yang tidak berdahan. Pokok yang berdahan dan berranting besar tentunya kelihatan lebih berkuasa berbanding pokok yang tidak berdahan atau beranting.
Memandangkan sifat dahan dan ranting dapat menunjukkan gahnya sebatang pokok maka dahan dan ranting sering dirujuk sebagai satu tanda egois seseorang. Oleh itu saiz dahan selalunya dirujuk sebagai satu darjah ego seseorang. Lakaran dahan secara langsung dapat menunjukkan bagaimana seseorang itu berusaha untuk menunjukkan tahap atau aras egonya kepada orang lain. TETAPI kepada saya, secara halusnya ia menunjukkan usaha seseorang untuk meneroka dunia luar dan menyokong apa sahaja yang memberi faedah kepada diri sendiri. Lihat saiz dahan yang dilukiskan oleh anak-anak, jika besar saiznya maka ia sedang berusaha untuk menonjolkan ogonya kepada dunia luar dan menjadi seseorang yang sangat kuat berpegang dengan pendiriannya walaupun ia tahu apa yang diperjuangkannya itu selalu salah dan mengikut perasaan. Kalau ia bercinta, ia akan memenangkan apa yang dicintainya. Kalau ia suka sangat bermain bola ia akan menekankan yang bola itulah segala-galanya dan jika ia merasakan tusyen itu sangat baik maka ia akan seboleh-bolehnya memaksa ibu bapa mereka untuk menghantar dirinya ke pusat tusyen. Asal sahaja tindakannya itu menyokong apa sahaja yang dirasakan memberikan faedah kepada dirinya sendiri. Jangan salah faham bila berbincang tentang ego atau kepentingan diri. Tajuk ini say afokus ego dalam bentuk bersemangatnya seseorang untuk meneroka dunia luar. Dua yang serba mungkin. Bersemangatnya seseorang sehingga ia tidak mahu mengambil peduli apa orang lain kata atau pendapat orang lain. Ia suka mengikut kata hati. Emosinya menyatakan ia sahaja yang betul...atau gurunya sahaja yang betul...atau kata-kata ibu bapanya sahaja yang betul. Ego di sini ialah satu usaha untuk meneroka duni aserba mungkin dan pelukisnya mahu mengikut cara dirinya sahaja sebagai satu cara yang paling betul. Yes...ia pasti menimbulkan konflik....konflik berlaku bila pertembungan antara dua ego terjadi. Ada pemenangnya atau boleh saja tidak ada siapa yang menangpun.

Apabila kita melihat dahan pokok dicantas atau dipotong dalam lakaran anak-anak kita atau orang lain, ia memberikan maksud yangkurang sihat. Ia menunjukkan satu aras kesukaran untuk diriny amencapah keluar. ia merasakan dirinya tersekat itu danini. Ia menjadikan dirinya tidak berpotensi dan merasakan dirinya sering dihentam atau disekat oleh orang lain. Namun adakalanya penganalisis berpendapat pencantasan dilakukan oleh pelukis bagi menghadkan usahanya sendiri yang agak liar dan sukar untuk dibentuk dari aspek pencambahannya. Dia sendiri merasakan ia sangat rakus untuk mencampah sehinggakan orang lain dirasakan sukar untuk mengawal dirinya sendiri, akhirnya dia merasakan hanya dirinya yang dapat mengawal perilaku atau kerakusannya untuk mencampah. Adakah anda merasakan anak-anak rempit, bohsia atau yang mengalami salah laku mempunyai dahan yang tercantas. Atau anda merasakan anak-anak yang tertekan mempunyai dahan yang tercantas. Atau anak-anak yang hyperaktif mempunyai dahan tercantas. Ia memang menjadi satu persoalan yang memerlukan penelitian yang sungguh-sungguh.

Dahan pokok memberikan personafikasi yang pelbagai. Bermula dari soal keinginan untuk mencambah keluar.....meneroka dunia luar....menunjukkan sifat dan kekuatan ego seseorang, ia jug amenyimpan pelbagai rahsia tentang keseimbangan diri seseorang. Tuhan menciptakan dahan kepada sebatang pokok untuk menunjukkan berselerannya pokok tersebut untuk berkembang dan subur....hidupnya. Begitu jugalah manusia.....ego menjadikan manusia berusaha keras untuk menonjolkan potensi hidupnya. Tanpa dahan pokok hanya lurus meninggi dan berusaha melepaskan pucuk masing-masing. Dengan dahan pokok bisa merendang dan memberikan naungan yang lebih luas.

Allah s.w.t maha mengetahuni.

Dr. Main Rindam.

Sunday, March 1, 2009

Makna daun kepada personaliti anak

Asalamualaikum wbt.


Setiap sesuatu kewujudan di muka bumi ini pasti ada permulaannya. Lahirnya seorang anak di mulakan dengan wujudnya ayah dan ibu dan begitulah seterusnya. Sesungguhnya ketika saya menulis tajuk ini, lagu ayah dan ibu sedang berkumandang menjadi ulam deria dengar saya. Senikatanya cukup menyentuh perasaan.


Anak, memang menjadi nantian setiap pasangan yang baru memulakan alam rumah tangga. Malah anak-anak ini menjadi nostaljia kepada pasangan yang sekarang tinggal hanya berdua. Semua anak-anak sudah dewasa dan pandai berdikari.


Namun bukan ini tajuk perbincangan asal kita sebenarnya. Apa yang mahu saya bicarakan kali ini ialah bagaimana daun sepohon pokok boleh menunjukkan personaliti anak kita. Daun sangat penting kepada pokok. Perhatikan apabila benih bercambah. Objek yang mula-mula tumbuh atau mencapah keluar ialah daun. Bermula dengan dua helai di sebelah kiri dan kanan ia kemudiannya bertambah hingga ke satu angka yang sukar untuk dikira. Daun sangat penting kerana ia menunjukkan permula kepada satu kehidupan. Ia lambang semangat sesuatu kehidupan. Bukan suatu simbol kegembiraan tetapi ia lebih kepada simbol harapan atau jiwa atau perasaan meruap-ruap untuk memulakan kehidupan. Ditambah dengan warna hijau segar, ia menunjukkan kehidupan yang dinanti-nantikan. Kepada kita yang melihat sendiri bagaimana daun-daun benih yang kita tanam bercambah menjadikan jiwa kita cukup segar, mekar dan bersemangat. Apatah lagi kepada benih itu sendiri. Jadi daun adalah jiwa kepada sepohon pokok.


Maka saya panjangkan lagi, daun adalah simbol yang menunjukkan usaha untuk menonjolkan diri sendiri. Sama seperti benih yang bari tumbuh. Daun yang keluar dari permukaan bumi adalah menunjukkan usaha untuk menonjolkan diri...usaha untuk menunjukkan kewujudan diri...usaha untuk menunjukkan yang kita ada atau pernah ada di permukaan bumi ini, so TOLONG PERHATIKAN KAMI.


Oleh itu apabila anak-anak melukis sepohon pokok, perhatikan daun-daun yang dilakarnya. Kerana daun adalah jiwa dan semangat serta keinginanny aanak untuk menerangkan kewujudannya dalam keluarga dan mata ibu bapa masing-masing. Secara serius, aras tumbesaran menunjukkan pokok berusaha untuk mencapai atau mengaut sebanyak mana tenaga matahari yang boleh. Daun adalah instrumen atau alat untuk memasak makanan. Daun tempat berlakunya proses fotosentisis. Malah bagi sesetegah daun, di situlah ia mencambahkan benihnya untuk membiak. Lihat bagaimana akan melukis daun, adalah ia hanya melukiskan lakaran kasar seperti satu bingkai atau "frame" bagi menunjukkan daun. Lihat bagaimana rakusnya daun pokok yang dilukiskan oleh anak-anak kita, kajikan bagaimana berseleranya daun-daun tersebut mendapatkan cahaya matahari. Lihat kedudukan pokok itu sendiri, adakah ia diletakkan di bahagian atas kertas atau di tempat lain. Semuanya d apat memberikan makna terhadap personaliti anak-anak kita. Anak yang bersemangat selalunya akan melukis:
  • Pokok di bahagian atas kertas
  • Pokok yang mempunyai daun lebat
  • Daun yang dilukis besra-besar dan satu persatu
  • Daun yang sihat dan segar
  • Daun yang selalu mencapah ke udara.
  • daun yang sentiasa laparkan cahaya matahari.

Pokok tanpa daun menunjukkan situasi atau keadaan pokok yang kurang atau tidak sihat. Pokok yang menggugurkan daunny amenunjukkan pokok tersebut kehilangan semangat tetapi masih mahu meneruskan kehidupan. Sama seperti pokok getah pada musim kemarau. Daun-daun digugurkan bagi meneruskan kehidupan. Apabila anak melukis pokok tanpa daun, ia menunjukkan situasi kurang sihat. Pokok tanpa jiwa, semangat atau perasaan. I amenunjukkan anak berdepan dengan perasaan hampa yang bukan kepalang. Anak-anak yang berdepan dengan keputusan peperiksaan yang kurang membrangsangkan sering menunjukkan keadaan begitu. Anak yang sering dihukuk atau didera jug a menunjukkan keadaan begitu. Wanita yang mengalami kemurungan juga menunjukkan ciri begitu.

Pokok tanpa daun juga mempunyai potensi untuk tidak berbuah kerana daun sangat penting untuk fotosentesis dan pembesaran. Kepada seorang lelaki, pokok tanpa daun juga dilakarkan oleh golongan yang kecewa. Salah satu punca kekecewaan t ersebut ialah putus cinta, kematian, kehilangan pekerjaan dan banyak faktor lain yang menyumbang kenap apokok yang dilakarkan tidak berdaun. Tanpa fotosentisis yang mencukupi, pokok tidak berdaya maju untuk berbuah dan dalam kes ini tidaklah sampai mabuk daun. Mabuk daun juga menyebabkan pokok tidak berbuah, kerana asyik mengeluarkan daun sahaja. Jika diterjemahkan kepada manusia, anak yang mementingkan penampilan sahaja tanpa usaha juga belum tentu dapat membuahkan hasil. Sebab itu pokok yang hanya dilakarkan "crown" sahaja menunjukkan pokok yang terlalu lebat daunnya sehingga mabuk daun. Ini menyebabkan pokok jarang atau tidak berbuah lagi. Daun gugur menunjukkan kemurungan atau sedang mengalami peristiwa kemurungan yang memerlukan seorang rakan untuk merawatnya. Kemurungan boleh sahaja berpunca daripada pelbagai faktor atau sebab.

Adakah anak kita melukis daun yang terperinci urat sarafnya. Jika daun yang dilukiskan itu agak terperinci, ia membawa maksud anak ini sangat fokus daya pemikirannya. Cita-cita serta harapannya juga terfokus kepada satu objektif. Daun yag terfokus menunjukkan keadaan agresif. Ia sering merujuk kepada anak-anak yang mempunyai keinginan serta semangat kental untuk mendapatkan apa yang mereka idamkan seperti kasut bola, game, PS3, straight A dan sebagainya.

Allahwuallam.