Sunday, August 22, 2010

MyPersonaliti- personaliti bulan Ramadhan.

Asalamualaikum wbt.
Alhamdulillah & Selawat ke atas Nabi s.a.w.
Bulan Ramadhan sudah hampir separuh. Banyak yang kita lalui. Suka dan duka. Semasa belum memasuki bulan Ramadhan tidak ada siapapun kisah bazar Ramadhan tetapi bermulanya day 1 bulan Ramadhan....kita menyaksikan betapa manusia tidak dapat membendung nafsu makan mereka. Sebelum berpuasa mereka tidak kisan pun....tetapi bila sahaja memasuku bulan puasa manusia menunjukkan nafsu menjadi raja. Tidak ada yang pulang tangan kosong. Jari dan tangan mengengam dan menjinjit pelbagai bungkusan makanan.......Manusia memang hipokrit. Siangnya dipuasakan tetap menjelang satu jam sebelum berbuka....mata hatinya dibukakan dengan juadah-juada bagi mengenyangkan nafsu makan mereka.

Maka marilah kita berdoa......Ya Rabb aku berlindung kepadaMu ya Allah, lindungilah aku dari nafsu yang membuak-buak, aku berlindung kepada Mu ya Allah daripada kalbu yang tidak pernah merasa puas dan aku berlindung kepada Mu ya Allah daria apa juga perbuatan yang membawakepada kemurkaan Mu ya Allah.

Thursday, July 8, 2010

Split personaliti

Asalamualaikum w.b.t & salam sejahtera. Hari ini Jumaat 8 Julai 2010. Dulu pernah saya sebutkan personaliti terdiri daripada dua perkataan iaitu persona + kualiti. lalu apabila ia dipadankan terjadilah personaliti. Persona diri dan kualiti diri. Ada kajian yang membahagikan manusia kepada empat jenis personaliti. Born to be a leader, melankolik, happy go lucky dan pesimistik. Satu ketika, anda sebagai diri anda sekarang ini merancang untuk mengadakan satu najlis hari jadi orang yang dekat dengan anda. YA boleh sahaja untuk diri sendiri, adik, kaka, ibu & ayah atau guru di sekolah. Boleh sahaja untuk teman-teman sekolah mahupun sepejabat. Pernah. Oleh kerana anda terlalu teruja, maka aanda merancang pengisian majlis tersebut dengan rapi, temanya, logonya, persiapannya dan makan minum serta acara gran. Dua hari sebelum majlis itu berlangsung tetipa anda merasakan sesuatu tidak kena dan anda mengatakan apa yang ingin dibuat selama ini adalah satu pembaziran, lalu anda membatalkannya. Beberapa ketika..... anda merasa cukup tertekan kenara membuat keutusan membatal majlis tersebut.

Pernah?
Jikaini berlaku kepada anda, anda sedang berdepan dengan isu split personaliti. Hari ini anda memiliki personaliti yang happy go lucky dan seang beberapa ketika nada menjiwai perwatakkan seorang melankolik pula.

Jika anda seorang pelajar, pernahkan anda beriya-iya mahu belajar bersungguh-sungguh dan selang beberapa hari selepas itu mengubah pendirian yang lebih terbuka. Mahu enjor dan bersenang-senang. Kemudian bila exam tiba anda kembali panik kerana merasakan anda susdah berputus asa. Ada sebenarnya sedang berdepan dengan split personaliti.

Monday, January 25, 2010

Jangan bersedih. Masalah itu satu potensi

Asalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Setiap hari ada sahaja masalah yang menimpa diri kita. Sehingga kita merasakan masalah itu terlalu membebankan hidup dan menjadikan kita hampir putus asa. Seorang guru yang berkhidmat hampir 10 tahun di SMK Bukit Jambul, hari ini bersedih hati kerana ia akan ditukarkan ke sekolah lain atas alasan yang sangat remeh dan tidak professional langsung. Saya katakan padanya, Allah s.w.t. itu maha mengetahui dan maha adil. Allah swt itu maha pengasih lagi maha indah perancangannya. Kdang kala kita tidak nampak perancangan Allah swt tetapi Allah swt itu mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Saya katakan pada guru ini jangan takut pada politi pejabat, baik sekolah mahupun JPN sebab mereka itu manusia yang ada nafsu. Mereka itu ada agenda, mereka itu bukan tuhan. Mereka ada hazad, tuhan tidak, mereka ada iri, tuhan tidak mereka suka berdengki, rasuah, politik songsang....tetapi Allah s.w.t. tidak. Jadi mengapa kita perlu takut kepada mereka.....mereka boleh hantar kit ake mana sahaja tetapi mereka tidak dapat menguasai minda kita........Justeru bersabarlah...pastiny aada 1001 hikmah yang menanti anda. Berdoalah, bukankah doa orang yang dianaiya itu lebih cepat makbu;lny aberbanding orang suka menjatuhkan maruan orang lain.