Monday, January 25, 2010

Jangan bersedih. Masalah itu satu potensi

Asalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Setiap hari ada sahaja masalah yang menimpa diri kita. Sehingga kita merasakan masalah itu terlalu membebankan hidup dan menjadikan kita hampir putus asa. Seorang guru yang berkhidmat hampir 10 tahun di SMK Bukit Jambul, hari ini bersedih hati kerana ia akan ditukarkan ke sekolah lain atas alasan yang sangat remeh dan tidak professional langsung. Saya katakan padanya, Allah s.w.t. itu maha mengetahui dan maha adil. Allah swt itu maha pengasih lagi maha indah perancangannya. Kdang kala kita tidak nampak perancangan Allah swt tetapi Allah swt itu mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Saya katakan pada guru ini jangan takut pada politi pejabat, baik sekolah mahupun JPN sebab mereka itu manusia yang ada nafsu. Mereka itu ada agenda, mereka itu bukan tuhan. Mereka ada hazad, tuhan tidak, mereka ada iri, tuhan tidak mereka suka berdengki, rasuah, politik songsang....tetapi Allah s.w.t. tidak. Jadi mengapa kita perlu takut kepada mereka.....mereka boleh hantar kit ake mana sahaja tetapi mereka tidak dapat menguasai minda kita........Justeru bersabarlah...pastiny aada 1001 hikmah yang menanti anda. Berdoalah, bukankah doa orang yang dianaiya itu lebih cepat makbu;lny aberbanding orang suka menjatuhkan maruan orang lain.