Wednesday, April 27, 2011

Motivasi pekerja

Daripada sudut pandangan seorang majikan yang tipikal, pekerja sering dikatakan mengharapkan gaji yang sentiasa naik. Bonusnya juga perlu dikekalkan dan diberikan setiap tahun. Ini tidak termasuk kemudahan-kemudahan sosial yang lain yang dirasakan terbeban kepada pundak seorang majikan. Namun apakah tanggapan ini benar. Daripada satu sudut pandang ini barangkali benar, cuma apabila kita mula membuka hari dan minda kita ia barangkali satu pandangan yang sama sali menyimpang dan salah.

Saya pernah menulis kepada rakan-rakan sekerja yang bunyinya begini:
Asalamualaikum wbt;
Tahniah kepada rakan-rakan yang diberi anugerah cemerlang dan naik pentas kelmarin. Zaman ini dapat anugerah senyap-senyap je. Umpama tiupan angin, senyap dan sejuk.
Yang tak dapat tak mengapa, Bukankah rezeki itu anugerah tuhan, Ia umpama lautan yang tak habis-habis digunakan. Bekerjalah dengan ikhlas sebab anugerahNya tidak ada batasan. Mari kita raikan kejayaan sendiri, tepuk bahu sendiri. Ingat penilai sebenar bukanoleh Dekan, kita mempunyai majikan yang lebih ESA, bersyukurlah.

Lalu ia dibalas oleh majikan saya begini;
Allah sahaja yang ADIL !!!!!!!!!!. Itu pegangan saya. Pemberian ACP berdasarkan perbincangan panel dan bukan kuasa dekan seorang. Saya sudah PENAT dan Letih dengan komen-komen oleh PM Dr. tetapi masih mahu membangunkan PPPJJ untuk kecemerlangan....... PERCAYALAH SATU ORGANISASI AKAN RUNTUH DAN HANCUR JIKA AHLI DALAM ORGANISASI YANG MENGHANCURKANNYA SENDIRI.

Maksud yang saya mahu sampaikan ialah bermotivasilah walaupun tidak mendapat apa-apa anugerah. Bersyukurlah walaupun kita tidak mendapat ACP, kita tetap dianugerahi kesihatan dan mampu bekerja serta menyara anak beranak kita. Itulah anugerah yang kita terlepas pandang. Lalu saya sebutkan bersyukurlah. Namun majikan melihat dari satu sudut terpisah.....satu sudut yang cukup negatif sehingga seruan saya dianggap sebagai pemusnah organisasi...... Seharusnya majikan meneliti kata-kata dari suara hati dan minda supaya kata-katanya itu bisa memortivasikan pekerja bukan menambah burukkan lagi keadaan.

Majikan tidak boleh menyatakan dia sudah penat. Yang penat sebenarnya orang bawahan kerana tanpa mereka organisasi benar-benar akan runtuh. Di kalangan pekerja sokongan atau bawahan tetap mempunyai pemimpin dan mereka akur dengan tugasan yang diberikan oleh ketua mahupun majikan selagi ia mengikuti batas-batas yang ditetapkan oleh Allah swt. Tetapi beban amanah terletak pada pemimpin atau majikan kerana staf sokongan adalah dibawah tanggungjawab mereka. JIka penilaian ACP tidak adil (dalam konteks kepimpinan), saya percaya organisasi boleh runtuh kerana rasa tidak puas hati pekerja mereka. Jadi yang meruntuhkan organisasi bukan pekerja tetapi pemimpinnya. Negara runtuh bukan kerana rakyatnya tetapi kerana pemimpinnya yang buruk. Yang disoall oleh Allah pertama dulu ialah pemimpinnya bukan rakyatnya.

Motivasi sangat perlu kepada staf sokongan mahupun staf-staf yang lain. Pemimpin harus tahu membaca apa kehendak pasaran dan apa kehendak kakitangannya. Keputusan mengikut hawa nafsu dan perasaan sangat perlu dinyahkan. Pemimpin kena berpandangan jauh dan menjadi motivator yang sangat kuat bukan meruntunkan lagi situasi yang sudah menjadi semakin keruh.

PM Dr. Main

Wednesday, April 20, 2011

Pemikiran anak yang mulus

Anak akan berkata apa sahaja. Itu yang saya suka. Selalu apabila anak rakan datang kerumah (dua-dua anak kecil perempuan sekitar berumur 4 dan 3 tahun) mereka akan terus meneroka rumah saya. Kalau ke dapur.... si kakak akan berkata kepada saya....eeee kenapa kotor ni? Kalau ke ruang tamu .....si adik akan bertanya kenapa bersepah ni....... macam-macam pertanyaan akan mereka tanyakan...... paling melucukan....kalau datang ke rumah saya....terus terus tanya.....haus la....nak minum.....

Fikiran dan gaya anak kecil sebelum umur mereka 6 tahun memang polos dan mulus. Ap ayang kita nak buat? cubit mereka....no....no....no.
Kalau zaman tok nenek kita, akan cakap macam itu di rumah tetapi .....alamat kena cubit le. Paling tidak terjengil mata kita tengok mereka. TETAPI saya hanya kata....hhhhhhaaaaaa tu la kakan lama tak datang rumah uncle.......tak ada sapa nak tolong bersihkan umah uncle.....kecian ancle...... kalau haus...... hhhh a mai ikut untie kat dapur, tolong untie buat air. Well, pendekatan itu cocok.....Mereka cukup suka datang rumah saya.

Kebetulan anak-anak saya dah besar panjang dan yang bungsu dah masuk program foundation MARA di Kuala Nerang, tetapi masih pangil dirinya adik....... nak atau apa yang dua budak kecik itu respon, ...eeee kenapa abang tu dipanggil adik....kan dah besar...... kami hanya ketawa besar sahaja. Lihat betapa logiknyanya fikiran mereka dan mereka tidak faham erti sentimental dalam hisup kita.

Satu hari nanti mereka akan paham.....biarlah masa yang memberikan pendidikan itu kepada mereka

PM Dr. Main Rindam
USM.

Kita Wajib Mendapatkan Air Yang Bersih

Asalamualaikum wbt.
Air adalah satu anugerah Allah swt. Air hujan mahupun air embun adalah air yang mempunyai keberkatan yang dijanjikan. Air hujan mahupun embun dapat menyuburkan tanah dan menghidupkan tumbuhan. Air hujan akan meresap ke permukaan bumi dan ditapis menerusi lapisan-lapisan tanih mengikut jenis atau siri tanih yang unik dan tersendiri di merata pelusok muka bumi ini. Setiap satu siri tanih mempunyai mineralnya masing-masing dan tidak sama antara satu sama lain. Lalu air yang dihasilkan akan tersimpan dan dikenali sebagai air akuifer atau air bawah tanah. Kalau ia berada di lapisan atas iaitu berada di kedudukan muka air kita boleh mendapatnkannya dengan mengali lubang atau yang orang dulu-dulu panggil perigi atau telaga sementara di tanah seberang ia dikenali sebagai sumur dan dalam bahasa inggerisnya well.
Hari ini banyak pokok telah ditebang sedangkan ia merupakan sistem penapis air peringkat pertama kerana pokok akan menghasilkan proses troughfall dan steamflow kepada air hujan. Ia juga menghasilkan lapisan humas. Bila pokok ditebang, kita memusnahkan lapisan humas dan hakisan menyebabkan lapisan permukaan tanah dipotong atau dihasil secara melampau oleh air larian sehinggakan penapis air di permukaan bumi dihilangkan secara kekal. Dalam banyak kes manusia memotong bukit dan juga menggantikan kawasan tadahan dengan petempatan manusia dengan menggunakan alasan pembangunan sehingga air yang masuk ke kawasan tadahan merupakan air yang tidak bertapis secara semula jadi.
Hari ini kebanyakan air takungan kita melalui aliran sungai yang tercemar dengan bahan enapan sungai, sisa pembuangan pepejal mahupun kimia terutamanya pembuangan bahan sisa daripada kawasan ternakan, pertanian dan juga sisa perbandaran mahupun industri. Setiap daripada kita menyumbang kepada isu air tercemar ini. Sungai sungai utama di negara kita sedang berdepan dengan masalah ini. Sungai Muda Kedah, Sungai Kulim, Sungai Pinang, Sungai Perak, Sungai Krian, Sungai Kelang dan Gombak, Lembangan sungai semenyih, Sungai Ujong, Sungai Melaka, SUngai Johor, Sungai Muar, Sungai Pahang, Terengganu, Dungun, SUngai Kelantan adalah antara sungai yang semakin terancam oleh perbuatan manusia sendiri.
Teknologi moden dapat menyelamatkan kita. Dapatkan filter berteknologi nano untuk membantu membersihkan air di rumah kita, terutamanya air untuk diminum. Ia dapat membekalkan air bersih daripada keladak dan juga bau klorin serta lain-lain bau asing. Pastikan juga penapis tersebut bukan dihasilkan daripada seramik yang diproses menggunakan tulang daripada haiwan tidak halal. Cari dan belilah filter atau penapis air yang murah dan berkualiti. IA bagus untuk darah dan paling pasti untuk otak dan hati.


Prof. Madya Dr. Main Rindam
Hidrometeorologis
USM.