Thursday, March 8, 2012

Analisis TAJMA

Ada pelbagai kaedah untuk melakukan analisis personaliti. Salah satunya ialah dengan menggunakan kaedah TAJMA. Kaedah ini menyenaraikan 10 trait atau karaakter. Setiap satu ialah asertif, analitikal, prihatin, penghasilan, integriti, intelektual, Kreativiti, kepimpinan, keterbukaan dan jati diri. Ringkasnya boleh saya simbolkan sebagai 2API3K+J. Kekuatan analisis ini ialah ia dapat memberitahu kita tentang perbezaan karakter dalam diri seseorang. Maklumat ini sangat berguna kepada institusi dalam memilih kakitangan yang mahu berkhidmat dengannya. Ia juga boleh digunakan sebagai petunjuk bagi membangunkan kemahiran dalaman para staf dalam institus . Selain itu TAJMA boleh digunakan sebagai perancangan untuk meningkatkan produktiviti seperti KPI dan KIP stafff. Lebih penting lagi analisis tajma boleh menjadi penampal kepad aloop yang wujud dalam kitaran prestasi kerja staff sesebuah insstitusi. Bagi saya, analisis TAJMA boleh digunakan bagi merapatkan jurang karakter antara gred kakitangan sesebuag institusi kerajaan ataua syarikat misalnya karakter antara staf bawahan

Tuesday, December 20, 2011

ketahui apakah kekuatan anda

kekuatan kita daripada satu sudut boleh dilihat daripada 11 trait, masing2 ialah kepimpinan, asertif, keterbukaan, intergriti, kritik diri, analitikal, jati diri dan sebagainya. Tiap satu menjadi asas personaliti atau pembawakkan seseorang. kuat atau lemah seseorang itu bergantung kepada banyak faktor dan jika diasimilasikan dengan jenis pekerjaan yang dilakukan mampu menunjukkan potesi produktiviti serta hala tuju perkembangan kerjaya mereka.

Tuesday, May 17, 2011

PIMPIN

Setiap orang mempunyai universiti dalam dirinya sendiri. Kecil atau besar universiti tersebut tergantung bagaimana kita menghidup dan menyuburkannya. Hasilnya masih sama iaitu dalam bentuk KPI mahupun KIP. Untuk memahapi status universiti diri sendiri kita perlu melakukan piawaian daripada pelbagai sudut seperti kreativiti, pembangunan diri, kepimpinan, kesukarelawanan, kekuatan fizikal, kemahiran berunding, analisis personaliti dan juga memiliki sifat insaniah yang menjadi asas apex dalam universiti hati kita.

Apabila kita menjawat jawatan N17, N27, N29, N31.....N41 atau diletakkan di bawah kategori yang lain seperti C mahupun G. Apakah kita berjaya menjalankan tanggungjawab kita itu dengan penuh kreativiti, teliti, telus.....berintegriti....menggunakan kemahiran berkomunisi yang betul dan menggunakan daya kepimpinan yang betul.

Wednesday, April 27, 2011

Motivasi pekerja

Daripada sudut pandangan seorang majikan yang tipikal, pekerja sering dikatakan mengharapkan gaji yang sentiasa naik. Bonusnya juga perlu dikekalkan dan diberikan setiap tahun. Ini tidak termasuk kemudahan-kemudahan sosial yang lain yang dirasakan terbeban kepada pundak seorang majikan. Namun apakah tanggapan ini benar. Daripada satu sudut pandang ini barangkali benar, cuma apabila kita mula membuka hari dan minda kita ia barangkali satu pandangan yang sama sali menyimpang dan salah.

Saya pernah menulis kepada rakan-rakan sekerja yang bunyinya begini:
Asalamualaikum wbt;
Tahniah kepada rakan-rakan yang diberi anugerah cemerlang dan naik pentas kelmarin. Zaman ini dapat anugerah senyap-senyap je. Umpama tiupan angin, senyap dan sejuk.
Yang tak dapat tak mengapa, Bukankah rezeki itu anugerah tuhan, Ia umpama lautan yang tak habis-habis digunakan. Bekerjalah dengan ikhlas sebab anugerahNya tidak ada batasan. Mari kita raikan kejayaan sendiri, tepuk bahu sendiri. Ingat penilai sebenar bukanoleh Dekan, kita mempunyai majikan yang lebih ESA, bersyukurlah.

Lalu ia dibalas oleh majikan saya begini;
Allah sahaja yang ADIL !!!!!!!!!!. Itu pegangan saya. Pemberian ACP berdasarkan perbincangan panel dan bukan kuasa dekan seorang. Saya sudah PENAT dan Letih dengan komen-komen oleh PM Dr. tetapi masih mahu membangunkan PPPJJ untuk kecemerlangan....... PERCAYALAH SATU ORGANISASI AKAN RUNTUH DAN HANCUR JIKA AHLI DALAM ORGANISASI YANG MENGHANCURKANNYA SENDIRI.

Maksud yang saya mahu sampaikan ialah bermotivasilah walaupun tidak mendapat apa-apa anugerah. Bersyukurlah walaupun kita tidak mendapat ACP, kita tetap dianugerahi kesihatan dan mampu bekerja serta menyara anak beranak kita. Itulah anugerah yang kita terlepas pandang. Lalu saya sebutkan bersyukurlah. Namun majikan melihat dari satu sudut terpisah.....satu sudut yang cukup negatif sehingga seruan saya dianggap sebagai pemusnah organisasi...... Seharusnya majikan meneliti kata-kata dari suara hati dan minda supaya kata-katanya itu bisa memortivasikan pekerja bukan menambah burukkan lagi keadaan.

Majikan tidak boleh menyatakan dia sudah penat. Yang penat sebenarnya orang bawahan kerana tanpa mereka organisasi benar-benar akan runtuh. Di kalangan pekerja sokongan atau bawahan tetap mempunyai pemimpin dan mereka akur dengan tugasan yang diberikan oleh ketua mahupun majikan selagi ia mengikuti batas-batas yang ditetapkan oleh Allah swt. Tetapi beban amanah terletak pada pemimpin atau majikan kerana staf sokongan adalah dibawah tanggungjawab mereka. JIka penilaian ACP tidak adil (dalam konteks kepimpinan), saya percaya organisasi boleh runtuh kerana rasa tidak puas hati pekerja mereka. Jadi yang meruntuhkan organisasi bukan pekerja tetapi pemimpinnya. Negara runtuh bukan kerana rakyatnya tetapi kerana pemimpinnya yang buruk. Yang disoall oleh Allah pertama dulu ialah pemimpinnya bukan rakyatnya.

Motivasi sangat perlu kepada staf sokongan mahupun staf-staf yang lain. Pemimpin harus tahu membaca apa kehendak pasaran dan apa kehendak kakitangannya. Keputusan mengikut hawa nafsu dan perasaan sangat perlu dinyahkan. Pemimpin kena berpandangan jauh dan menjadi motivator yang sangat kuat bukan meruntunkan lagi situasi yang sudah menjadi semakin keruh.

PM Dr. Main

Wednesday, April 20, 2011

Pemikiran anak yang mulus

Anak akan berkata apa sahaja. Itu yang saya suka. Selalu apabila anak rakan datang kerumah (dua-dua anak kecil perempuan sekitar berumur 4 dan 3 tahun) mereka akan terus meneroka rumah saya. Kalau ke dapur.... si kakak akan berkata kepada saya....eeee kenapa kotor ni? Kalau ke ruang tamu .....si adik akan bertanya kenapa bersepah ni....... macam-macam pertanyaan akan mereka tanyakan...... paling melucukan....kalau datang ke rumah saya....terus terus tanya.....haus la....nak minum.....

Fikiran dan gaya anak kecil sebelum umur mereka 6 tahun memang polos dan mulus. Ap ayang kita nak buat? cubit mereka....no....no....no.
Kalau zaman tok nenek kita, akan cakap macam itu di rumah tetapi .....alamat kena cubit le. Paling tidak terjengil mata kita tengok mereka. TETAPI saya hanya kata....hhhhhhaaaaaa tu la kakan lama tak datang rumah uncle.......tak ada sapa nak tolong bersihkan umah uncle.....kecian ancle...... kalau haus...... hhhh a mai ikut untie kat dapur, tolong untie buat air. Well, pendekatan itu cocok.....Mereka cukup suka datang rumah saya.

Kebetulan anak-anak saya dah besar panjang dan yang bungsu dah masuk program foundation MARA di Kuala Nerang, tetapi masih pangil dirinya adik....... nak atau apa yang dua budak kecik itu respon, ...eeee kenapa abang tu dipanggil adik....kan dah besar...... kami hanya ketawa besar sahaja. Lihat betapa logiknyanya fikiran mereka dan mereka tidak faham erti sentimental dalam hisup kita.

Satu hari nanti mereka akan paham.....biarlah masa yang memberikan pendidikan itu kepada mereka

PM Dr. Main Rindam
USM.

Kita Wajib Mendapatkan Air Yang Bersih

Asalamualaikum wbt.
Air adalah satu anugerah Allah swt. Air hujan mahupun air embun adalah air yang mempunyai keberkatan yang dijanjikan. Air hujan mahupun embun dapat menyuburkan tanah dan menghidupkan tumbuhan. Air hujan akan meresap ke permukaan bumi dan ditapis menerusi lapisan-lapisan tanih mengikut jenis atau siri tanih yang unik dan tersendiri di merata pelusok muka bumi ini. Setiap satu siri tanih mempunyai mineralnya masing-masing dan tidak sama antara satu sama lain. Lalu air yang dihasilkan akan tersimpan dan dikenali sebagai air akuifer atau air bawah tanah. Kalau ia berada di lapisan atas iaitu berada di kedudukan muka air kita boleh mendapatnkannya dengan mengali lubang atau yang orang dulu-dulu panggil perigi atau telaga sementara di tanah seberang ia dikenali sebagai sumur dan dalam bahasa inggerisnya well.
Hari ini banyak pokok telah ditebang sedangkan ia merupakan sistem penapis air peringkat pertama kerana pokok akan menghasilkan proses troughfall dan steamflow kepada air hujan. Ia juga menghasilkan lapisan humas. Bila pokok ditebang, kita memusnahkan lapisan humas dan hakisan menyebabkan lapisan permukaan tanah dipotong atau dihasil secara melampau oleh air larian sehinggakan penapis air di permukaan bumi dihilangkan secara kekal. Dalam banyak kes manusia memotong bukit dan juga menggantikan kawasan tadahan dengan petempatan manusia dengan menggunakan alasan pembangunan sehingga air yang masuk ke kawasan tadahan merupakan air yang tidak bertapis secara semula jadi.
Hari ini kebanyakan air takungan kita melalui aliran sungai yang tercemar dengan bahan enapan sungai, sisa pembuangan pepejal mahupun kimia terutamanya pembuangan bahan sisa daripada kawasan ternakan, pertanian dan juga sisa perbandaran mahupun industri. Setiap daripada kita menyumbang kepada isu air tercemar ini. Sungai sungai utama di negara kita sedang berdepan dengan masalah ini. Sungai Muda Kedah, Sungai Kulim, Sungai Pinang, Sungai Perak, Sungai Krian, Sungai Kelang dan Gombak, Lembangan sungai semenyih, Sungai Ujong, Sungai Melaka, SUngai Johor, Sungai Muar, Sungai Pahang, Terengganu, Dungun, SUngai Kelantan adalah antara sungai yang semakin terancam oleh perbuatan manusia sendiri.
Teknologi moden dapat menyelamatkan kita. Dapatkan filter berteknologi nano untuk membantu membersihkan air di rumah kita, terutamanya air untuk diminum. Ia dapat membekalkan air bersih daripada keladak dan juga bau klorin serta lain-lain bau asing. Pastikan juga penapis tersebut bukan dihasilkan daripada seramik yang diproses menggunakan tulang daripada haiwan tidak halal. Cari dan belilah filter atau penapis air yang murah dan berkualiti. IA bagus untuk darah dan paling pasti untuk otak dan hati.


Prof. Madya Dr. Main Rindam
Hidrometeorologis
USM.

Sunday, February 27, 2011

Pokok menunjukkan fokus kerjaya kita?



Lukiskan sepohon pokok. Lukis sahaja sepohon pokok....setengah orang menyebutnya sebatang pokok. Lukis sahajalah. Masa yang diberikan dua minit sahaja. Jadi ambil pengsel (pen pun tak pa). Lukis sahaja. Siap. Haaaa, tengok contoh pokok yang dilukis oleh klien saya ini. Kalau kita nak tengok fokus belajar klien ini (klien berada dalam darjah enam.
1. Perhatikan aras keyakinan (saiz batang pokok) besar sertinya dia cukup yakin.
2. Perhatikan aras keseronokkan atau kegairahan untuk belajar, saiz pokok besar dan berdaun lebat dengan silera atau kanopi yang besar serta berbuah lebat....memang pelajar inui mempunyai personaliti yang cukup ghairah untuk belajar.
3. Daya fokusnya juga tinggi. Kenapa saya kata begitu...perhatikan cabang pokok ini. tidak ada...jadi batag pokok terus hingga ke tengah kanopi satu. Pelajar ini mempunyai fokus yang kuat dalam pelajarannya. Kita tidak risau terhadap perhatian kerana perhatian beliau hanya kepada belajar dan belajar sahaja. Ertinya fokus yang jitu membolehkan proses pembelajarannya berjalana terus.
3. Pembangunan psikologi yang baik sebab tidak ada tanda penderaan atau tekanan perasaan. Bila proses pertumbuhan prikologi pelajar berjalan dengan baik, ia mampu memberikan fokus kepada kerjayanya sebagai seorang pelajar, anak dan juga pemimpin kepada kerjayanya sendiri.
4. Masalah pelajar ini hanya terfokus kepada pokok yang ditumbuhi oleh rumput-rumput atau alang di bahagian bawahnya. Sifat rumput atau lalang ialah wujud perkongsian sumber makanan. Ertinya wujud sindrom 'pembulian' ke atas diri pelajar ini. Siapa yang mampu melakukannya....orang yang terdekat iaitu adik beradik, ibu ayah dan juga rakan pelajarnya sendiri.
Sebenarnya kita juga boleh membincangkan personaliti klien saya dalam format yang lebih besar seperti melihat tahap asertif, analikal, sifat keterbukaan, kepimpinan, jatidiri, prihatin, daya intelektuan, pencapaian, integriti serta kritikdiri beliau. Lukisan memberikan pelbagai gambaran yang kit alakarkan sendiri di atas kertas putih. Ia lahir daripada sumber pengalaman dan pemikiran bawah sedar kita sendiri. Betul atau tidak banyak bergantung kepada aras integriti dan kritikdiri kita sendiri.
Asertif....sama ada kita mudah mengalah, tegas, tidak mudah mengalah atau agrasif. No, klien saya tidak bersifat begitu. IA cukup sentimental untuk berbuat demikian Sifat pasif itu tetap ada. Sebab pokok ini tidak berdahan dan tidak menunjukkan pencapahan. Analitikal......tidak juga sebab akarnya tidak kelihatan langsung. Tidak wujud elemen penerokaan. Tiada penggunaan warna, contengan dan juga lakaran yang ekstreem. Keterbukaan...ya ada sifat itu...pokok mesar dan berdaun lebat serta berbuah./ Kepimpinan ya...yakin...pokoknya besar. Disukai ramai...sebab buahnya banyak...lebat daunnya dan banyak orang ambil kesempatan (rumput di kaki pokok)...Jati diri ...ya....tidak ada unsur sedih...semuanya happy. Prehatin...ya....intelektual...ya.....pencapaian....ya...integriti ....ya....kritikdiri juga ada. Pokok besar mempunyai kestabilan emosi dan pemikiran

Sunday, August 22, 2010

MyPersonaliti- personaliti bulan Ramadhan.

Asalamualaikum wbt.
Alhamdulillah & Selawat ke atas Nabi s.a.w.
Bulan Ramadhan sudah hampir separuh. Banyak yang kita lalui. Suka dan duka. Semasa belum memasuki bulan Ramadhan tidak ada siapapun kisah bazar Ramadhan tetapi bermulanya day 1 bulan Ramadhan....kita menyaksikan betapa manusia tidak dapat membendung nafsu makan mereka. Sebelum berpuasa mereka tidak kisan pun....tetapi bila sahaja memasuku bulan puasa manusia menunjukkan nafsu menjadi raja. Tidak ada yang pulang tangan kosong. Jari dan tangan mengengam dan menjinjit pelbagai bungkusan makanan.......Manusia memang hipokrit. Siangnya dipuasakan tetap menjelang satu jam sebelum berbuka....mata hatinya dibukakan dengan juadah-juada bagi mengenyangkan nafsu makan mereka.

Maka marilah kita berdoa......Ya Rabb aku berlindung kepadaMu ya Allah, lindungilah aku dari nafsu yang membuak-buak, aku berlindung kepada Mu ya Allah daripada kalbu yang tidak pernah merasa puas dan aku berlindung kepada Mu ya Allah daria apa juga perbuatan yang membawakepada kemurkaan Mu ya Allah.

Thursday, July 8, 2010

Split personaliti

Asalamualaikum w.b.t & salam sejahtera. Hari ini Jumaat 8 Julai 2010. Dulu pernah saya sebutkan personaliti terdiri daripada dua perkataan iaitu persona + kualiti. lalu apabila ia dipadankan terjadilah personaliti. Persona diri dan kualiti diri. Ada kajian yang membahagikan manusia kepada empat jenis personaliti. Born to be a leader, melankolik, happy go lucky dan pesimistik. Satu ketika, anda sebagai diri anda sekarang ini merancang untuk mengadakan satu najlis hari jadi orang yang dekat dengan anda. YA boleh sahaja untuk diri sendiri, adik, kaka, ibu & ayah atau guru di sekolah. Boleh sahaja untuk teman-teman sekolah mahupun sepejabat. Pernah. Oleh kerana anda terlalu teruja, maka aanda merancang pengisian majlis tersebut dengan rapi, temanya, logonya, persiapannya dan makan minum serta acara gran. Dua hari sebelum majlis itu berlangsung tetipa anda merasakan sesuatu tidak kena dan anda mengatakan apa yang ingin dibuat selama ini adalah satu pembaziran, lalu anda membatalkannya. Beberapa ketika..... anda merasa cukup tertekan kenara membuat keutusan membatal majlis tersebut.

Pernah?
Jikaini berlaku kepada anda, anda sedang berdepan dengan isu split personaliti. Hari ini anda memiliki personaliti yang happy go lucky dan seang beberapa ketika nada menjiwai perwatakkan seorang melankolik pula.

Jika anda seorang pelajar, pernahkan anda beriya-iya mahu belajar bersungguh-sungguh dan selang beberapa hari selepas itu mengubah pendirian yang lebih terbuka. Mahu enjor dan bersenang-senang. Kemudian bila exam tiba anda kembali panik kerana merasakan anda susdah berputus asa. Ada sebenarnya sedang berdepan dengan split personaliti.