Asalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Pada 10 Jun 2008 saya mengendalikan bengkel CPS bagi kumpulan kakitangan USM gred 27 hingga 40. Kita sebenarnya sudah mempunyai "peralatan" atau tools yang boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. Namun kita selalu menggunakan pendekatan barat yang kononnya lebih canggih berbanding tools yang digunakan oleh pencipta tempatan. TRIZ atau "the theory of solving inventors problems" misalnya dianggap ampuh dalam menyelesaikan masalah dalam sektor industri. Barat memperkenalkan kaedah "brainstorming" dan juga morphological analysis sementara Rusia menggunakan pendekatan TRIZ atau go foward. Bagi orang Islam, pendekatan muzakarah adalah tool yang utama. Bagi saya, ketiga-tiga tools ini boleh diterima kerana masing-masing ada kelebihan. MyPersonaliti mengenalpasti yang masalah perlu dilihat satu persatu. Kita perlu kenalpasti, mencari saranan, melaksanakan saranan dan lihat hasilnya. Jika TRIZ menekankan aspek teknikal (semua benda yang dihasilkan oleh manusia adalah satu sistem teknikal sama ada dalam bentuk objek, proses mahupun sistem). Sesetengah orang suka menyelesaikan masalah secara sistematik dan ada juga yang berjaya menyelesaikannya secara intitutif atau mengikut gerak hati. Sama ada kita suka model TRIZ ataupuun MySaRa, objektifnya tetap sama iaitu menyelesai masalah secara kreatif. Menggunakan MySaRa, kita perlu melakukan scanning terhadap masalah, kemudian melakukan analisis, Response dan assesment atau melakukan penilaian. Pada pendapat saya TRIZ terlalu terfokus kepada masalah yang timbul sementara pendekatan MyPersonaliti lebih kepada melihat masalah dari sudut yang menyeluruh. Namun kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing.
Anda mempunyai masalah, sil alakukan scanning terhadap masalah anda, kemudian lakukan analisa ke atas mya, response atau tindak balas perlu dihasilkan menerusi diskusi sebelum tindakan dilakukan dan kemudiannya disusuli dengan penilaian semula bagi mendapatkan jawapan apakan setiap tindakan kita itu memberikan faedah kepada masyarakat.
Tuesday, June 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment