Asalamualaikum wbt.
Tusyen adalah hambatan kepada ibu bapa yang sangat stress dengan pencapaian anak-anak khususnya yang mahu menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Desakkan memberikan anak tusyen sebenarnya wujud bila ibu bapa diserang sindrom atau fobia anak gagal. Logiknya anak-anak ini hanya ada peluang sekali sahaja untuk sama ada berjaya atau sebaliknya dalam UPSR,PMR, SPM dan STPM. Bagi ibu bapa tidak ada peluang kedua. titik. Stop.
Pada masa yang sama sekolah mengadakan kelas tambahan. Bermula sesetengahnya daripada jam 1 hingga 4.30 petang atau jam 2 hingga 4 petang. Kelas tambahan bermul adaripada hari Isnin hingga Jumaat. Sesetengah sekolah merasakan itu tak cukup lalu ditambah hingga hari sabtu pagi. Maka masa anak belajar dipanjangkan dari seawal jam 7.30 berlanjutan sehingga jam 4.30 petang.
Tidak cukup dengan waktu itu, ibu dan ayah hantar anak sekurang-kurangnya dua matapelajaran tusyen diluar. Maka anak kena pergi tusyen sekurang-kurangnya dua hari dalam seminggu tusyen tambahan. selalunya Mats dan Sains atau B.Inggeris dan B. Melayu. Bertambahlah waktu anak belajar lagi. Tidak sebelah petang tambah sebelah malam sehingga jam 9 atau 10 malam.
APA SEMUA INI?
Anak kemudiannya perlu membuat kerja rumah dan mengulang kaji di rumah......ada waktu lagi ke? Ok, kita ambil jam 10 hingga 12 malam.. Berbaloikah semua ini khususnya kepada tujuan kita melahirkan anak. Betulkan cara kita membina modal insan. Anak kita ini masanya 80 peratus diperuntukkan kepada mengejar kejayaan menerusi peperiksaan. Bagaimana pula hak kasih sayang, bermasyarakat atau bersosial, beriadah, mengenal adik-adik dan ibu bapa.....berehat......hak untuk dirinya......sangat dan tersangatlah kurang. Maka janganlah kemudiannya kita komplain...merunggut anak ini kurang kasih sayang......mereka sebenarnya terlalu penat!
BANTULAH ANAK......
Pada 27 Julai 2008 akan bersama murid-murid tahun 5 Sri Permai, Bayan Lepas di hotel sunway, Gtown. Pulau Pinang. Dua jam bersama mereka untuk menyampaikan ceramai motivasi. Antara penekanan saya ialah bagaimana mengekalkan kekuatan otak (fikiran), hati (perasaan) dan impian mereka supaya mereka mampu memperoleh semua A dalam UPSR tahun 2008. Bagi menguatkan otak saya akan ajarkan kepada mereka kaedah melakukan diet minda. Selain memperkenalkan makanan susu colostrum IgG Plus dan spiruina kepada mereka, mereka mesti tahu mengamalkan diet makanan seperti mengekalkan protin, karbohidrat, vitamin, mineral, air dan juga oksigen dalam otak. Colustrum mengalakkan penghasilan serotomin dan Dopamine dalam otak, bahan yang mampu menjadikan otak tenang dan relax. Otak tidak merasa tertekan atau depress. Ia menjadikan otak lebih kuat ingatan dan tidak mudah lupa. Ia juga membekalkan otak lebih tenaga, fokus dan sentiasa siapsiaga. Bagi pelajar atlit ia juga dapat meningkatkan pertumuhan otot dan tisu yang sudah rosak. Lebih bertenaga. Otak yang bertenaga sangat perlu bagi membolehkan mereka mempunyai keupayaan untuk menyerap pelajaran tak kira berapa lama kelas dijalankan.
Bottom line.
Tusyen sahaja tidak memadai jika tidak disertakan dengan makanan otak yang mencukupi. Tusyen sangat meletihkan dan sebagai ibu bapa mesti juga memberi sokongan lain khususnya dalam aspek pemakanan otak. Spirulina dan susu colostrum IgG plus memang membantu. Air dan teknik mendapatkan oksigen yang betul juga membantu meningkatkan kualiti otak anak-anak kita. Kata orang otak sihat.....badan pun kuat.
Tuesday, July 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment