Tuesday, June 10, 2008
Creative problem solving
Pada 10 Jun 2008 saya mengendalikan bengkel CPS bagi kumpulan kakitangan USM gred 27 hingga 40. Kita sebenarnya sudah mempunyai "peralatan" atau tools yang boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. Namun kita selalu menggunakan pendekatan barat yang kononnya lebih canggih berbanding tools yang digunakan oleh pencipta tempatan. TRIZ atau "the theory of solving inventors problems" misalnya dianggap ampuh dalam menyelesaikan masalah dalam sektor industri. Barat memperkenalkan kaedah "brainstorming" dan juga morphological analysis sementara Rusia menggunakan pendekatan TRIZ atau go foward. Bagi orang Islam, pendekatan muzakarah adalah tool yang utama. Bagi saya, ketiga-tiga tools ini boleh diterima kerana masing-masing ada kelebihan. MyPersonaliti mengenalpasti yang masalah perlu dilihat satu persatu. Kita perlu kenalpasti, mencari saranan, melaksanakan saranan dan lihat hasilnya. Jika TRIZ menekankan aspek teknikal (semua benda yang dihasilkan oleh manusia adalah satu sistem teknikal sama ada dalam bentuk objek, proses mahupun sistem). Sesetengah orang suka menyelesaikan masalah secara sistematik dan ada juga yang berjaya menyelesaikannya secara intitutif atau mengikut gerak hati. Sama ada kita suka model TRIZ ataupuun MySaRa, objektifnya tetap sama iaitu menyelesai masalah secara kreatif. Menggunakan MySaRa, kita perlu melakukan scanning terhadap masalah, kemudian melakukan analisis, Response dan assesment atau melakukan penilaian. Pada pendapat saya TRIZ terlalu terfokus kepada masalah yang timbul sementara pendekatan MyPersonaliti lebih kepada melihat masalah dari sudut yang menyeluruh. Namun kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing.
Anda mempunyai masalah, sil alakukan scanning terhadap masalah anda, kemudian lakukan analisa ke atas mya, response atau tindak balas perlu dihasilkan menerusi diskusi sebelum tindakan dilakukan dan kemudiannya disusuli dengan penilaian semula bagi mendapatkan jawapan apakan setiap tindakan kita itu memberikan faedah kepada masyarakat.
Tuesday, April 29, 2008
Menerjah potensi insan.
Syukur yan Allah keranan memeberikan aku masalah........terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku masalah..........Alhamdulillah ya Allah kerana mengirimkan aku masalah.......dalam hidup masalah sangat ditakuti oleh ramai orang.....namun tidak ramai yang tahu masalah adalah pemacu kepada kejayaan hidup sesorang. Rasulullah ketika hendak menyebarkan agama Islam...berdepan dengan masalah penerimaan oleh kaumnya sendiri. Generasi ayah dan datuk kita dulu dalam proses menjadikan kita orang yang berjaya berdepan dengan masalah kepayaan untuk menyara bilangan ahli keluarga yang ramai. Mereka hanya berkebun atau mengusahakan kebun untuk menyara anak-anak mereka. hasilnya anak-anak tadi berjaya dan sudahpun menjadi orang yang hebat pada hari ini.
masalah adalah potensi. Bagi orang-orang yang mahu berfikir...masalah adalah pemacu untuk dirinya berjaya. Perhatikan kejayaan orang yang hebat di dunia pada hari ini....masalah menjadikan mereka berjaya dalam perniagaan, mahupun kerjaya mereka sekarang ini. Masalah boleh ditangani jika manusia mempunyai hati yang cekal. masalah boleh menjadi lombong emas jika hati manusia berkembang bersama-sama akal. masalah menjadikan manusia kaya raya sekiranya hati mereka cekal....bertakwa......mengucapkan kesyukuran.
Masalah adalah peluang.
Terokai masalah an da dengan mengikuti preview MyPersonaliti. Kenali masalah dan selesaikan masalah menggunakan kaedah MyPersonaliti. Bangunkan kekayaan diri anda menerusi MyPersonaliti.....InsyaAllah anda pasti dapat menerjah potensi diri anda yang 90 peratus masih terpendam dalam diri anda sendiri.
Ikuti program pembangunan staf kakitangan SMK Teknik Tengku Abdul rahman pada 3 Mei 2008 ini bermula jam 9 pagi hingga 4 petang. Pelbagai petua dan pendekatan digunakan untuk membangunkan 90 peratus potensi manusia untuk mengejar impian bersama dalam satu pasukan.
Monday, April 28, 2008
Anak cerdik
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Suatu pagi saya menikmati sarapan pagi bersama anak sulung perempuan saya yang bercuti dari UITM. Sambil menikmati sarapan pagi, kami tertarik dengan gelagat anak kecil yang turut sedang menikmati sarapan pagi di meja sebelah kami. Anak ini berusia antara tiga hingga empat tahun. Petah sekali bercakap denga ayahnya. Ayahnya berkata: adik makan, cepat....si anak membalas...tak nak panas.....si ayah membalas, taklah....dah sejuk......jawab si anak, tak....panas.....lantas si ayah menyentuh hot dog tersebut dan berkata....takkkkkkk tak panas......si anak sekali lagi berkata...panas....sambil mengambil hot dog tersebut dan cepat-cepat melepaskannya.....sambil berkata, panasssss. Si ayah tidak berputus asa lalu mengangkat hot dog tersebut dan berkata......tak....tak panas......lalu memegang dan meminta si anak memegang hot dog tersebut...dan menyuakan ke mulutnya......kan tak panas kata si ayah.....lantas anak tadi mengigit hotdog tersebut dan memakannya.
Sambil makan hot dog...si anak tak berhenti bertanya pada siayah macam-macam perkara....salah satunya, sapa tu ayah.....makcik jawab ayaahnya.....mak cik mana?.....kawan ayah......dan pelbagai soalan lain.....sampailah dia kemudiannya berkata pada ayahnya.....amin nak water......saya jadi terhibur dan tersenyum. Ayah amin nak water..........ayahnya bangkit membelikan air untuk minum.
Ketika ayahnya pergi.....anak ini memerhatikan kami,........dia senyum...dan kemudian....."peninglah...."...........amin peninglah.....nak tidurlah.........
Gelagat anak ini memang menarik. menghiburkan......adakah anak kecil ini mendapat layanan yang sama di rumah anda? Anak mempunyai tahap curiga yang sangat tinggi. Tahap ingin tahu juga sangat tinggi dan mereka meluahkannya dengan banyak bertanya. Orang yang paling hampir dengannya akan menjadi pakar rujuknya. adakah anda sudah sedia menerimanya.
Monday, April 7, 2008
Program MyPersonaliti bulan April&Mei2008
Semuga anda semua berada dalam lindungan Allah swt dan dimurahkan rezeki. Alhamdulillah, syukur kerana kita boleh bangkit pada hari ini dari tempat tidur dalam keadaan sihat sejahtera. Jika kita mendapat nikmat ini, kita adalah lebih baik daripada 500 juta penduduk dunia yang sakik dengan pelbagai jenis masalah kesihatan. Syukur kepada Allah swt kerana memberikan sedikit waktu untuk saya berkesempatan menulis lagi di blog ini. Rakan-rakan taulan di luar sana. Bulan April merupakan bulan yang agak padat dengan pelbagai urusan. Sekembalinya daripada program bersama rakan saya Che Din (Hairuddin Abdullah rakan hebat SmartNaco) di Shah Alam, saya dijanjikan oleh Allah swt dengan rezeki yang, melata di hadapan mata......subhanaALLAH. Saya sendiri pada 19 April ini diundang untuk mengadakan satu ceramah kepada pelajar UPSR di SK Dato Keramat, Pulau Pinang. Seterusnya pada 26 April di Dewan Komtar, Pulau Pinang juga untuk pelajar PMR & SPM sebelum pada 5 April di SK Dato Keramat, Pulau Pinang untuk satu program pembangunan staf.
Rakan-rakan taulan, rezeki adalah satu anugerah dan itu dijanjikan oleh Allah swt. Maka berusaha untuk m endapatkannya adalah satu fitrah dan i a memang dituntut. Sabda nabi kita S.A. W maksudnya, bekerjalah seolah-olah esok kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah seolah-olah esok kita akan mati. Maksudnya dalam melakukan sesuatu kita perlu ada kesungguhan dan fokus. Justeru, bersungguhlah dan fokuslah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita, Ikhlas lah dalam bekerja. Bersungguh, fokus dan ikhlas.
rezeki bukan untuk dikejar kerana ia satu anugerah, itu janji Allah swt. Bekerjalah dengan ikhlas dan Allah akan anugerahkan rezeki kepada kita. Bertakwalah kerana ikhlas dan takwa datang dalam satu pakej. Berdoalah kerana doa datang dari minda dan bertindaklah keran atindakan datang daripada hati. Seorang rakan dari Palembang (pak Karim) ada berkata " Hati dan mulut mesti sehati sejiwa......maka kita pun perlu selaraskan....seimbangkan....sebatikan apa yang terlintas dihati dengan apa yang terungkap di bibir.....insyaAllah kejayaan dan rezeki pasti mengejar kita. SubhanaALLAH.
Saya ingin berkongsi satu doa....doa ketik akit a berada dalam keadaan susah...terdesak...stress dan apa juga perkataan yang mendorong kita kepada saat-saat sukar.....doanya begini,
" HabiSya Allahulaa Illahilah Illah huwa
Alaihi tawakaltu wa hu wa
Rabbul arsyil azim"
InsyaAllah, jika kita ikhlas dan bertawakal kepada Allah swt, kita akan diberikan ketenangan hati walaupun kita dalam keadaan sukar. InsyaAllah.
Keterangan lanjut berkaitan doa ini boleh anda rakan-rakan semua perolehi dalam buku kerja MyPersonaliti......membina insan unggul menerusi 7 peranan, 7 sikap dan 9 keperluan yang ditulis oleh saya sendiri. Saya sendiri dalam proses melealisasikan program preview MyPersonaliti untuk kakitangan sektor kerajaan dan swasta dalam masa yang terdekat. InsyaAllah.
Semoga anda dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki InsyaAllah.
Monday, February 11, 2008
pengorbanan isteri.....
- personaliti isteri umpama tulang rusuk yang lembut, mudah patah jika tidak dijaga dengan betul.....namun tulang inilah yang melindungi hati, limpa...jantung...nadi yang menentukan hidup mati insan bernama manusia.
- Rahim isteri sangat lembut....di sinilah lahirnya pejuang, wirawan, seorang sulatan atau raja......seorang pemimpin, peniaga, pendidik dan sebagainya....
- Tangan dan jejari ibu...sangat lembut yang membelai jiwa lelaki dan juga seteguh keluli yang membuai bayi yang boleh mengegar dunia kerana ketokohannya.
Lelaki dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan si isteri, yang juga seorang ibu.....yang syurga dikatakan diletakkan di bawah tapak kakinya......mengapakan ia mesti dipukul....hanya kerana sisuami mahu berpoligami.
Monday, February 4, 2008
Adap menuntut ilmu
Selepas hulubalang letaknya kedudukan seorang panglima atau laksamana. Ia merujuk kepada sifat diam. Diam di sini bukan diam batu tetapi diam ubi. Diam di sini bermaksud apabila berada dalam majlis ilmu kita kena displinkan diri untuk diam sebab bil akita diam kita boleh fokus. semua panca indera kita boleh fokus. Telinga boleh menangkap semua fakta yang diajar oleh guru. Mata boleh melihat apa yang guru tulis di papan putih, tangan boleh mencatat apa yang guru berikan. Diam di sini bererti kita meletakkan 100% komitmen untuk mendapatkan ilmu. Oleh itu adap diam ketika menuntut ilmu umpama seorang laksamana atau panglima. Ia sangat penting.
Di belakang seorang raja selalunya perdana menteri. ia bertindak sebagai penasihat. Pentingny aperdana menteri kepada seorang raja sangat ketara, begitu juga elemen amalan dalam menuntut ilmu. Seorang yang ingin berjaya dalam menuntut ilmu mesti mengamalkan ilmunya. Cara mengamal ilmu ialah dengan menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain. Ia boleh sahaja dalam bentuk study group atau mengadakan kelas tusyen kepada rakan-rakan yang lain. Ilmu yang diamalkan adalah suatu keberkatan. InsyaAllah.
Kaedah dan adap menuntut ilmu jika dipraktikan dengan betul.....ia akab berakarkan iman, berdaunkan tauhid dan berbungakan akidah. insya Allah.
Sunday, February 3, 2008
The power of positif mind & feeling
Thursday, January 31, 2008
Analisis Personaliti-Anak-anak pewaris bangsa
- sebagai wirawan atau hero atau pahlawan
- sebagai seorang raja atau pemilik kuasa
- sebagai seorang cendiakiawan atau ilmuan
- sebagai seorang penyampai atau pengacara
- sebagai seorang pendakwah atau ulama
- sebagai seorang seni atau sastrawan dan
- sebagai seorang pekerja
Pil Spirulina menjadi pemangkin kepada minda agar menjadi bangsa terbilang
Semuanya pewaris bangsa. setiap satu peranan mempunyai mekanisma masing-masing dan saling bergantung antara satu sama lain. Bersyukurlah jika anak-anak kita mempunyai salah satu daripada peranan ini. Moga Allah swt memberikan kita jalan yang lurus. Moh kita berjumpa di SMK Dato' Lela Pahlawan, Padang Serai, Kulim Kedah.
Wednesday, January 23, 2008
Analisis Personaliti & anakkusayang akan diajar di universiti
Asalamualaikum wbt. Satu lagi perkembangan positif kepada program analisis personaliti dan anakku sayang. Program ini insyaAllah akan dijalankan secara berterusan menerusi pengajian pendididkan berterusan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. Program yang disusun dalam bentuk modul untuk pengajian selama 30 jam kuliah ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama terfokus kepada analisis personaliti dan bahagian kedua kepada anakku sayang. Analisis personaliti akan menekankan aspek KEM iaitu aspek kemahiran, aspek emosi dan ketiganya aspek mental-brain. Anakku Sayang pula akan memberikan penekanan kepada aspek intelek, emosi dan spiritual. Aspek kemahiran akan menekankan kepada keupayaan klien terhadap penguasaan mengenali, memahami dan membangunkan personaliti menerusi lukisan projeksi. Terdapat lebih 30 lukisan projeksi yang boleh dipelajari dan kuasai untuk membina nilai-nilai positif, yakin diri, berani dan sentiasan bernafsu untuk berjaya. Jika kita mahukan anak sentiasa berjiwa A, ibu bapa juga bersemangat A, usahawan yang mahu kejayaan kelas A hata mana-mana insan yang mahukan kehidupan bertaraf A ++ mereka boleh meneroka potensi diri menerusi kemahiran mengenali dan memahami serta membina personaliti diri. Kuasai kemahiran ini menerusi lukisan:-- Empat pokok
- bulatan
- enam unsur
- pokok,rumah dan manusia
- sebuah perahu
- naik tangga
- agihan kek
- terdampar di sebuah pulau atau pantai
- kampung idaman
- berkelah bersama keluarga
- berada di dalam air
- seekor kambing
- potret ibu, ayah dan diriku
- dan banyak lagi.......
Elemen emosi akan memberikan fokus kepada doa-doa. Ingatlah, Allah swt sangat suka kepada hambanya yang suka berdoa kepadanya. Sesungguhnya Allah swt itu sifatnya penyayang dan maha pemurah. Petua-petua memantapkan emosi juga disulamkan dalam bahagian ini sesuai dengan amalah positif orang-orang tua dahulu. Tujuannya supaya kita kuat fizikal dan emosi. Supaya kita tak mudah mengalah. Amalan doa dan petua juga akan disuntik dengan terapi berasaskan urutan bagi menguatkan tenaga dalaman kita.
- urutan pernafasan
- urutan poin tenaga
- senaman dalaman.
- dan banyak lagi ..............
Elemen ketiga analisis personaliti akan memberikan penekanan kepada mental-brain. pertamanya klien akan diajar untuk menghasilkan mental-brain yang sihat. Jika mental atau akal itu sihat......seluruh badan akan sihat juga. Mental atau akal tidak terletak di otak tetapi di hati. Oleh itu hati mesti kuat.....untuk kuat ia mesti bersih.....Otak atau brain juga perlu kuat....untuk berada pada tahap cekang ia mesti cukup makan dan juga senaman. Bahagian ini akan melatih klien:
- sihat pemakanan minda
- sihat senaman minda
- suntikan hati menerusi doa
- sihatkan hati menerusi terapi olah alik.
- dan banyak lagi......
InsyaAllah apabila klien tamat kursus ini ia akan menjadi insan yang mantap modal kendirinya kerana personalitinya mampu menjadi unggul. Kenali person, personal dan personaliti anda.....anda bukan tak cemerlang tetapi anda tidak berjaya mengesan kecemerlangan diri sendiri....anda bukan tidak yakin tetapi anda tidak kenal hati dan keinginan sendiri.....anda bukan tidak beruntung atau bersezeki hebat tetapi anda cuma belum menemui potensi diri sendiri.....ayauh sertai saya pad abulan Februari & Mac ini dalam kelas perosnaliti diri. Hubungi saya untuk keterangan lanjut di talian 04-6533932/Hp:019-4654089
Monday, January 21, 2008
Asalamaualaikum wbt. Selamat bertemu kembali dalam blog saya ini. Alhamdullilah Syukur kerana kita masih tidak putus-putus diberikan rahmat oleh Allah yang satu.
- Intelek yang unggul
- Emosi yang mantap
- Spiritual yang kukuh.
Semuanya boleh dicapai jika minda-brain kita dibangunkan dan diperkaya secara positif. Caranya kita perlu mengamal senaman minda, menjaga pemakanan otak dan terapi urutan brain. emosi juga perlukan makanan yang baik, mandikannya dengan majlis ilmu. Spiiritual kita juga perlu diperkukuh dengan jirusan meditasi supaya kita tahu asal usul kita. Supaya keperluan agama, negara dan bangsa dikehadapankan bukan memetingkan hawa nafsu yang sering merempit kita. famahi dan bangunkan personaliti diri menerusi ujian lukisan.....tentukan masa depan. Segalanya bermula di sini dengan niat ini....sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi pemurah.