Wednesday, March 4, 2009

Ranting dan personaliti



Asalamualaikum wbt.


Cepat benar masa berjalan. Ketika saya menulis di blog ini jam sudah menunjukkan ja 12.15 tengahari. Sambil menyiapkan buku berkaitan hujan asid di Malaysia, saya luangkan sedikit untuk menulis kembali analisis personaliti berkaitan objek ranting dalam lukisan projektif, pokok. Melukis pokok sekakan kurang serinya jika tidak melukis ranting. Ranting yang bersaiz kecil menunjukkan pelukisnya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Justeru ia merujuk kepada satu situasi di mana pelukis menunjukkan kemahiran yang terhad untuk keluar daripada keupayaan sebenarnya atau potensi sebenarnya. Bercerita tentang potensi seorang pelajar. Semua pelajar mampu mendapat semua A dalam mata pelajaran mereka baik semasa PMR mahupun SPM. Boleh dan memang boleh. Cumamnya bagaimana yakinnya kita untuk mencapai straight A itu masih dipersoalkan. Jika melukis, pelajar yang dengan sendiriny amelukis ranting kecil dan halus....walaupun berseni tetapi sebenarnya ia kurang yakin untuk menunjukkan keupayaan dirinya yang sebenar, masih dibataskan oleh rasa kekurangan diri sendiri. Bagi dahan yang besar ia menunjukkan keupayaan untuk keluar bagi memenuhi impian diri sendiri.

Cabang ada yang dilukis secara liar dan ada juga cabang yang dibentuk dalam bentuk sato pol akecil. Jik alakaran seperti ini kelihatan ia menunjukkan anak tadi menunjukkan satu sifat agresif dalam meinginannya untuk menggarap apa yang diinginkan. Ada juga pelukis yang melakarkan dahan yang dipulas dan jika ini berlaku terdapat unsur mematikan atau membantutkan usahanya untuk berkembang atau meningkat keluar. Dahan yang mati pula menunjukkan kekosongan dan putus asa pelukis untuk mengeksploitasi kemahiran atau keupayaannya sendiri. Perhatikan lukisan pokok di sebelah kanan anda. Sihat dan subur, bersemangat dan hidup. batang, cabang, dahan dan ranting mencambah seimbang. Bukankah ini ciri kehidupan seimbang yang diidamkan. Perhatikan bilangan cabang yang banyak, dahan yang besar serta ranting yang banyak. Tengoklah betapa orang ini sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh u ntuk menunjukkan keupayaannya....bakatnya.....serta keinginannya untuk menguasai dunia. Perhatikan daun yang terperinci lakarannya, bunga yang terang....semuannya menunjukkan kehidupanny ayang serba sempurna. Sememangnya sempurna. ada unsur kebahagiaan.


Perhatikan lukisan anak-anak kita, bagaimana bentuk ranting dan dahan pokok yang dilukiskannya. Mengapa anak tidak melukis dahan, ranting mahupun canbang pokok yang dilukiskannya. Mengapa terdapat unsur patah,potong atau torehan pada cabang mahupun dahan pokok. Semuany amemberikan maklumat tentang personaliti anak-anak kita yang semakin membesar.





Dr. MainR

6 unsur (Matahari, Runah, Pokok, air, bunga dan ular)

Asalamualaikum wbt. Seorang ibu, kenalan rapat saya ada menghantar sms yang mahu berkongsi perbincangan tentag lukisan projektif 6 unsur. Saya tidak berkeberatan untuk berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan berkaitan dengannya. Lantas saya pulang kerumah dan membelek-belek kes pelajar yang pernah mengikuti kelas atau seminar saya berkaitan analisis enam unsur ini. Setelah mencari beberapa ketika saya bertemu dengan satu 'bundle" kes yang melibatkan pelajar tahun lima SK Batu Lancang, Pulau Pinang. Ketika ujian ini diambil, merek berada dihujung semester tahun 2008. Mari kita berkongsi perbincangan berkaitan lukisan yang telah dihasilkan oleh pelajar tersebut.

Enam unsur yang dimaksudkan ialah elemen matahari, rumah, pokok, air, bunga dan ular. Apa rasionalnya elemen-elemen tersebut terhadap kehidupan atau personaliti anak-anak. Elemen matahari kepada kehidupan ialah sumber tenaga. Ia merupakan sumber tenaga kepada pokok untuk memasak makanannya iaitu menerusi proses fotosentesis, manakala kepada manusia pula ia dikatakan sebagai sumber tenaga dalam bentuk semangat, jiwa atau perasaan. Kecil atau besarnya matahari (saiz) atau terang atau malapnya cahaya atau panas atau sejuknya bahangan matahari ditujukkan menerusi bagaimana terangnya warna matahari tersebut atau memancarnya cahaya matahari tersebut dilakarkan. Dalam jiwa atau hati anak-anak siapakah yang menjadi tenaga atau pembakar semangat kepada kehidupan mereka.....seorang ayah. Matahari umpama seorang ayah. Secara fokus ayah adalah ketua keluarga yang mencari nafkah untuk keluarga terus hidup. Jadi ayah merupakan sumber tenaga untuk kehidupan. Ayah sumber semangat untuk terus hdup dan ayah menjadi sumber inspirasi.

Pokok, selain memberikan buah kepada kehidupan lain ia juga menjadi tempat berteduh. Bila sebut sahaja tempat berteduh di situlah letaknya kasih sayang. Pokok tidak dapat menempiaskan perasaan marah, yang ada hanya redup dan sejuk oleh warna hijau dedaunnya dan rendang dahan serta rantingnya. Melihat pokok yang diciptakan oleh Allah s.w.t ke alam dunia ini memang cukup aggung dan hebat fungsinya. Ia bukan sahaja menyejukkan insan dan hidupan lain kerana fungsinya yang membekalkan oksigen untuk kehidupan tetapi ia juga menyerap karbon dioksida untuk membersihkan kotoran di bumi ini. Siapakah dalam alam ini yang mempunyai jiwa pemberi dan pembersih ini jika bukan peranan seorang ibu. Justeru itu, pokok adalah pelambangan peranan seorang ibu. uniknya, pokok memerlukan tenaga daripada matahari. oleh itu jika kedudukan matahari dan pokok saling berhampiran, ini menunjukkan hubungan antara pokok dengan matahari sangat dekat atau rapat. Dalam bahasa cinta ia membawa maksud kehidupan yang bahagia.

Rumah dalah pelindung kepada manusia. Pelindung daripada bahang matahari dan juga diredupkan oleh sebatang pokok yang hidup di tepi rumah atau di bahagian depan atau belakang rumah. Jika matahari adalah sumber tenaga, pokok pul abersifat pengasih dan peyayang, bagaimanapula rumah. Rumah adalah ego. Ego kepada diri seseorang dan jika yang mengambil ujian ini adalah seorang anak, maka ia berkaitan ego dan personaliti seorang anak. Rumah perlu dilihat daripada pelbagai sudut, misalnya kedudukan di atas kertas, saiznya, bahan binaannya, bilangan tingkap dan pintunya dan lakaran tambahan yang disulamkan bagi mengindahkan imeginasi binaan rumah tersebut dalam hidup anak-anak atau pelukisnya. Rumah dan matahari, jik amatahari diletakkan betul-betul di atas bumbung rumah, ertinya anak sangat menyanjungi atau menghormati ayah. Meletakkan rasa hormat yang tinggi kepada ayah atau bapa sangat jarang berlaku pada anak-anak hari ini. Kebanyakan lakaran akan meletakkan matahari berada pada kedudukan sedang naik atau sedang turun bergantung kepada imeginasi atau visualisasi masing-masing. Kembali kepada lakaran rumah. Saiz rumah yang besar menunjukkan anak mempunyai ego yang besar. Jik arumah lebih besar dan tinggi daripada pokok, maka ini menunjukkan si anak berkelakuan besar kepala kepada ibu atau uminya. Ego anak lebih tebal berbanding ibu dan sering berlaku episod anak lebih berkuasa berbanding ibunya. Malah ibu acap kali terpaksa mendengar kata-kata anak berbanding kata-katanya sendiri. Fenomena anak tidak mendengan cakap ibu pada hari ini semakin lumrah. Ini menunjukkan akhlak anak sudah bejat. Perhatikan bil aibu menyuruh anak membaca buku, ketika ia sedang asyik bermain game komputer atau menontoh siri katun kegemarannya......dengar apa jawapannya......nanti.....nanti.....atau jika suruh ia membasuh kasut....membuang sampah.....menjaga adik dan sebagainya. Jawapannya hampir sama.....nanti dulu......dll. Rumah yang memiliki tingkap kurang daripada 3 mengesahkan bahawa anak ini sangat ego. Tingkap terbuka atau tertutup, jika tertutup ertinya fikiran dan hati kita tertutup kepada idea atau pandangan orang lain. Bagaimana pintunya, jika terbuka kita mengalu-alukan pengunjung atau tetapi jik atidak maka sebaliknyalah. Bagaimana jika rumah ada cemeni atau cerombong dan adapula asap yang keluar daridalamnya. Cemeni dan asap adalah simbol keinginan anak untuk berhubung dengan orang luar. Ini menunjukkan anak-anak tadi mempunyai kecendrungan untuk membuat hubungjalin dengan rakan-rakan di luar sana.

Bagaimanapula dengna unsur air, air merujuk kepada perasaan, jiwa atau semangat pelukisnya. Untuk mengetahui lebih lanjut kita perlu melihat bentuk jisim air tersebut. Sama ada ia dilukis dalam bentuk sungai, laut, kolam, air hujan atau boleh sahaja dalam bentuk air paip, dalam baldi mahupun air dalam cawan. Perasaan yang bebas dan gembira selalunya ditunjukkan dalam bentuk air sungai dan juga laut. Air yang berkait dengan rasa tertekan selalunya ditunjukkan dalam bentuk kekangan seperti air kolam, baldi mahupun telaga. Air ini terkongkong dan tidak boleh mengalir. Air hujan lebih kepada anak yang suka menolong orang lain.

Bunga adalah lambang persahabatan atau percintaan. Bunga yang mekar, begitulah keadaan hati dan perasaan anak-anak kita ketika memanjat usia remaja. Penuh dengan perasaan ingin disukai dan dibelai. Perasaan ingin berbicara atau berbual, perasaan ingin berpasangan. Perhatikan bagaimana anak-anak melakarkan bunga tersebut. Adalah lakarannya hidup atau sebaliknya. Perhatikan pula bilangan pokok bunga tersebut. Jika lebih daripada satu, di situ lah letakkan keterbukaan anak untuk meneruma atau tidak belanja kawan. kanak-kanak yanghatinya bersih selalunya melukis bunga lima kelopak, bunga biasa atau bunga yang belum ada jiwa atau terisi dengan perasaan cinta. Tetapi remaja atau anak belasan tahun lebih suka bunga ros iaitu bunga lambang kasih. Jika begitu keadaannya, maka unsur bunga dan perasaan kasih memamg ada kesinambungannya.

Ular adalah lambang masalah anak. Jika ular hampir dengan rumah ia bermaksud anak sedang stress, sementara jika ular jauh daripada rumah, anak lebih tenang. Saiz ular atau jenis bisa ular tersebut menunjukkan berapa aras bahaya masalah tersebut kepada diri pelukisnya. Jika ia besar dan berbisa, anak sedang menghadapi masalah besar. Kitalah yang perlu memberikan kata-kata semangat kepadanya dan menenangkan dirinya.
Berdasarkan lukisan yang saya lampirkan, perhatikan saiz rumah yang lebih besar daripada rumah, menunjukkan ibu lebih banyak mengalah dengan kehendak anak dan anak lebih "berkuasa" dalam banyak hal. Lohat tingkap (kurang daripada 3) yang tertutup begitu juga pintu yang tertutur. Ini menunjukkan saiz ego anak ini cukup besar. Lihat pokok (ibu) yang ada dahan tetapi tidak ada daun, tidak ada bunga dang juga buah, pokok tidak ada buah dan bunga ertinya tidak gembira (tertekan) serta bersaiz lebih kecil. Perhatikan juga sungai di belakang rumah yang bermaksud dalam apa juga keadaan anak ini tidak memberikan penekanan soal perasaan, tetapi ia lebih memberikan penumpuan soal keegoannya....keinginannya dulu....kepentingan dirinya dulu berbanding perkara lain. Benarkah begitu, ia masih perlu dianalisis dengan teliti. Pokok bunga dalam pasu yang menunjukkan anak ini merasakan kehidupannya dikongkong oleh ibu bapa mereka. Lihat saiz ular yang kecil.....budak ini tidak ada banyak masalah. Lihat saiz matahari yang besar dan sangat terang (lihat cahayanya yang memancar). Lihat kedudukan matahari yang menghindar sedikit daripada rumah tetapi sangat dekat dengan pokok. Hubungan pokok dan matahari sangat dekat.
Penyelesaian terdekat ialah dengan membawa anak bersama ibu dan bapanya datang berjumpa saya untuk bersama-sama dalam program anakku sayang. Program terapi ini bertujuan mengetahui lebih dekat personaliti anak, melakukan baik pulih atau melakukan pengukuhan. Fokus kit aialah untuk membentuk TQI atau total quality insan. Konsep ini boleh dicapai menerusi keseimbangan empat perkara, minda, emosi, fizikal dan rohani. Program anaku sayang merupakan program ke arah TQI. Mendekatkan anak, ibu dan bapanya. Memahami hati ke hati. Lebih dekat......lebih terkesan dan menyentuh perasaan serta air mata.
Allhwuallam. SubhanaAllah.
Dr. MainR
Boleh dihubungi menerusi e-mail: rmain@usm.my.
PPPJJ, USM.





Monday, March 2, 2009

Makna dan fungsi ranting kepada personaliti anak.

Cabang dan ranting pokok memiliki seninya yang tersendiri. Begitu juga apabila kita melihat lukisan pokok yang dilakarkan oleh anak-anak kita. Pokok dan dahan serta ranting tidak dapat dipisahkan. Sepohon pokok akan hilang serinya jika tidak dihidupkan dengan dahan dan ranting. Ringkasnya dahan dan ranting adalah satu senario pemandangan pokok yang indah dan cantik untuk dipandang.
Kenapa pokok mesti mempunyai dahan dan ranting. Sebatang pokok tanpa dahan maka jadilah ia seperti pokok ubi, buluh atau pokok tebu. Dahan dan ranting menjadikan pokok tersebut lebih berkeupayaan untuk mencambah dan menyemarakkan daunnya. Ia juga membolehkan pokok tersebut menambahkan potensi untuk berbuah atau berbunga lebih. Pokok yang berdahan dan berranting besar juga boleh menjadi pelindung kepada lebih banyak habitat di sekeilingnya. Pokok yang berdahan besar dan lebar tentunya lebih sihat berbanding pokok yang tidak berdahan. Pokok yang berdahan dan berranting besar tentunya kelihatan lebih berkuasa berbanding pokok yang tidak berdahan atau beranting.
Memandangkan sifat dahan dan ranting dapat menunjukkan gahnya sebatang pokok maka dahan dan ranting sering dirujuk sebagai satu tanda egois seseorang. Oleh itu saiz dahan selalunya dirujuk sebagai satu darjah ego seseorang. Lakaran dahan secara langsung dapat menunjukkan bagaimana seseorang itu berusaha untuk menunjukkan tahap atau aras egonya kepada orang lain. TETAPI kepada saya, secara halusnya ia menunjukkan usaha seseorang untuk meneroka dunia luar dan menyokong apa sahaja yang memberi faedah kepada diri sendiri. Lihat saiz dahan yang dilukiskan oleh anak-anak, jika besar saiznya maka ia sedang berusaha untuk menonjolkan ogonya kepada dunia luar dan menjadi seseorang yang sangat kuat berpegang dengan pendiriannya walaupun ia tahu apa yang diperjuangkannya itu selalu salah dan mengikut perasaan. Kalau ia bercinta, ia akan memenangkan apa yang dicintainya. Kalau ia suka sangat bermain bola ia akan menekankan yang bola itulah segala-galanya dan jika ia merasakan tusyen itu sangat baik maka ia akan seboleh-bolehnya memaksa ibu bapa mereka untuk menghantar dirinya ke pusat tusyen. Asal sahaja tindakannya itu menyokong apa sahaja yang dirasakan memberikan faedah kepada dirinya sendiri. Jangan salah faham bila berbincang tentang ego atau kepentingan diri. Tajuk ini say afokus ego dalam bentuk bersemangatnya seseorang untuk meneroka dunia luar. Dua yang serba mungkin. Bersemangatnya seseorang sehingga ia tidak mahu mengambil peduli apa orang lain kata atau pendapat orang lain. Ia suka mengikut kata hati. Emosinya menyatakan ia sahaja yang betul...atau gurunya sahaja yang betul...atau kata-kata ibu bapanya sahaja yang betul. Ego di sini ialah satu usaha untuk meneroka duni aserba mungkin dan pelukisnya mahu mengikut cara dirinya sahaja sebagai satu cara yang paling betul. Yes...ia pasti menimbulkan konflik....konflik berlaku bila pertembungan antara dua ego terjadi. Ada pemenangnya atau boleh saja tidak ada siapa yang menangpun.

Apabila kita melihat dahan pokok dicantas atau dipotong dalam lakaran anak-anak kita atau orang lain, ia memberikan maksud yangkurang sihat. Ia menunjukkan satu aras kesukaran untuk diriny amencapah keluar. ia merasakan dirinya tersekat itu danini. Ia menjadikan dirinya tidak berpotensi dan merasakan dirinya sering dihentam atau disekat oleh orang lain. Namun adakalanya penganalisis berpendapat pencantasan dilakukan oleh pelukis bagi menghadkan usahanya sendiri yang agak liar dan sukar untuk dibentuk dari aspek pencambahannya. Dia sendiri merasakan ia sangat rakus untuk mencampah sehinggakan orang lain dirasakan sukar untuk mengawal dirinya sendiri, akhirnya dia merasakan hanya dirinya yang dapat mengawal perilaku atau kerakusannya untuk mencampah. Adakah anda merasakan anak-anak rempit, bohsia atau yang mengalami salah laku mempunyai dahan yang tercantas. Atau anda merasakan anak-anak yang tertekan mempunyai dahan yang tercantas. Atau anak-anak yang hyperaktif mempunyai dahan tercantas. Ia memang menjadi satu persoalan yang memerlukan penelitian yang sungguh-sungguh.

Dahan pokok memberikan personafikasi yang pelbagai. Bermula dari soal keinginan untuk mencambah keluar.....meneroka dunia luar....menunjukkan sifat dan kekuatan ego seseorang, ia jug amenyimpan pelbagai rahsia tentang keseimbangan diri seseorang. Tuhan menciptakan dahan kepada sebatang pokok untuk menunjukkan berselerannya pokok tersebut untuk berkembang dan subur....hidupnya. Begitu jugalah manusia.....ego menjadikan manusia berusaha keras untuk menonjolkan potensi hidupnya. Tanpa dahan pokok hanya lurus meninggi dan berusaha melepaskan pucuk masing-masing. Dengan dahan pokok bisa merendang dan memberikan naungan yang lebih luas.

Allah s.w.t maha mengetahuni.

Dr. Main Rindam.

Sunday, March 1, 2009

Makna daun kepada personaliti anak

Asalamualaikum wbt.


Setiap sesuatu kewujudan di muka bumi ini pasti ada permulaannya. Lahirnya seorang anak di mulakan dengan wujudnya ayah dan ibu dan begitulah seterusnya. Sesungguhnya ketika saya menulis tajuk ini, lagu ayah dan ibu sedang berkumandang menjadi ulam deria dengar saya. Senikatanya cukup menyentuh perasaan.


Anak, memang menjadi nantian setiap pasangan yang baru memulakan alam rumah tangga. Malah anak-anak ini menjadi nostaljia kepada pasangan yang sekarang tinggal hanya berdua. Semua anak-anak sudah dewasa dan pandai berdikari.


Namun bukan ini tajuk perbincangan asal kita sebenarnya. Apa yang mahu saya bicarakan kali ini ialah bagaimana daun sepohon pokok boleh menunjukkan personaliti anak kita. Daun sangat penting kepada pokok. Perhatikan apabila benih bercambah. Objek yang mula-mula tumbuh atau mencapah keluar ialah daun. Bermula dengan dua helai di sebelah kiri dan kanan ia kemudiannya bertambah hingga ke satu angka yang sukar untuk dikira. Daun sangat penting kerana ia menunjukkan permula kepada satu kehidupan. Ia lambang semangat sesuatu kehidupan. Bukan suatu simbol kegembiraan tetapi ia lebih kepada simbol harapan atau jiwa atau perasaan meruap-ruap untuk memulakan kehidupan. Ditambah dengan warna hijau segar, ia menunjukkan kehidupan yang dinanti-nantikan. Kepada kita yang melihat sendiri bagaimana daun-daun benih yang kita tanam bercambah menjadikan jiwa kita cukup segar, mekar dan bersemangat. Apatah lagi kepada benih itu sendiri. Jadi daun adalah jiwa kepada sepohon pokok.


Maka saya panjangkan lagi, daun adalah simbol yang menunjukkan usaha untuk menonjolkan diri sendiri. Sama seperti benih yang bari tumbuh. Daun yang keluar dari permukaan bumi adalah menunjukkan usaha untuk menonjolkan diri...usaha untuk menunjukkan kewujudan diri...usaha untuk menunjukkan yang kita ada atau pernah ada di permukaan bumi ini, so TOLONG PERHATIKAN KAMI.


Oleh itu apabila anak-anak melukis sepohon pokok, perhatikan daun-daun yang dilakarnya. Kerana daun adalah jiwa dan semangat serta keinginanny aanak untuk menerangkan kewujudannya dalam keluarga dan mata ibu bapa masing-masing. Secara serius, aras tumbesaran menunjukkan pokok berusaha untuk mencapai atau mengaut sebanyak mana tenaga matahari yang boleh. Daun adalah instrumen atau alat untuk memasak makanan. Daun tempat berlakunya proses fotosentisis. Malah bagi sesetegah daun, di situlah ia mencambahkan benihnya untuk membiak. Lihat bagaimana akan melukis daun, adalah ia hanya melukiskan lakaran kasar seperti satu bingkai atau "frame" bagi menunjukkan daun. Lihat bagaimana rakusnya daun pokok yang dilukiskan oleh anak-anak kita, kajikan bagaimana berseleranya daun-daun tersebut mendapatkan cahaya matahari. Lihat kedudukan pokok itu sendiri, adakah ia diletakkan di bahagian atas kertas atau di tempat lain. Semuanya d apat memberikan makna terhadap personaliti anak-anak kita. Anak yang bersemangat selalunya akan melukis:
  • Pokok di bahagian atas kertas
  • Pokok yang mempunyai daun lebat
  • Daun yang dilukis besra-besar dan satu persatu
  • Daun yang sihat dan segar
  • Daun yang selalu mencapah ke udara.
  • daun yang sentiasa laparkan cahaya matahari.

Pokok tanpa daun menunjukkan situasi atau keadaan pokok yang kurang atau tidak sihat. Pokok yang menggugurkan daunny amenunjukkan pokok tersebut kehilangan semangat tetapi masih mahu meneruskan kehidupan. Sama seperti pokok getah pada musim kemarau. Daun-daun digugurkan bagi meneruskan kehidupan. Apabila anak melukis pokok tanpa daun, ia menunjukkan situasi kurang sihat. Pokok tanpa jiwa, semangat atau perasaan. I amenunjukkan anak berdepan dengan perasaan hampa yang bukan kepalang. Anak-anak yang berdepan dengan keputusan peperiksaan yang kurang membrangsangkan sering menunjukkan keadaan begitu. Anak yang sering dihukuk atau didera jug a menunjukkan keadaan begitu. Wanita yang mengalami kemurungan juga menunjukkan ciri begitu.

Pokok tanpa daun juga mempunyai potensi untuk tidak berbuah kerana daun sangat penting untuk fotosentesis dan pembesaran. Kepada seorang lelaki, pokok tanpa daun juga dilakarkan oleh golongan yang kecewa. Salah satu punca kekecewaan t ersebut ialah putus cinta, kematian, kehilangan pekerjaan dan banyak faktor lain yang menyumbang kenap apokok yang dilakarkan tidak berdaun. Tanpa fotosentisis yang mencukupi, pokok tidak berdaya maju untuk berbuah dan dalam kes ini tidaklah sampai mabuk daun. Mabuk daun juga menyebabkan pokok tidak berbuah, kerana asyik mengeluarkan daun sahaja. Jika diterjemahkan kepada manusia, anak yang mementingkan penampilan sahaja tanpa usaha juga belum tentu dapat membuahkan hasil. Sebab itu pokok yang hanya dilakarkan "crown" sahaja menunjukkan pokok yang terlalu lebat daunnya sehingga mabuk daun. Ini menyebabkan pokok jarang atau tidak berbuah lagi. Daun gugur menunjukkan kemurungan atau sedang mengalami peristiwa kemurungan yang memerlukan seorang rakan untuk merawatnya. Kemurungan boleh sahaja berpunca daripada pelbagai faktor atau sebab.

Adakah anak kita melukis daun yang terperinci urat sarafnya. Jika daun yang dilukiskan itu agak terperinci, ia membawa maksud anak ini sangat fokus daya pemikirannya. Cita-cita serta harapannya juga terfokus kepada satu objektif. Daun yag terfokus menunjukkan keadaan agresif. Ia sering merujuk kepada anak-anak yang mempunyai keinginan serta semangat kental untuk mendapatkan apa yang mereka idamkan seperti kasut bola, game, PS3, straight A dan sebagainya.

Allahwuallam.

Monday, February 9, 2009

Personaliti diri...soroti & bina personaliti

Asalamualaikum wbt.
Lewat Januari dan awal bulan februari 2009, kita dipanggang dengan isu yang sangat memualkan tentang politik di Perak. Pernahkah kita mendengar peribahasa Melayu kita....Gajah sama gajah bergaduh....pelanduk mati di tengah-tengah. Orang politik sibuk gaduh, yang rugi rakyat kebanyakan di perak. Ada peribahasa menyebut lagi, yang dikejar tak dapat dan yang dikendong pula keciciran. PR tidak sempat melaksanakan apa yang dikejar begitu juga BN sebenarnya keciciran banyak benda yang melibatkan kepentingan orang Melayu. Sedar atau pura-pura tidak sedar, keindahan institusi beraja dijaja hanya kerana kepentingan PR dan BN, sama-sama tak dapat apa-apa sebenarnya, BN menggunakan UMNO sebagai pencacai sementara PR menggunakan PKR sebagai Pencacai juga. Apa yang terjejas sebenarnya orang Melayu sudah tegadai personaliti mereka.....tidak menghargai kuasa, tidak menghargai nikmat dan rezeki yang tuhan berikan, tamak......merendahkan institusi raja sehingga menjerumuskan imej raja ke dalam longkang.

UMNO menang? tidak.....sama sekali tidak, menang sorak tetapi kampong tergadai. Berapa banyak tanah simpanan melayu yang bertukar status..... tanah kampong, hutan belentara, bukit batu kapur mahupun ignius....... Pergilah ke kampong melayu di pendalaman, apa yang mereka dapat? PKR mennag, jauh sekali. Bila dapat kuasa orang Cina dapat Tanah, orang Melayu dapat Apa? Masa zaman UMNO kedua-dua tak dapat apa-apa. Yang dapat orang kaya dan bercalitkan tahi politik. Tepuk dada tanya selera yang meruap-ruap. Personaliti YB Bota sangat jelas. Terlalu bobrok. Benarlah kata mantan Pm, tak ada kualiti. Tak macam Tan Sri MUsa HItam. Berhenti, abis cerita. Apa lagi personaliti 2 YB PKR, hampas. Tak termasuk YB DAP lagi. Personaliti insan kebelakangan ini terjaja terlalu murah, bertoksid dan sangat mencemarkan.

Didiklah anak-anak kita supaya kaya personalitinya. Soroti diri.....binalah personaliti. Jangan sekali-kali kita menperjudikan bangsa. YB Bota dan 2 YB PKR serta DAP. Sampai matipun and aakan terpalit dengan tahi. Percayalah kehidupan anda telah disumpah oleh rakyat Perak mulai tarikh anda membuat keputusan.

Sesuatu bangsa dihormati kerana persinaliti rakyatnya. Lihat bagaimana bangsa Viatnam brjaya mengusir Amerika dari bumi Vietkong tersebut. Lihat bagaimana bumi Palastine masih tetap wujud walaupun lebih 60 tahun dicerobohi syaitan Israel. Lihat bagaimana bangsa Aceh mendapat autonomi begitu juga rakyat Patani mahupun mindano.

Belajarlah. Didiklah anak kita menjadi orang terhormat dari bermandikan najis kebobrokan nafsu serakah kita sendiri. Terlalu ramai orang dalam dunia ini yang jiwanyanya masih putih. Pelajarilah.

Dr. MAin.

Friday, January 2, 2009

Kejayaan yang dibuktikan

KEAJAIPAN DIET & DOA

30 Disember 2008 telah berlalu. Tarikh tersebut Muhammad Aiman Hariz ke sekolah bersama ibu bapanya untuk satu tujuan. Fokus dan dinanti-nantikan. Keputusan PMR 2008 akan diumumkan. Tidak ada perkataan yang dapat diungkapkan. Tidak ada perasaan yang dapat diungkaskan. Tidak ada luahan hati yang penuh gelora dapat dipadamkan. Perkataan yang pertama..........BANYAKNYA A !!! I have no words........no words at all......speachless.

Well, sebagai rewards, kenalah penuhi hadiah seperti yang dijanjikan. belanja makan Ichiban Ramen dan juga sebuah basikal kegemarannya.

Tahniah buat aiman, jika anda menyorot kembali bahan yang saya lampirkan sebelum ini, Aiman adalah satu bukti keberkesanan sistem pemakanan dan motivasi serta teknik mind power yang digunakan pada saat-saat akhir menjelang PMR yang lalu.
Testimoni ini AKAN SAYA KONGSIKAN DALAM BENGKEL MYPERSONALITI bulan Januari 2009 ini. Kongsikan diet pemakanan pelajar terbilang bersama saya selain mengetahui rahsia pelajar 'A' menerusi MyPersonaliti. Bengkel ini akan memberikan anda tips doa anak cemerlang, menjana otak 'A' menerusi senaman dan urutan serta sesi Terapi Anakkusayang.

3 Januari 2009



Sunday, September 21, 2008

Usaha berterusan Menjamin kejayaan.

Asalamualaikum wbt.
Hari ini kita sudah berada dalam fasa ketiga bulan Ramadan. Ketika ini kata ramai orang, adalah waktu yang baik untuk mengejar 10 hari terakhir keberkatan Ramadhan. Kata mereka lagi, 10 hari terakhir ini ada malam lailatul Qadar. Lailatul Qadar bermaksud malam yang sangat hebat. Malam yang barang siapa yang memperolehinya nescaya ia akan memperolehi pahal aberpuasa bersamaan dengan 1000 bulan. Untuk mendapatkan rahmat fasa ke tiga Ramadhan ini, manusia tidak boleh pilih-pilih hari....kita kena berterusan berjaga malam dan memenuhi malam fasa ketiga Ramadhan ini dengan pelbagai pegisian ibadah. Nabi pernah bersabda, usaha yang baik ialah usaha yang berterusan. Jadi kalau kita beribadat, kena ibadat yang berterusan.

Saya ingin mengaitkan senario usaha kita untuk menjana pendapatan. Ia juga satu ibadah kerana hasil usaha kita itu bisa membahagiakan ramai orang. Bukan setakat makan pakai, tetapi rumah dan kenderaan, ilmu dan kerja sehingga hasil usaha kita itu sebenarnya mampu menjana kesenangan orang lain untuk turut beribadah kepada Allah s.w.t.

Oleh itu, usaha untuk mencapai kejayaan dengan industri perniagaan perlu dilakukan secara berterusan.....non stop....atau sampai ada waktu sanggang. Saya sendiri selain melaksanakan kerja hakiki sebagai tenaga akademik dan penyelidikan, berusaha mencari prospek tetap saya lakukan. Antaranya dengan melakukan khidmat sosial di sekolah-sekolah kebangsaan dan juga sekolah menengah kebangsaan. Apa yang saya lakukan ialah menawarkan program motivasi untuk pelajar PMR, SPM dan STPM selain pelajar tahun lima sekolah kebangsaan. Moga menerusi program-program khidmat masyarakat ini, ianya dapat menjana rezeki daripada susut yang lain. Tuhan itu maha adil, jika kit amenyumbang satu saat dalam bentuk yang ikhlas, InsyaAllah, Allah swt akan membalasnya dalam bentuk yang lain pada saat yang satu lagi. Itu kita yakin dan ikhlas.

Usaha berterusan sangat penting untuk mengembalikan semangat juang kita. Berhenti seketika atas alasan bulan puasa merupakan satu perkara jumut yang perlu dielakkan. Kita perlu lebih bersemangat dan berazam untuk mengejar cita-cita yang semakin malap jika dibiarkan begitu sahaja. Bonus pada bulan April 2008 saya Rm 35 dan pada bulan Ogos 2008, meningkat kepada RM 80. well, saya berpendapat jika usaha lebih kuat dilakukan jumlah bonus ini boleh ditingkatkan. Usaha itu usaha sendiri.

Pada 14 Oktober 2008, saya akan berada di SK Tanah Liat untuk program motivasi murid tahun lima. Cukup menyeronokkan. Moga-moga anak-anak kecil ini mampu memperolehi 5 A pada UPSR tahun 2009 nanti. InsyaAllah.

Penang, 22/9/08. TQ.

Wednesday, September 10, 2008

Mengubah paradigma otak kiri

Asalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Selamat berpuasa.
Otak adalah aset manusia paling hebat. Sejauh mana kita menggunakannya dengan maksimum terpulang kepada tahap kefahaman kita tentang otak itu sendiri. Otak mempunyai trilion sel atau neuron. Tidak semuanya saling berhubung antara satu sama lain. Tidak semuanya sihat. Tidak semuanya dapat kekal dalam jangka usia yang panjang. Tugas neuron ialah menghantar maklumat dan tindak balas. Proses penghantaran maklumat menggunakan neurotransmetter kepada receptor atau penerima. Otak menterjemahkan signal yang diterima dan mengarahkan apa tindakan yang perlu dibuat kepada receptor. Sekarang uji neuron anda. Uji juga keupayaan neurotransmetter dan receptor anda. Baca perkataan di bawah.

Only great minds can read this
This is weird, but interesting!
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

Bagaimana, boleh anda membacanya dengan lancar. Jika boleh maknanya otak kita mempunyai DHA, AA dan GLA yang mencukupi. Otak kita juga mempunyai lipid yang cukup. Lipid berkait dengan jumlah lecitin dalam otak. Jika tidak dapat membacanya, ia bermakna kandungan sirotonin dan dopamine dalam otak sangat kurang. Jika begitu ambilah makanan suplimen 3 X spirulina 3 X sehari. Kenapa spirulina, sebab 1 kg spirulina bersamaan 1 kg sayur-sayuran. Jika setiap tablet beratnya 200 mg, bererti kita telah mengambil 0.4 kg sayur sekali ambil dan jika 3 kali sehari, ini bererti kita sudah memakan 1.2 kg sayur pada hari tersebut.

Oleh itu manfaatkanlah kelebihan alge biru ini. Ia sudah dikesan penggunaannya kepada manusia sejak 3,000 tahun dulu.

Sunday, September 7, 2008

Program Parenting di KL & Bandar Pusat Jengka

Asalamualaikum wbt.
Semoha tuhan memberkati pembaca sekelian. Saya baru selesai mengadakan program parenting di Ibu pejabat Smart Naco, Taman Maluri, Kuala Lumpur pada 6 September 2008 dan di Bandar pusat Jengka, Pahang pada 7 September 2008. Program ini memberikan fokus kepada tiga aspek, pertama mengenali personaliti & potensi anak, Kedua; Pemakanan untuk menyerlahkan potensi anak dan ketiga; sessi anakku sayang.
Program yang bermula tepat pada jam 9 pagi itu menggunakan pendekatan lukisan projektif dan penerangan menerusi lukisan antaranya:
1. lukisan 6 unsur (matahari, pokok, rumah, air, bunga dan ular)
2. Lukisan potret ibu, ayah dan diri sendiri
3. lukisan People in the rain
4. Lukisan 4 pokok
dan juga soalan:
5. soalan 9 perkara (5 nama dan 4 lagu)
6. 5 warna dan
7. 5 haiwan kesayangan

Program ini semakin hangat apabila sesi huraian gambar anak-anak berlangsung. Pelbagai maksud dan keterangan diberikan kepada ibu bapa berkaitan personaliti anak-anak masing-masing. Menerusi sesi ini ibu bapa dapat mengenali, memahami dan mencari jalan untuk menambah baikkan diri anak-anak mereka tanpa memerlukan kehadiran seorang kaunselor mahupun tindakan yang agrasif. Kita juga tidak perlu berkonfrantasi dengan anak-anak untuk mengetahui rahsia mereka kerana semuanya dapat diketahui menerusi lukisan yang mereka hasilkan

Sesi akhir ialah sesi anakku sayang. Sesi ini bertujuan merapatkan hubungan ibu, ayah dan anak agar hatinya dan mindanya lebih dekat dan rapat kepada diri kita. Sessi ini sangat ampuh untuk membuang ego ibu bapa dan juga anak-anak mereka. Selain itu ia juga dapat melakukan "refurnish" atau "rebuilding" diri dan jiwa anak untuk kembali fokus kepada ibu dan ayah mereka. Sesi ini bermula dengan eyes contect, diikuti dengan doa oleh ibu bapa dan juga janji dariada anak yang menerima doa daripada ibu bapa mereka. Sepanjang sesi ini saya akan bercerita kepada anak-anak tentang potensi dan peranan mereka kepada ibu bapa agar mereka menjadi anak yang soleh dan soleha. Bagi merek ayang pernah melalui sesi ini, pasti hatinya akan tersentuh. Sentuhan inilah yang akan mengeratkan hubungan anak-ibu bapa dan juga menjadi pemacu kepada kejayaan anak.

Alhamdulillah, sessi turut disulami dengan tajuk pemakanan minda. Minda memerlukan diet yang betul supaya kita menjadi excellent. Mengapa Spirulina dan susu IgG plus yang kaya colostrum. Kerana makanan ini kaya dengan protin, karbohidrat, mineral, vitamin dan jika kita mampu mengambil 1.5 lit hingga 2 lit air (mengikut keperluan) dalam sehari di samping dapat melakukan latihan penafasan untuk menambah oksigen dalam badan, maka kecemerlangan anak-anak pasti akan terserlah.

InsyaAllah saya sedang merancang untuk program parenting seterusnya di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 20 September 2008 ini. Mog aita dapat bertemu di sana.

Monday, August 4, 2008

bagaimana Menjadi Pintar dalam kiraan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8,9 & 10.

Asalamualaikum wbt.
T.Harvy Eker menulis 'work smarter instead of harder'....katanya lagi "if you not using leverage, you're working to hard, earning to little!'. Dalam mendidik anak-anak kita gagal untuk melakukan leverlage kepada mereka. Apakah maksud leverage? Ia bermula dengan replacing. Perasan atau tidak dalam mendidik anak-anak kita sering mahu anak-anak kita menjadi seperti kita, pandai seperti kita dan berjaya seperti kita. Sedar atau tidak kita mahu anak kita menguikut hala tuju kita...kit amahu mereka menjadi doktor...peguam...jurutera...arkitek.....perniaga....dan pelbagai kerjaya yang hebat-hebat (mengikut ukuran kita). Sedar atau tidak kita sebenarnya sedang memaksa anak-anak kita mengambil alih diri kita.......10 hingga 20 tahun dulu....sesuatu yang kit a tak dapat atau sesuatu yang ingin kita jadikan sebagai satu dinasti. Kita sebenarnya sedang melakukan replacing.

Mari saya ajarkan bagaimana melakukan replacing yang betul. Bagaimana melakukan anjakan paradigma yang tepat. KITA tidak boleh menjadikan anak-anak sama seperti kita tetapi kita boleh membantu mereka menjadi insan hebat seperti apa yang kita impikan. Ikuti langkah-langkah berikut.

Langkah 1. lakukan leverage dengan memulakan replacing otak. Otak anak memerlukan makanan yang betul. Lakukan diet otak dengan tepat. Berikan anak-anak protin, karbohidrat, vitamin, mineral, air dan oksigen yang cukup. Mana ada produk sehebat ini dalam pasaran jika bukan SPIRULINA dari SmartNaco. Dengan mengambil diet 3 biji pada sebelah pagi, tengahari dan petang, ia membekalkan cukup protin (asid amino), karbohidrat (tenaga), vitamin A & B kompleks), mineral (kalsium) bersama-sama 1.5 hingga 2 liter air sehari dan juga oksigen menerusi senaman.

Langkah 2. Practice kita katakan menjadikan anak-anak perfect....bagi saya not perfect tetapi permanent. Dengan praktis, anak kita menjadikan kerja kuat beliau itu satu habit atau keterbiasaan dan bila ia menjadi satu habit ia sebenarnya sudah mampu menghasilkan tindakan yang hebat....kerja tanpa disuruh. sampai waktu belajar....bila sudah menjadi habit ia akan dengan sendirinya belajar.....belajar ......dan belajar. Bila tindakan sudah betul.....ia akan membentuk personaliti yang hebat. Sebab itu budak cerdik kita lihat mereka memang mempunyai karakter belajar yang permanent. Justru anak kita juga boleh begitu jika kita berikan mereka makanan hebat seperti SPIRULINA dan IgG plus sebab bahan bio-lipid mampu membekalkan kimia lecithin (phosphaledyl choline) yang mampu menjana bahan kimia pada permukaan otak iaitu serotonin dan dopamine. serotonin dan dopamine sangat penting untuk menghasilkan mood yang baik, tenang, aman, harmonis serta menjana daya ingatan dan juga tindakbalas yang hebat kepada otak anak-anak. SO Praktis bukan untuk perfect tetapi lebih kepada pembentukan HABIT...permanent.

Langkah 3. Zaman kita ibu bapa ......berkeja keras...work harder....kita perlu lakukan replacing. Untuk menjadi anak pintar, belajar smart dengan otak lebih smart sangat penting. Masa yang ada sangat terhad.....jadi biar anak kita menggunakan masa singkat tetapi mendapat kesan yang hebat. Untuk berbuat demikian bukan masa belajar yang panjang dititikberatkan...bukan juga tenaga yang banyak perlu diperuntukkan perlu diambil kira tetapi.......SMART....belajar singkat dan pantas sangat memainkan peranan untuk berjaya tanpa membuang masa yang berkualiti untuk pelbagai aktiviti lain anak-anak kita. Oleh itu BERI makanan otak yang betul. Makanan SPIRULINA sama dengan 6 biji telur ayam, sama dengan beberapa batang carrot merah, sama dengan 1000 gm sayur hijau......minyak ikan..... 20 peratus protin lebih tinggi dari kacang soya.... dan kalsium lagi. Saya sebutkan disini... menurut T.Harv Eker " if you 're going to work hard anyway, you might as wel get success....and the quicker the better!" NAK CEPAT pandai berikan otak anak-anak kita SPIRULINA dan IgG plus. Struktur otak mereka jadi kuat, mata mereka bertambah terang, mempunyai visi yang jelas, otak menjadi sangat cergas.....cepat bertindak balas dan mempunyai mambran yang kukuh......maka anak kita akan menjadi hebat SEBAB neurotransmetter mereka terbina dengan kuat.

Jumpa lagi
Dr.Main.