
Kenapa pokok mesti mempunyai dahan dan ranting. Sebatang pokok tanpa dahan maka jadilah ia seperti pokok ubi, buluh atau pokok tebu. Dahan dan ranting menjadikan pokok tersebut lebih berkeupayaan untuk mencambah dan menyemarakkan daunnya. Ia juga membolehkan pokok tersebut menambahkan potensi untuk berbuah atau berbunga lebih. Pokok yang berdahan dan berranting besar juga boleh menjadi pelindung kepada lebih banyak habitat di sekeilingnya. Pokok yang berdahan besar dan lebar tentunya lebih sihat berbanding pokok yang tidak berdahan. Pokok yang berdahan dan berranting besar tentunya kelihatan lebih berkuasa berbanding pokok yang tidak berdahan atau beranting.
Memandangkan sifat dahan dan ranting dapat menunjukkan gahnya sebatang pokok maka dahan dan ranting sering dirujuk sebagai satu tanda egois seseorang. Oleh itu saiz dahan selalunya dirujuk sebagai satu darjah ego seseorang. Lakaran dahan secara langsung dapat menunjukkan bagaimana seseorang itu berusaha untuk menunjukkan tahap atau aras egonya kepada orang lain. TETAPI kepada saya, secara halusnya ia menunjukkan usaha seseorang untuk meneroka dunia luar dan menyokong apa sahaja yang memberi faedah kepada diri sendiri. Lihat saiz dahan yang dilukiskan oleh anak-anak, jika besar saiznya maka ia sedang berusaha untuk menonjolkan ogonya kepada dunia luar dan menjadi seseorang yang sangat kuat berpegang dengan pendiriannya walaupun ia tahu apa yang diperjuangkannya itu selalu salah dan mengikut perasaan. Kalau ia bercinta, ia akan memenangkan apa yang dicintainya. Kalau ia suka sangat bermain bola ia akan menekankan yang bola itulah segala-galanya dan jika ia merasakan tusyen itu sangat baik maka ia akan seboleh-bolehnya memaksa ibu bapa mereka untuk menghantar dirinya ke pusat tusyen. Asal sahaja tindakannya itu menyokong apa sahaja yang dirasakan memberikan faedah kepada dirinya sendiri. Jangan salah faham bila berbincang tentang ego atau kepentingan diri. Tajuk ini say afokus ego dalam bentuk bersemangatnya seseorang untuk meneroka dunia luar. Dua yang serba mungkin. Bersemangatnya seseorang sehingga ia tidak mahu mengambil peduli apa orang lain kata atau pendapat orang lain. Ia suka mengikut kata hati. Emosinya menyatakan ia sahaja yang betul...atau gurunya sahaja yang betul...atau kata-kata ibu bapanya sahaja yang betul. Ego di sini ialah satu usaha untuk meneroka duni aserba mungkin dan pelukisnya mahu mengikut cara dirinya sahaja sebagai satu cara yang paling betul. Yes...ia pasti menimbulkan konflik....konflik berlaku bila pertembungan antara dua ego terjadi. Ada pemenangnya atau boleh saja tidak ada siapa yang menangpun.
Apabila kita melihat dahan pokok dicantas atau dipotong dalam lakaran anak-anak kita atau orang lain, ia memberikan maksud yangkurang sihat. Ia menunjukkan satu aras kesukaran untuk diriny amencapah keluar. ia merasakan dirinya tersekat itu danini. Ia menjadikan dirinya tidak berpotensi dan merasakan dirinya sering dihentam atau disekat oleh orang lain. Namun adakalanya penganalisis berpendapat pencantasan dilakukan oleh pelukis bagi m

Dahan pokok memberikan personafikasi yang pelbagai. Bermula dari soal keinginan untuk mencambah keluar.....meneroka dunia luar....menunjukkan sifat dan kekuatan ego seseorang, ia jug amenyimpan pelbagai rahsia tentang keseimbangan diri seseorang. Tuhan menciptakan dahan kepada sebatang pokok untuk menunjukkan berselerannya pokok tersebut untuk berkembang dan subur....hidupnya. Begitu jugalah manusia.....ego menjadikan manusia berusaha keras untuk menonjolkan potensi hidupnya. Tanpa dahan pokok hanya lurus meninggi dan berusaha melepaskan pucuk masing-masing. Dengan dahan pokok bisa merendang dan memberikan naungan yang lebih luas.
Allah s.w.t maha mengetahuni.
Dr. Main Rindam.
No comments:
Post a Comment