Sunday, March 1, 2009

Makna daun kepada personaliti anak

Asalamualaikum wbt.


Setiap sesuatu kewujudan di muka bumi ini pasti ada permulaannya. Lahirnya seorang anak di mulakan dengan wujudnya ayah dan ibu dan begitulah seterusnya. Sesungguhnya ketika saya menulis tajuk ini, lagu ayah dan ibu sedang berkumandang menjadi ulam deria dengar saya. Senikatanya cukup menyentuh perasaan.


Anak, memang menjadi nantian setiap pasangan yang baru memulakan alam rumah tangga. Malah anak-anak ini menjadi nostaljia kepada pasangan yang sekarang tinggal hanya berdua. Semua anak-anak sudah dewasa dan pandai berdikari.


Namun bukan ini tajuk perbincangan asal kita sebenarnya. Apa yang mahu saya bicarakan kali ini ialah bagaimana daun sepohon pokok boleh menunjukkan personaliti anak kita. Daun sangat penting kepada pokok. Perhatikan apabila benih bercambah. Objek yang mula-mula tumbuh atau mencapah keluar ialah daun. Bermula dengan dua helai di sebelah kiri dan kanan ia kemudiannya bertambah hingga ke satu angka yang sukar untuk dikira. Daun sangat penting kerana ia menunjukkan permula kepada satu kehidupan. Ia lambang semangat sesuatu kehidupan. Bukan suatu simbol kegembiraan tetapi ia lebih kepada simbol harapan atau jiwa atau perasaan meruap-ruap untuk memulakan kehidupan. Ditambah dengan warna hijau segar, ia menunjukkan kehidupan yang dinanti-nantikan. Kepada kita yang melihat sendiri bagaimana daun-daun benih yang kita tanam bercambah menjadikan jiwa kita cukup segar, mekar dan bersemangat. Apatah lagi kepada benih itu sendiri. Jadi daun adalah jiwa kepada sepohon pokok.


Maka saya panjangkan lagi, daun adalah simbol yang menunjukkan usaha untuk menonjolkan diri sendiri. Sama seperti benih yang bari tumbuh. Daun yang keluar dari permukaan bumi adalah menunjukkan usaha untuk menonjolkan diri...usaha untuk menunjukkan kewujudan diri...usaha untuk menunjukkan yang kita ada atau pernah ada di permukaan bumi ini, so TOLONG PERHATIKAN KAMI.


Oleh itu apabila anak-anak melukis sepohon pokok, perhatikan daun-daun yang dilakarnya. Kerana daun adalah jiwa dan semangat serta keinginanny aanak untuk menerangkan kewujudannya dalam keluarga dan mata ibu bapa masing-masing. Secara serius, aras tumbesaran menunjukkan pokok berusaha untuk mencapai atau mengaut sebanyak mana tenaga matahari yang boleh. Daun adalah instrumen atau alat untuk memasak makanan. Daun tempat berlakunya proses fotosentisis. Malah bagi sesetegah daun, di situlah ia mencambahkan benihnya untuk membiak. Lihat bagaimana akan melukis daun, adalah ia hanya melukiskan lakaran kasar seperti satu bingkai atau "frame" bagi menunjukkan daun. Lihat bagaimana rakusnya daun pokok yang dilukiskan oleh anak-anak kita, kajikan bagaimana berseleranya daun-daun tersebut mendapatkan cahaya matahari. Lihat kedudukan pokok itu sendiri, adakah ia diletakkan di bahagian atas kertas atau di tempat lain. Semuanya d apat memberikan makna terhadap personaliti anak-anak kita. Anak yang bersemangat selalunya akan melukis:
  • Pokok di bahagian atas kertas
  • Pokok yang mempunyai daun lebat
  • Daun yang dilukis besra-besar dan satu persatu
  • Daun yang sihat dan segar
  • Daun yang selalu mencapah ke udara.
  • daun yang sentiasa laparkan cahaya matahari.

Pokok tanpa daun menunjukkan situasi atau keadaan pokok yang kurang atau tidak sihat. Pokok yang menggugurkan daunny amenunjukkan pokok tersebut kehilangan semangat tetapi masih mahu meneruskan kehidupan. Sama seperti pokok getah pada musim kemarau. Daun-daun digugurkan bagi meneruskan kehidupan. Apabila anak melukis pokok tanpa daun, ia menunjukkan situasi kurang sihat. Pokok tanpa jiwa, semangat atau perasaan. I amenunjukkan anak berdepan dengan perasaan hampa yang bukan kepalang. Anak-anak yang berdepan dengan keputusan peperiksaan yang kurang membrangsangkan sering menunjukkan keadaan begitu. Anak yang sering dihukuk atau didera jug a menunjukkan keadaan begitu. Wanita yang mengalami kemurungan juga menunjukkan ciri begitu.

Pokok tanpa daun juga mempunyai potensi untuk tidak berbuah kerana daun sangat penting untuk fotosentesis dan pembesaran. Kepada seorang lelaki, pokok tanpa daun juga dilakarkan oleh golongan yang kecewa. Salah satu punca kekecewaan t ersebut ialah putus cinta, kematian, kehilangan pekerjaan dan banyak faktor lain yang menyumbang kenap apokok yang dilakarkan tidak berdaun. Tanpa fotosentisis yang mencukupi, pokok tidak berdaya maju untuk berbuah dan dalam kes ini tidaklah sampai mabuk daun. Mabuk daun juga menyebabkan pokok tidak berbuah, kerana asyik mengeluarkan daun sahaja. Jika diterjemahkan kepada manusia, anak yang mementingkan penampilan sahaja tanpa usaha juga belum tentu dapat membuahkan hasil. Sebab itu pokok yang hanya dilakarkan "crown" sahaja menunjukkan pokok yang terlalu lebat daunnya sehingga mabuk daun. Ini menyebabkan pokok jarang atau tidak berbuah lagi. Daun gugur menunjukkan kemurungan atau sedang mengalami peristiwa kemurungan yang memerlukan seorang rakan untuk merawatnya. Kemurungan boleh sahaja berpunca daripada pelbagai faktor atau sebab.

Adakah anak kita melukis daun yang terperinci urat sarafnya. Jika daun yang dilukiskan itu agak terperinci, ia membawa maksud anak ini sangat fokus daya pemikirannya. Cita-cita serta harapannya juga terfokus kepada satu objektif. Daun yag terfokus menunjukkan keadaan agresif. Ia sering merujuk kepada anak-anak yang mempunyai keinginan serta semangat kental untuk mendapatkan apa yang mereka idamkan seperti kasut bola, game, PS3, straight A dan sebagainya.

Allahwuallam.

No comments: