Thursday, March 5, 2009

Akar pokok dalam lukisan projektif



Asalamualaikum wbt. Semoga anda yang mengikuti blok ini berada dalam keadaan mental dan emosi yang sihat serta ikhlas. Pada hari ini saya akan menyambung perbincangan kita berhubung personaliti berasaskan analisis pokok. Kali ini saya akan membincangkan apakah peranan akar pokok kepada kehidupan insan. Akar sangat asas kepada hayat sebatang pokok. Akar pokok tersembunyi di bawah tanah. Akar pokok selain menjadi alat untuk pokok menyerap makanan sehingga jauh ke dalam bumi. Ia juga menentukan tegap atau sebaliknya kedudukan sebatang pokok. Lebih daripada itu akar boleh menjadi ubat yang sangat mujarab kepada kehidupan di sekelilingnya. Jadi apakah pandangan kita terhadap akar pokok. Akar pokok adalah asas, oleh itu apakah asas kepada kehidupan manusia yang fungsinya menyamai akar.


Akar dikatakan saling berkait antara satu sama lain dengan kehidupnan manusia. Pokok tanpa akar atau pokok yang mempunyai akar yng rosak menunjukkan situasi kurang selamat yang dirasai atau alami oleh pelukis atau tukang lakar lukisan tadi, Sementara bagi mereka yang melakar akar yang terlalu bnyak pula membawa maksud atau situasi melampau yang berlebihan. Jika anak merasakan kurang selamat, apakah tindakkan utama yang akan dilakukan. Rasa kurang selamat muncul disebabkan banyak faktor. Anak merasa kurang selamat jika ibu bapanya tidak berada dekat dengannya. Anak merasa kurang selamat disebabkan oleh persekitaran atau keadaan sekelilingnya. Anak yang sedang belajar di tadika tiba-tiba berubah sikap kerana merasakan keadaan sekelilingnya kurang selamat. Penjaga yang garang dan tidak penyayang adalah punya yang dikesan mengapa anak di tadika merasa kurang selamat. kanak-kanak akan menangis bila mereka merasa kurang selamat. Sikap mereka juga berubah.

Remaja dan orang dewasa juga mempunyai perasaan kurang selamat, bergantung kepada situasi tertentu. Seorang pelajar merasa kurang selamat bila ia tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Mereka jug a merasa kurang selamat bila keputusan ujian tidak memuaskan. Dengan masalah disiplin yang mulai melampau sekarang ini, pelajar merasa kurang selamat bila berada di sekolah. Baca akhbar hari ini, seorang pelajar ditikam dengan lawi ayam di Kelantan hanya kerana ia cuba meleraikan pergaduhan rakan sekolah mereka. Kenapa pelajar membawa senjata ke sekolah? Sebabnya ia merasa kurang selamat di sekolah. Senjata digunakan untuk melindungi dirinya dan sekarang ia digunakan bukan sahaja untuk melindungi tetapi untuk mencederakan orang yang mahu mendamaikan pertelingkahannya. Sejauhmana ia benar ia masih dalam siasatan.

Akar yang mati menunjukkan perasaan pelukisnya yang terputus daripada keadaan sebenar atau realiti. Berlaku kekosongan dan kehampaan atau rasa putus asa atau harapan pada dirinya. Kenapa perkara ini boleh berlaku. Anak kecil yang berada dalam persekitaran keluarga yang bercerai, anak yang gagal mendapat perhatian ibu bapa atau rakan, anak yang gagal dalam ujian atau apa juga pertandingan adalah antar amereka yang mengahadapi masalah ini. Remaja yang gagal bercinta, gagal untuk ke IPTA, gagal untuk mendapatkan pekerjaan dan situasi-situasi lain yang pelbagai adalah punca kenapa sintom ini wujud.
Akar mempunyai seribu satu warna. Setiap satu perlu dianalisis atau diknosis dengan teliti sebelum kit adapat mengetahui kenapa pelukis memilih untuk melakarkan imej sebegitu. Lukisan projektif adalah jalan pintas untuk mengetahui situasi yang dialami oleh pulukis. Lukisan projektif sebenarnya dapat membuat telahan tentang apa yang tersimpan di dalam tanah atau di dalam hati pelukisnya. Soalan hanya bertujuan mendapat pengesahan atau untuk mendapatkan jawapan yang lebih ampuh atau kejap. Lukisan projektif dapat menerangkan 90 peratus air yang berada di bawah permukaan air atau akar yang terpendam dan disembunyikan di dalam bumi.
Dr. MainR
PPPJJ, USM. 6/3/2009.

No comments: