Asalamualaikum wbt. Salam sejahtera.
Pokok adalah hidupan yang diciptakan oleh ALLAH s.w.t. bertujuan melaksanakan fungsi yang tersirat. Al-Quran diturunkan dalam tempoh 22 tahun 2 bulan dan 22 hari. Al-Quran menyebut banyak kali tentang pokok-pokok dan tumbuhan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Antaranya ialah Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
" Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian. Dan buah anggur serta sayur-sayuran. Dan zaitun serta pohon-pohon kurma. Dan taman-taman yang menghijau subur. Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu (‘Abasa:24-32).
Ingatkah kita kepada hadis nabi Muhammad s.a.w. yang ini:
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua kubur yang baru ditanam, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kedua kubur ini sedang disiksa dan tidak disiksa kerana dosa besar, adapun yang satu maka tidak bersih jika cebok dari kencingnya dan yang kedua biasa berjalan membangkitkan fitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil dahan pohon yang hijau lalu dibelah dan menancapkan diatas kubur masing-masing. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, mengapakah engkau berbuat itu?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Semoga Allah s.w.t. meringankan keduanya selama dahan ini belum kering."
Marilah kita mencari erti keikhlasan. Ertinya “Keikhlasan”
(BERSIH HATI DARI SEGALA TUJUAN SELAIN KEREDHAAN ALLAH S.W.T.)khususnya menerusi doa. Jika pokok yang menghijau itu sentiasa berdoa, apatah lagi kita sebagai insan muslim. Kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa itu juga boleh dianggap sebagai ibu ibadah. Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi yang berbunyi : Ertinya : Dari Anas bin Malik, dari Nabi s.a.w bersabda : Doa itu adalah ibu atau hati ibadah. (Hadith riwayat Imam Tirmizi)Ketahuilah, doa yang dipohon dengan hati yang ikhlas lagi tawadu' akan memberikan kesan yang sangat besar pada kehidupan kita. Melalui berdoa bukan sahaja memberikan kebaikkan kepada diri kita malah juga kepada orang yang didoakan, seperti contoh kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran, Kesejahteraan keluarga kita, ketenteraman Negara kita dan sebagainya.Doa yang kita panjatkan pada Allah SWT pasti akan diperkenankan. Ini janji Allah. Setiap doa kita pasti akan diperkenankan atau Allah akan berikan yang lebih baik untuk kita. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 186:Maksudnya : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.Saudaraku, begitulah rahmat yang telah Allah berikan kepada kita. Dengan kebijaksanaanNya dan kasih sayangNya Allah SWT akan mengkabulkan doa-doa semua hamba-hambanya (dipetik daripada khutbah jumaat majlis agama Islam Singapura, 24 Ogos 2007..

Kembali kepada perbincangan berhaitan pokok. Jika pokok yang dilakarkan itu terbelah dua atau mengalami unsur-unsur kecacatan, seperti patah atau ditebang, dipanah petir dan lainnya, ia menggambarkan pelukisnya sedang mengalami masalah yang teruk. Boleh jadi masalah mental atau masalah kemurungan.
No comments:
Post a Comment