Wednesday, March 4, 2009

6 unsur (Matahari, Runah, Pokok, air, bunga dan ular)

Asalamualaikum wbt. Seorang ibu, kenalan rapat saya ada menghantar sms yang mahu berkongsi perbincangan tentag lukisan projektif 6 unsur. Saya tidak berkeberatan untuk berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan berkaitan dengannya. Lantas saya pulang kerumah dan membelek-belek kes pelajar yang pernah mengikuti kelas atau seminar saya berkaitan analisis enam unsur ini. Setelah mencari beberapa ketika saya bertemu dengan satu 'bundle" kes yang melibatkan pelajar tahun lima SK Batu Lancang, Pulau Pinang. Ketika ujian ini diambil, merek berada dihujung semester tahun 2008. Mari kita berkongsi perbincangan berkaitan lukisan yang telah dihasilkan oleh pelajar tersebut.

Enam unsur yang dimaksudkan ialah elemen matahari, rumah, pokok, air, bunga dan ular. Apa rasionalnya elemen-elemen tersebut terhadap kehidupan atau personaliti anak-anak. Elemen matahari kepada kehidupan ialah sumber tenaga. Ia merupakan sumber tenaga kepada pokok untuk memasak makanannya iaitu menerusi proses fotosentesis, manakala kepada manusia pula ia dikatakan sebagai sumber tenaga dalam bentuk semangat, jiwa atau perasaan. Kecil atau besarnya matahari (saiz) atau terang atau malapnya cahaya atau panas atau sejuknya bahangan matahari ditujukkan menerusi bagaimana terangnya warna matahari tersebut atau memancarnya cahaya matahari tersebut dilakarkan. Dalam jiwa atau hati anak-anak siapakah yang menjadi tenaga atau pembakar semangat kepada kehidupan mereka.....seorang ayah. Matahari umpama seorang ayah. Secara fokus ayah adalah ketua keluarga yang mencari nafkah untuk keluarga terus hidup. Jadi ayah merupakan sumber tenaga untuk kehidupan. Ayah sumber semangat untuk terus hdup dan ayah menjadi sumber inspirasi.

Pokok, selain memberikan buah kepada kehidupan lain ia juga menjadi tempat berteduh. Bila sebut sahaja tempat berteduh di situlah letaknya kasih sayang. Pokok tidak dapat menempiaskan perasaan marah, yang ada hanya redup dan sejuk oleh warna hijau dedaunnya dan rendang dahan serta rantingnya. Melihat pokok yang diciptakan oleh Allah s.w.t ke alam dunia ini memang cukup aggung dan hebat fungsinya. Ia bukan sahaja menyejukkan insan dan hidupan lain kerana fungsinya yang membekalkan oksigen untuk kehidupan tetapi ia juga menyerap karbon dioksida untuk membersihkan kotoran di bumi ini. Siapakah dalam alam ini yang mempunyai jiwa pemberi dan pembersih ini jika bukan peranan seorang ibu. Justeru itu, pokok adalah pelambangan peranan seorang ibu. uniknya, pokok memerlukan tenaga daripada matahari. oleh itu jika kedudukan matahari dan pokok saling berhampiran, ini menunjukkan hubungan antara pokok dengan matahari sangat dekat atau rapat. Dalam bahasa cinta ia membawa maksud kehidupan yang bahagia.

Rumah dalah pelindung kepada manusia. Pelindung daripada bahang matahari dan juga diredupkan oleh sebatang pokok yang hidup di tepi rumah atau di bahagian depan atau belakang rumah. Jika matahari adalah sumber tenaga, pokok pul abersifat pengasih dan peyayang, bagaimanapula rumah. Rumah adalah ego. Ego kepada diri seseorang dan jika yang mengambil ujian ini adalah seorang anak, maka ia berkaitan ego dan personaliti seorang anak. Rumah perlu dilihat daripada pelbagai sudut, misalnya kedudukan di atas kertas, saiznya, bahan binaannya, bilangan tingkap dan pintunya dan lakaran tambahan yang disulamkan bagi mengindahkan imeginasi binaan rumah tersebut dalam hidup anak-anak atau pelukisnya. Rumah dan matahari, jik amatahari diletakkan betul-betul di atas bumbung rumah, ertinya anak sangat menyanjungi atau menghormati ayah. Meletakkan rasa hormat yang tinggi kepada ayah atau bapa sangat jarang berlaku pada anak-anak hari ini. Kebanyakan lakaran akan meletakkan matahari berada pada kedudukan sedang naik atau sedang turun bergantung kepada imeginasi atau visualisasi masing-masing. Kembali kepada lakaran rumah. Saiz rumah yang besar menunjukkan anak mempunyai ego yang besar. Jik arumah lebih besar dan tinggi daripada pokok, maka ini menunjukkan si anak berkelakuan besar kepala kepada ibu atau uminya. Ego anak lebih tebal berbanding ibu dan sering berlaku episod anak lebih berkuasa berbanding ibunya. Malah ibu acap kali terpaksa mendengar kata-kata anak berbanding kata-katanya sendiri. Fenomena anak tidak mendengan cakap ibu pada hari ini semakin lumrah. Ini menunjukkan akhlak anak sudah bejat. Perhatikan bil aibu menyuruh anak membaca buku, ketika ia sedang asyik bermain game komputer atau menontoh siri katun kegemarannya......dengar apa jawapannya......nanti.....nanti.....atau jika suruh ia membasuh kasut....membuang sampah.....menjaga adik dan sebagainya. Jawapannya hampir sama.....nanti dulu......dll. Rumah yang memiliki tingkap kurang daripada 3 mengesahkan bahawa anak ini sangat ego. Tingkap terbuka atau tertutup, jika tertutup ertinya fikiran dan hati kita tertutup kepada idea atau pandangan orang lain. Bagaimana pintunya, jika terbuka kita mengalu-alukan pengunjung atau tetapi jik atidak maka sebaliknyalah. Bagaimana jika rumah ada cemeni atau cerombong dan adapula asap yang keluar daridalamnya. Cemeni dan asap adalah simbol keinginan anak untuk berhubung dengan orang luar. Ini menunjukkan anak-anak tadi mempunyai kecendrungan untuk membuat hubungjalin dengan rakan-rakan di luar sana.

Bagaimanapula dengna unsur air, air merujuk kepada perasaan, jiwa atau semangat pelukisnya. Untuk mengetahui lebih lanjut kita perlu melihat bentuk jisim air tersebut. Sama ada ia dilukis dalam bentuk sungai, laut, kolam, air hujan atau boleh sahaja dalam bentuk air paip, dalam baldi mahupun air dalam cawan. Perasaan yang bebas dan gembira selalunya ditunjukkan dalam bentuk air sungai dan juga laut. Air yang berkait dengan rasa tertekan selalunya ditunjukkan dalam bentuk kekangan seperti air kolam, baldi mahupun telaga. Air ini terkongkong dan tidak boleh mengalir. Air hujan lebih kepada anak yang suka menolong orang lain.

Bunga adalah lambang persahabatan atau percintaan. Bunga yang mekar, begitulah keadaan hati dan perasaan anak-anak kita ketika memanjat usia remaja. Penuh dengan perasaan ingin disukai dan dibelai. Perasaan ingin berbicara atau berbual, perasaan ingin berpasangan. Perhatikan bagaimana anak-anak melakarkan bunga tersebut. Adalah lakarannya hidup atau sebaliknya. Perhatikan pula bilangan pokok bunga tersebut. Jika lebih daripada satu, di situ lah letakkan keterbukaan anak untuk meneruma atau tidak belanja kawan. kanak-kanak yanghatinya bersih selalunya melukis bunga lima kelopak, bunga biasa atau bunga yang belum ada jiwa atau terisi dengan perasaan cinta. Tetapi remaja atau anak belasan tahun lebih suka bunga ros iaitu bunga lambang kasih. Jika begitu keadaannya, maka unsur bunga dan perasaan kasih memamg ada kesinambungannya.

Ular adalah lambang masalah anak. Jika ular hampir dengan rumah ia bermaksud anak sedang stress, sementara jika ular jauh daripada rumah, anak lebih tenang. Saiz ular atau jenis bisa ular tersebut menunjukkan berapa aras bahaya masalah tersebut kepada diri pelukisnya. Jika ia besar dan berbisa, anak sedang menghadapi masalah besar. Kitalah yang perlu memberikan kata-kata semangat kepadanya dan menenangkan dirinya.
Berdasarkan lukisan yang saya lampirkan, perhatikan saiz rumah yang lebih besar daripada rumah, menunjukkan ibu lebih banyak mengalah dengan kehendak anak dan anak lebih "berkuasa" dalam banyak hal. Lohat tingkap (kurang daripada 3) yang tertutup begitu juga pintu yang tertutur. Ini menunjukkan saiz ego anak ini cukup besar. Lihat pokok (ibu) yang ada dahan tetapi tidak ada daun, tidak ada bunga dang juga buah, pokok tidak ada buah dan bunga ertinya tidak gembira (tertekan) serta bersaiz lebih kecil. Perhatikan juga sungai di belakang rumah yang bermaksud dalam apa juga keadaan anak ini tidak memberikan penekanan soal perasaan, tetapi ia lebih memberikan penumpuan soal keegoannya....keinginannya dulu....kepentingan dirinya dulu berbanding perkara lain. Benarkah begitu, ia masih perlu dianalisis dengan teliti. Pokok bunga dalam pasu yang menunjukkan anak ini merasakan kehidupannya dikongkong oleh ibu bapa mereka. Lihat saiz ular yang kecil.....budak ini tidak ada banyak masalah. Lihat saiz matahari yang besar dan sangat terang (lihat cahayanya yang memancar). Lihat kedudukan matahari yang menghindar sedikit daripada rumah tetapi sangat dekat dengan pokok. Hubungan pokok dan matahari sangat dekat.
Penyelesaian terdekat ialah dengan membawa anak bersama ibu dan bapanya datang berjumpa saya untuk bersama-sama dalam program anakku sayang. Program terapi ini bertujuan mengetahui lebih dekat personaliti anak, melakukan baik pulih atau melakukan pengukuhan. Fokus kit aialah untuk membentuk TQI atau total quality insan. Konsep ini boleh dicapai menerusi keseimbangan empat perkara, minda, emosi, fizikal dan rohani. Program anaku sayang merupakan program ke arah TQI. Mendekatkan anak, ibu dan bapanya. Memahami hati ke hati. Lebih dekat......lebih terkesan dan menyentuh perasaan serta air mata.
Allhwuallam. SubhanaAllah.
Dr. MainR
Boleh dihubungi menerusi e-mail: rmain@usm.my.
PPPJJ, USM.





2 comments:

Cikgu Maheran Bt Musa said...

salam dr,
saya suka baca artikel dr ini. saya ingin meminta pendpt dr mengenai lukisan klien sy yg menghadapi masalah keluarga.saya juga menganalisis lukisan trsebut mungkin xberapa tepat.nanti sy akan scan n email pada dr. boleh x?tq jika dr sudi membantu sy guru kaunseling yg masih baru 3 thn ini. masih belajar n belajar dlm dunia kaunseling.

Cikgu Maheran Bt Musa said...

salam dr,
saya suka baca artikel dr ini. saya ingin meminta pendpt dr mengenai lukisan klien sy yg menghadapi masalah keluarga.saya juga menganalisis lukisan trsebut mungkin xberapa tepat.nanti sy akan scan n email pada dr. boleh x?tq jika dr sudi membantu sy guru kaunseling yg masih baru 3 thn ini. masih belajar n belajar dlm dunia kaunseling.