Friday, October 26, 2007

Displin & personaliti anak 10 November 2007

InsyaAllah jika diizinkan Alah swt, pada 10 November ini Dr. Main akan berada di Balora, Kongsi, Balik Pulau untuk tajuk Ponteng, Disiplin pelajar. Laporan terkini daripada Kementerian Pelajaran, merekodkan lebih daripada 34,628 ribu pelajar telah ponteng sekolah. Walaupun bilangan pelajar kita berjumlah 4 juta orang dan yang melakukan ponteng hanya segelintir, namun jumlah ini hanya jumlah pelajar yang direkodkan ponteng, ramai lagi yang ponteng tetapi tidak direkodkan. Ada yang ponteng sekolah dan ada juga yang ponteng kelas. Saya yakin jumlahnya lebih besar dari angka yang dilaporkan. Analisis personaliti menerusi kaedah lukisan mampu mengesan gejala awal anak-anak atau pelajar yang berpotensi untuk melakukan ponteng. Semasa pembentangan di Belora nanti, ibu bapa akan didedahkan bagaimana caranya mereka dapat mengesan tanda-tanda awal anak-anak yang mempunyai potensi besar untuk melakukan ponteng kelas atau sekolah ini.

No comments: