Thursday, November 1, 2007

Memperkukuh disiplin dan personaliti anak

Satu cara yang praktikal dan didapati berkesan dalam memperkukuhkan disiplin anak ialah dengan melakukannya menggunakan pendekatan personaliti unggul. mari berkongsi dengan pengalaman saya dengan anak-anak yang pernah menjadi klien saya. Anak ini menurut ibunya agak 'ketegaq' atau bahasa mudahnya "tak mahu dengar cakap. Anak ini suka main air ketika mandi....kalau dapat kolam di hotel, akan mandi sampai "kecut". Kalau main di rumah ....sampai "belemuh", kalau menonton TV .....sampai habih siaran dan pelbagai acara lain sehingga lupa atau tak mahu dengar kata ibu bapa. Anak-anak sebegini kalau ikut hati ibu bapa, mahu kena cubit atau penampar....atau sebat ...atau bentuk hukuman yang lain.

Pengalaman saya, cuba gunakan pendekatan kiraan 1...2....3....4....5....sehingga katalah 10 ...jika tidak, hukuman, denda.....tindakan akan dikenakan ke atas mereka. Hukum kiraan yang say agunakan selalunya berjaya.....anak-anak yang asyik menonton.....malas belajar, kita kira sampai 5.....kalau tak baca buku, ibu rotan (tetapi tak rotanpun)dan kita mul amengira...1......2.....3 (ada dah cabut naik ke atas atau cari buku......4.....5 (tindakan kita bukan kejar anak dan pukul, tetapi tutup TV tu.

Cara ini memang berkesan....tak percaya cuba lah. IA mempunya ikekuatan sendiri, pertama untuk anak-anak di bawah 6 tahun ia akan mula pandai mengira...kedua, anak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun, akan mula meletakkan "benchmark" angka mana yang ia perlu bertindak ...bangkit supaya tidak kena hukuman. Ketiga, pendekatan angka menjadikan anak-anak lebih berdisiplin dari segi pengurusan masa.

Namun kita mesti ingat, tips ini perlu dilakukan dan dilaksanakan dengan berhemah, sebaikknya sejak anak itu kecil bukan setelah anak-anak mencecah umur 15 tahun ke atas. Ingat, anak mempunyai personaliti masing-masing dan bersifat istimewa. Selalunya petua ini sangat berkesan untuk anak yang mempunyai personaliti kucing, burung, arnab....kadang-kala kambing. Untuk anak yang mempunyai personaliti harimau, singa atau beruang, caranya lebih matang. Kerap kali mereka boleh bertahan sehingga dikenakan hukuman berbentuk fizikal (tetapi mesti berhemah).Ikuti petua-petua memperkukuh disiplin anak dalam slot ceramah saya pada 10 November 2007, di Dewan Menora, Balik Pulau. Program ini dianjurkan oleh PPD, Bahagian Pulau. Slot saya bermula jam 9 pagi hingga 10.30 pagi.

No comments: