Monday, February 4, 2008

Adap menuntut ilmu

Sesungguhnya Islam amat menggalakkan penganutnya menuntut ilmu. Malah kepentingan ilmu sangat menonjol dalam islam sehingga kemuliaan seseorang tidak diukur kerana kaya atau miskinnya diri mereka tetapi sejauh manakah ia memiliki ilmu. Menununtut ilmu mesti tahu caranya dan adapnya. Ilmu umpama raja atau pengantin. Di hadapan sekali mesti didahului dengan kasih sayang. Sayangkan ilmu. Bil asayang tentu ada minat dan ia secara simbolisnya adalam motivasi. Kasih sayang dalam duni aseorang raja adalah hulubalang. Ia duduk di depan sekali. Oleh itu sebelum mendapatkan ilmu....kita perlu ada perasaan kasih kepada ilmu itu sendiri.
Selepas hulubalang letaknya kedudukan seorang panglima atau laksamana. Ia merujuk kepada sifat diam. Diam di sini bukan diam batu tetapi diam ubi. Diam di sini bermaksud apabila berada dalam majlis ilmu kita kena displinkan diri untuk diam sebab bil akita diam kita boleh fokus. semua panca indera kita boleh fokus. Telinga boleh menangkap semua fakta yang diajar oleh guru. Mata boleh melihat apa yang guru tulis di papan putih, tangan boleh mencatat apa yang guru berikan. Diam di sini bererti kita meletakkan 100% komitmen untuk mendapatkan ilmu. Oleh itu adap diam ketika menuntut ilmu umpama seorang laksamana atau panglima. Ia sangat penting.
Di belakang seorang raja selalunya perdana menteri. ia bertindak sebagai penasihat. Pentingny aperdana menteri kepada seorang raja sangat ketara, begitu juga elemen amalan dalam menuntut ilmu. Seorang yang ingin berjaya dalam menuntut ilmu mesti mengamalkan ilmunya. Cara mengamal ilmu ialah dengan menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain. Ia boleh sahaja dalam bentuk study group atau mengadakan kelas tusyen kepada rakan-rakan yang lain. Ilmu yang diamalkan adalah suatu keberkatan. InsyaAllah.

Kaedah dan adap menuntut ilmu jika dipraktikan dengan betul.....ia akab berakarkan iman, berdaunkan tauhid dan berbungakan akidah. insya Allah.

No comments: