Sunday, February 3, 2008

The power of positif mind & feeling

Seorang rakan Che Din menulis SMS kepada saya tentang bagaimana gelombang minda dan perasaan saling berhubung tentang kehidupan yng lebih bersyukur, tenang, sabar, fokus, bahagia , harapan dan bersemangat menjadi satu agenda dan amalan dalam kehidupan kita. Ia menjadi pengimbang antara IQ, EQ dan SQ. Akal, emosi dan semangat.
Positif mind adalah pemikiran positif...pemikiran bukan akal tetapi akal akan memandu dan memacu pemikiran. Di mana letaknya akal......ia tidak di mind atau otak atau brain tetapi ia terletak dalam hati. Hati ini jugalah diisikan dengan emosi sebab itu akal dan hati boleh berkomunikasi dan mencetuskan satu lagi fenomena iaitu semangat. Oleh itu akal, perasaan atau emosi dan semangat memang boleh bersatu dan ketiga-tiganyalah yang menjadi belerang dalam personaliti seseorang insan. Jika baik belerangnya maka baiklah peluru tersebut.
Bukankah manusia sebaik baik kejadian.....mengapa manusia menjadi mahluk yang terbaik dalam segala ciptaan tuhan sedangkan ia hanya dijadikan dari tanah dan air yang hina....sebab ia diberikan akal bukan kerana minda atau otak...tidak juga kerana emosi dan semangat tetapi kerana hadirnya akal. Tanpa akal manusia hanya umpama tong tahi......kerana di mata ada tahi...di telinga, hidung, gigi......pusat dan perut manusia semuanya terhimpun segala macam tahi...jadi manusia sebenarnya tong tahi....hanya yang membezakan manusia denga mahluk lain....ia diberikan oleh tuhan yang esa....akal.
Kekuatan akal manusia memang tiada batasnya, sebab itu kita mesti berfikiran positif dan mengajak hati atau emosi kita supaya sentiasa yakin dan positis. Bermul adari akal dan perasaan yang positif maka tercetuslah semangat yang positif untuk memacu ke arah kejayaan tanpa meninggalkan amalan erti syukur atas razeki yang Allah berikan. Kerana kita perlu ingat...Allah swt memang bersifat pemurah.....maha mengasihani dan maha mengasihi....Allah swt sangat mengasihi hamba-hambanya. Maka kita perlu menjadi seorang yang pengasih.....pengasih dalam menyebarkan ilmu......menjalankan perniagaan........bekerja atau apa sahaja. Akal memberitahu carilah rezeki seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi.......carilah ibadat seolah-olah esok kita akan mati........buatlah semuanya dengan kesungguhan supaya kita tidak sentiasa rugi.....moga-moga Allah swt memberki kita. InsyaAllah.
Dr. Main Rindam.

No comments: