Monday, February 11, 2008

pengorbanan isteri.....

kelmarin saya menerima satu SMS yang memberikan seribu satu simpati......pengorbanan yang tidak setimpal setelah sekian tahun perasaan cinta disemai dan berakar umbi........
kes 1.
wslm.bdn bu masi sakit sgt tp bu p scol juga. anak2 ok. nsb baik ada abg polis (anak sulung lelaki) klu x bu mati dcekik. masi skt lher bu.ambi la bu.....bu x sngup lg.....
kisah seorang ibu dan juga istri yang dipukul si suami yang sudah lebih 10 tahun berkahwin.......perasaan ganas dan benci mulai menggantikan perasaan cinta yang dulunya membara sejak zaman sekolah......perkahwinan atas dasar cinta sama cinta....menjadi sangat ganas kerana suami mahu berpoligami....bila siisteri tidak setuju, ia dipukul di depan anak...dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dimaki dengan pelbagai kata kesat di depan anak-anak........esoknya, si ibu dan jug aistri ini akan tetap berlakon ....ke sekolah bekerja.....mendidik anak didik....tetap meghantar anak ke sekolah atau tadika.....tetap akan memasak.....tetap akan membasuh dan menjemur serta melipat kain baju........bila malam tiba...ia tetap akan dipukul lagi......bukan sahaja fizikal tetapi hatinya turut remuk. air mata sudah tidak mengalir lagi.....tangisan sudah membeku dihati.......ketakutan sudah mati dan tertanam jauh di bumi.
Ibu tiga orang anak ini akan tetap sabar biarpun hatinya sudah berbalar.......walaupun SMSnya menunjukkan ia semakin tidak tahan diperlakukan begitu........perasaaannya semakin tertekan........jiwanya semakin terhakis dan kepercayaan terhadap lelaki semakin terpadam......berbaloikah perasaan cinta dan pengorbanan yang ditaburkan selama ini....... dan hari-hari siangnya ia akan meneruskan lakonan hidupnya di depan anak-anak pelajar di sekolah.....hata anak-anak di rumah juga.
  • personaliti isteri umpama tulang rusuk yang lembut, mudah patah jika tidak dijaga dengan betul.....namun tulang inilah yang melindungi hati, limpa...jantung...nadi yang menentukan hidup mati insan bernama manusia.
  • Rahim isteri sangat lembut....di sinilah lahirnya pejuang, wirawan, seorang sulatan atau raja......seorang pemimpin, peniaga, pendidik dan sebagainya....
  • Tangan dan jejari ibu...sangat lembut yang membelai jiwa lelaki dan juga seteguh keluli yang membuai bayi yang boleh mengegar dunia kerana ketokohannya.

Lelaki dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan si isteri, yang juga seorang ibu.....yang syurga dikatakan diletakkan di bawah tapak kakinya......mengapakan ia mesti dipukul....hanya kerana sisuami mahu berpoligami.

No comments: