Sunday, September 7, 2008

Program Parenting di KL & Bandar Pusat Jengka

Asalamualaikum wbt.
Semoha tuhan memberkati pembaca sekelian. Saya baru selesai mengadakan program parenting di Ibu pejabat Smart Naco, Taman Maluri, Kuala Lumpur pada 6 September 2008 dan di Bandar pusat Jengka, Pahang pada 7 September 2008. Program ini memberikan fokus kepada tiga aspek, pertama mengenali personaliti & potensi anak, Kedua; Pemakanan untuk menyerlahkan potensi anak dan ketiga; sessi anakku sayang.
Program yang bermula tepat pada jam 9 pagi itu menggunakan pendekatan lukisan projektif dan penerangan menerusi lukisan antaranya:
1. lukisan 6 unsur (matahari, pokok, rumah, air, bunga dan ular)
2. Lukisan potret ibu, ayah dan diri sendiri
3. lukisan People in the rain
4. Lukisan 4 pokok
dan juga soalan:
5. soalan 9 perkara (5 nama dan 4 lagu)
6. 5 warna dan
7. 5 haiwan kesayangan

Program ini semakin hangat apabila sesi huraian gambar anak-anak berlangsung. Pelbagai maksud dan keterangan diberikan kepada ibu bapa berkaitan personaliti anak-anak masing-masing. Menerusi sesi ini ibu bapa dapat mengenali, memahami dan mencari jalan untuk menambah baikkan diri anak-anak mereka tanpa memerlukan kehadiran seorang kaunselor mahupun tindakan yang agrasif. Kita juga tidak perlu berkonfrantasi dengan anak-anak untuk mengetahui rahsia mereka kerana semuanya dapat diketahui menerusi lukisan yang mereka hasilkan

Sesi akhir ialah sesi anakku sayang. Sesi ini bertujuan merapatkan hubungan ibu, ayah dan anak agar hatinya dan mindanya lebih dekat dan rapat kepada diri kita. Sessi ini sangat ampuh untuk membuang ego ibu bapa dan juga anak-anak mereka. Selain itu ia juga dapat melakukan "refurnish" atau "rebuilding" diri dan jiwa anak untuk kembali fokus kepada ibu dan ayah mereka. Sesi ini bermula dengan eyes contect, diikuti dengan doa oleh ibu bapa dan juga janji dariada anak yang menerima doa daripada ibu bapa mereka. Sepanjang sesi ini saya akan bercerita kepada anak-anak tentang potensi dan peranan mereka kepada ibu bapa agar mereka menjadi anak yang soleh dan soleha. Bagi merek ayang pernah melalui sesi ini, pasti hatinya akan tersentuh. Sentuhan inilah yang akan mengeratkan hubungan anak-ibu bapa dan juga menjadi pemacu kepada kejayaan anak.

Alhamdulillah, sessi turut disulami dengan tajuk pemakanan minda. Minda memerlukan diet yang betul supaya kita menjadi excellent. Mengapa Spirulina dan susu IgG plus yang kaya colostrum. Kerana makanan ini kaya dengan protin, karbohidrat, mineral, vitamin dan jika kita mampu mengambil 1.5 lit hingga 2 lit air (mengikut keperluan) dalam sehari di samping dapat melakukan latihan penafasan untuk menambah oksigen dalam badan, maka kecemerlangan anak-anak pasti akan terserlah.

InsyaAllah saya sedang merancang untuk program parenting seterusnya di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 20 September 2008 ini. Mog aita dapat bertemu di sana.

No comments: