Sunday, September 21, 2008

Usaha berterusan Menjamin kejayaan.

Asalamualaikum wbt.
Hari ini kita sudah berada dalam fasa ketiga bulan Ramadan. Ketika ini kata ramai orang, adalah waktu yang baik untuk mengejar 10 hari terakhir keberkatan Ramadhan. Kata mereka lagi, 10 hari terakhir ini ada malam lailatul Qadar. Lailatul Qadar bermaksud malam yang sangat hebat. Malam yang barang siapa yang memperolehinya nescaya ia akan memperolehi pahal aberpuasa bersamaan dengan 1000 bulan. Untuk mendapatkan rahmat fasa ke tiga Ramadhan ini, manusia tidak boleh pilih-pilih hari....kita kena berterusan berjaga malam dan memenuhi malam fasa ketiga Ramadhan ini dengan pelbagai pegisian ibadah. Nabi pernah bersabda, usaha yang baik ialah usaha yang berterusan. Jadi kalau kita beribadat, kena ibadat yang berterusan.

Saya ingin mengaitkan senario usaha kita untuk menjana pendapatan. Ia juga satu ibadah kerana hasil usaha kita itu bisa membahagiakan ramai orang. Bukan setakat makan pakai, tetapi rumah dan kenderaan, ilmu dan kerja sehingga hasil usaha kita itu sebenarnya mampu menjana kesenangan orang lain untuk turut beribadah kepada Allah s.w.t.

Oleh itu, usaha untuk mencapai kejayaan dengan industri perniagaan perlu dilakukan secara berterusan.....non stop....atau sampai ada waktu sanggang. Saya sendiri selain melaksanakan kerja hakiki sebagai tenaga akademik dan penyelidikan, berusaha mencari prospek tetap saya lakukan. Antaranya dengan melakukan khidmat sosial di sekolah-sekolah kebangsaan dan juga sekolah menengah kebangsaan. Apa yang saya lakukan ialah menawarkan program motivasi untuk pelajar PMR, SPM dan STPM selain pelajar tahun lima sekolah kebangsaan. Moga menerusi program-program khidmat masyarakat ini, ianya dapat menjana rezeki daripada susut yang lain. Tuhan itu maha adil, jika kit amenyumbang satu saat dalam bentuk yang ikhlas, InsyaAllah, Allah swt akan membalasnya dalam bentuk yang lain pada saat yang satu lagi. Itu kita yakin dan ikhlas.

Usaha berterusan sangat penting untuk mengembalikan semangat juang kita. Berhenti seketika atas alasan bulan puasa merupakan satu perkara jumut yang perlu dielakkan. Kita perlu lebih bersemangat dan berazam untuk mengejar cita-cita yang semakin malap jika dibiarkan begitu sahaja. Bonus pada bulan April 2008 saya Rm 35 dan pada bulan Ogos 2008, meningkat kepada RM 80. well, saya berpendapat jika usaha lebih kuat dilakukan jumlah bonus ini boleh ditingkatkan. Usaha itu usaha sendiri.

Pada 14 Oktober 2008, saya akan berada di SK Tanah Liat untuk program motivasi murid tahun lima. Cukup menyeronokkan. Moga-moga anak-anak kecil ini mampu memperolehi 5 A pada UPSR tahun 2009 nanti. InsyaAllah.

Penang, 22/9/08. TQ.

No comments: