Wednesday, April 20, 2011

Kita Wajib Mendapatkan Air Yang Bersih

Asalamualaikum wbt.
Air adalah satu anugerah Allah swt. Air hujan mahupun air embun adalah air yang mempunyai keberkatan yang dijanjikan. Air hujan mahupun embun dapat menyuburkan tanah dan menghidupkan tumbuhan. Air hujan akan meresap ke permukaan bumi dan ditapis menerusi lapisan-lapisan tanih mengikut jenis atau siri tanih yang unik dan tersendiri di merata pelusok muka bumi ini. Setiap satu siri tanih mempunyai mineralnya masing-masing dan tidak sama antara satu sama lain. Lalu air yang dihasilkan akan tersimpan dan dikenali sebagai air akuifer atau air bawah tanah. Kalau ia berada di lapisan atas iaitu berada di kedudukan muka air kita boleh mendapatnkannya dengan mengali lubang atau yang orang dulu-dulu panggil perigi atau telaga sementara di tanah seberang ia dikenali sebagai sumur dan dalam bahasa inggerisnya well.
Hari ini banyak pokok telah ditebang sedangkan ia merupakan sistem penapis air peringkat pertama kerana pokok akan menghasilkan proses troughfall dan steamflow kepada air hujan. Ia juga menghasilkan lapisan humas. Bila pokok ditebang, kita memusnahkan lapisan humas dan hakisan menyebabkan lapisan permukaan tanah dipotong atau dihasil secara melampau oleh air larian sehinggakan penapis air di permukaan bumi dihilangkan secara kekal. Dalam banyak kes manusia memotong bukit dan juga menggantikan kawasan tadahan dengan petempatan manusia dengan menggunakan alasan pembangunan sehingga air yang masuk ke kawasan tadahan merupakan air yang tidak bertapis secara semula jadi.
Hari ini kebanyakan air takungan kita melalui aliran sungai yang tercemar dengan bahan enapan sungai, sisa pembuangan pepejal mahupun kimia terutamanya pembuangan bahan sisa daripada kawasan ternakan, pertanian dan juga sisa perbandaran mahupun industri. Setiap daripada kita menyumbang kepada isu air tercemar ini. Sungai sungai utama di negara kita sedang berdepan dengan masalah ini. Sungai Muda Kedah, Sungai Kulim, Sungai Pinang, Sungai Perak, Sungai Krian, Sungai Kelang dan Gombak, Lembangan sungai semenyih, Sungai Ujong, Sungai Melaka, SUngai Johor, Sungai Muar, Sungai Pahang, Terengganu, Dungun, SUngai Kelantan adalah antara sungai yang semakin terancam oleh perbuatan manusia sendiri.
Teknologi moden dapat menyelamatkan kita. Dapatkan filter berteknologi nano untuk membantu membersihkan air di rumah kita, terutamanya air untuk diminum. Ia dapat membekalkan air bersih daripada keladak dan juga bau klorin serta lain-lain bau asing. Pastikan juga penapis tersebut bukan dihasilkan daripada seramik yang diproses menggunakan tulang daripada haiwan tidak halal. Cari dan belilah filter atau penapis air yang murah dan berkualiti. IA bagus untuk darah dan paling pasti untuk otak dan hati.


Prof. Madya Dr. Main Rindam
Hidrometeorologis
USM.

No comments: