Wednesday, April 27, 2011

Motivasi pekerja

Daripada sudut pandangan seorang majikan yang tipikal, pekerja sering dikatakan mengharapkan gaji yang sentiasa naik. Bonusnya juga perlu dikekalkan dan diberikan setiap tahun. Ini tidak termasuk kemudahan-kemudahan sosial yang lain yang dirasakan terbeban kepada pundak seorang majikan. Namun apakah tanggapan ini benar. Daripada satu sudut pandang ini barangkali benar, cuma apabila kita mula membuka hari dan minda kita ia barangkali satu pandangan yang sama sali menyimpang dan salah.

Saya pernah menulis kepada rakan-rakan sekerja yang bunyinya begini:
Asalamualaikum wbt;
Tahniah kepada rakan-rakan yang diberi anugerah cemerlang dan naik pentas kelmarin. Zaman ini dapat anugerah senyap-senyap je. Umpama tiupan angin, senyap dan sejuk.
Yang tak dapat tak mengapa, Bukankah rezeki itu anugerah tuhan, Ia umpama lautan yang tak habis-habis digunakan. Bekerjalah dengan ikhlas sebab anugerahNya tidak ada batasan. Mari kita raikan kejayaan sendiri, tepuk bahu sendiri. Ingat penilai sebenar bukanoleh Dekan, kita mempunyai majikan yang lebih ESA, bersyukurlah.

Lalu ia dibalas oleh majikan saya begini;
Allah sahaja yang ADIL !!!!!!!!!!. Itu pegangan saya. Pemberian ACP berdasarkan perbincangan panel dan bukan kuasa dekan seorang. Saya sudah PENAT dan Letih dengan komen-komen oleh PM Dr. tetapi masih mahu membangunkan PPPJJ untuk kecemerlangan....... PERCAYALAH SATU ORGANISASI AKAN RUNTUH DAN HANCUR JIKA AHLI DALAM ORGANISASI YANG MENGHANCURKANNYA SENDIRI.

Maksud yang saya mahu sampaikan ialah bermotivasilah walaupun tidak mendapat apa-apa anugerah. Bersyukurlah walaupun kita tidak mendapat ACP, kita tetap dianugerahi kesihatan dan mampu bekerja serta menyara anak beranak kita. Itulah anugerah yang kita terlepas pandang. Lalu saya sebutkan bersyukurlah. Namun majikan melihat dari satu sudut terpisah.....satu sudut yang cukup negatif sehingga seruan saya dianggap sebagai pemusnah organisasi...... Seharusnya majikan meneliti kata-kata dari suara hati dan minda supaya kata-katanya itu bisa memortivasikan pekerja bukan menambah burukkan lagi keadaan.

Majikan tidak boleh menyatakan dia sudah penat. Yang penat sebenarnya orang bawahan kerana tanpa mereka organisasi benar-benar akan runtuh. Di kalangan pekerja sokongan atau bawahan tetap mempunyai pemimpin dan mereka akur dengan tugasan yang diberikan oleh ketua mahupun majikan selagi ia mengikuti batas-batas yang ditetapkan oleh Allah swt. Tetapi beban amanah terletak pada pemimpin atau majikan kerana staf sokongan adalah dibawah tanggungjawab mereka. JIka penilaian ACP tidak adil (dalam konteks kepimpinan), saya percaya organisasi boleh runtuh kerana rasa tidak puas hati pekerja mereka. Jadi yang meruntuhkan organisasi bukan pekerja tetapi pemimpinnya. Negara runtuh bukan kerana rakyatnya tetapi kerana pemimpinnya yang buruk. Yang disoall oleh Allah pertama dulu ialah pemimpinnya bukan rakyatnya.

Motivasi sangat perlu kepada staf sokongan mahupun staf-staf yang lain. Pemimpin harus tahu membaca apa kehendak pasaran dan apa kehendak kakitangannya. Keputusan mengikut hawa nafsu dan perasaan sangat perlu dinyahkan. Pemimpin kena berpandangan jauh dan menjadi motivator yang sangat kuat bukan meruntunkan lagi situasi yang sudah menjadi semakin keruh.

PM Dr. Main

No comments: