Tuesday, November 6, 2007

Ciri pahlawan dalam personaliti kita.

Seorang yang memiliki personaliti pahlawan selalunya menghentikan aktiviti atau tindakan setelah melaksanakan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Adalah kita begitu. Kita balik kerja setelah tugasan yang diberikan kepada kita pada hari tersebut kita selesaikan.....jika tidak selesai maknanya kita bukan seorang hero atau pahlawan. We are not warrior enough. Jika anak kita diberikan tugasan atau homework, adakah mereka dapat an kerja rumah mereka itu sebelum pergi ke sekolah pada hari esoknya? jika anak kita berjaya menyelesaikannya...anak kita memang mempunyai peranan sebagai seorang pahlawan dalam personaliti mereka. NAmun jika tidak boleh mengaturkan atau mengawal apa yang patut kita lakukan, jangan kita merasa kecewa atau stress. Prinsip seorang pahlawan ialah jangan musnahkan apa yang kita tidak boleh kawal, aturkan atau kuasai. Ini kerana secara perspektifnya, seorang wira sering menganggap hidup sebagai disiplin atau cabaran yang hendak dikuasai atau takluki. Ertinya hidup adalah satu cabaran. Oleh itu seorang wirawan perlu mempunyai kecekapan dan disiplin untuk melakukan penerokaan atau eksploitasi. Mempunyai keupayaan bertindak yang berani dan bersemangat....wirawan memang selalu begitu. Tetapi tidaklah sampai menindas.

Apakah kita dan anak-anak kita mempunyai sifat-sifat begini. Kita boleh perhatikan personaliti anak-anak atau rakan sekerja yang berada di sekeliling kita. Apakah ciri pahlawan ini ada pada mereka. Apakah anak kita sukakan cabaran. Cukup bersemangat untuk melakukan eksploitasi. Kita sendiri adakah cukup bersemangat untuk menganggap hidup sebagai satu yang perlu ditakluki. Jika kita mempunyai ciri-ciri ini kita adalah salesmanship yang hebat....

No comments: