Sunday, November 11, 2007

post-komen program PPD Pulau 10 November 2007

SubhanaALLAH, syukur kerana program pada 10 November pada am 9 pagi hingga 10.30 pagi di Dewan Balora MAstika, Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang telah tamat dengan jayanya. Terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Pulau kerana menjenput saya memberikan ceramah bertajuk Memperkukuh Disiplin Anak Menrusi Analissi Personaliti. Program yang dihadiri oleh ibu bapa, PIBG dan guru sekolah ini memberikan banyak menafaat. Program telah dihadiri oleh ibu bapa dari pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India. Soalan yang sering dibangkitkan oleh peserta ialah sejauhmana benarnya ujian personaliti yang saya berikan itu benar-benar betul?....jawapan saya ialah antara 80 hingga 90 peratus sahaja. lalu beliau meminya peserta yang ada di dewan membuat undi, siapa yang menyatakan betul sila angkat tangan. Nah.....80 hingga 90 peratus peserta program mengangkat tangan bersetuju ujian personaliti memaang relevan kepada hidup mereka.

Soalan menyenarai nama 1 hingga 5 misalnya, jika orang pertama yang datang dalam otak kita bukan isteri atau suami atau anak-anak kita, tentunya kita tidak menganggap mereka sebagai orang paling penting dalam hidup kita.....ya mereka penting tetapi ....bukan paling penting...Dan jika otak kita berserabut....kita baru bertengkar atau sedang bertenag urat dengan mereka sebelum datang ke program ini...memang merek abukan pilihan kita. Jika begini keadaannya...otak kita kosong....otak kita memberitahu kita kosong kasih sayang....kering....kontang kasih sayang. Jika otak kita bercelaru...jiwa risau berserabut...bagaimana mungkin kit aboleh meletakkan orang yang baru kita ajak bertengkar itu tadi menjadi pilihat kasih dan sayang kita....maka kita selalu akan letak mereka di tempat no. lima.

Jika kita sayangpun, apakah lagi ustimewa yang kita tujukan kepada mereka....Acap kali kitapun tidak tahu apa lagu kegemaran isteri atau siami. Hata lagu untuk diri kita sendiripun kita tidak berupaya atau tidak ada masa untuk memilihnya.

Berikan masa untuk diri.....berikan kasih sayang pada diri sendiri, belai diri .....sayangi diri....percayakan diri sendiri. Jika kita ada kekuatan....pasangan k ita juga akan sama-sama kuat...anak-anak juga akan turut gembira kerana mereka dapat menumpang kekuatan tersebut dalam kehidupan mereka.

No comments: