Monday, April 7, 2008

Program MyPersonaliti bulan April&Mei2008

Asalamualaikum wbt.
Semuga anda semua berada dalam lindungan Allah swt dan dimurahkan rezeki. Alhamdulillah, syukur kerana kita boleh bangkit pada hari ini dari tempat tidur dalam keadaan sihat sejahtera. Jika kita mendapat nikmat ini, kita adalah lebih baik daripada 500 juta penduduk dunia yang sakik dengan pelbagai jenis masalah kesihatan. Syukur kepada Allah swt kerana memberikan sedikit waktu untuk saya berkesempatan menulis lagi di blog ini. Rakan-rakan taulan di luar sana. Bulan April merupakan bulan yang agak padat dengan pelbagai urusan. Sekembalinya daripada program bersama rakan saya Che Din (Hairuddin Abdullah rakan hebat SmartNaco) di Shah Alam, saya dijanjikan oleh Allah swt dengan rezeki yang, melata di hadapan mata......subhanaALLAH. Saya sendiri pada 19 April ini diundang untuk mengadakan satu ceramah kepada pelajar UPSR di SK Dato Keramat, Pulau Pinang. Seterusnya pada 26 April di Dewan Komtar, Pulau Pinang juga untuk pelajar PMR & SPM sebelum pada 5 April di SK Dato Keramat, Pulau Pinang untuk satu program pembangunan staf.

Rakan-rakan taulan, rezeki adalah satu anugerah dan itu dijanjikan oleh Allah swt. Maka berusaha untuk m endapatkannya adalah satu fitrah dan i a memang dituntut. Sabda nabi kita S.A. W maksudnya, bekerjalah seolah-olah esok kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah seolah-olah esok kita akan mati. Maksudnya dalam melakukan sesuatu kita perlu ada kesungguhan dan fokus. Justeru, bersungguhlah dan fokuslah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita, Ikhlas lah dalam bekerja. Bersungguh, fokus dan ikhlas.

rezeki bukan untuk dikejar kerana ia satu anugerah, itu janji Allah swt. Bekerjalah dengan ikhlas dan Allah akan anugerahkan rezeki kepada kita. Bertakwalah kerana ikhlas dan takwa datang dalam satu pakej. Berdoalah kerana doa datang dari minda dan bertindaklah keran atindakan datang daripada hati. Seorang rakan dari Palembang (pak Karim) ada berkata " Hati dan mulut mesti sehati sejiwa......maka kita pun perlu selaraskan....seimbangkan....sebatikan apa yang terlintas dihati dengan apa yang terungkap di bibir.....insyaAllah kejayaan dan rezeki pasti mengejar kita. SubhanaALLAH.

Saya ingin berkongsi satu doa....doa ketik akit a berada dalam keadaan susah...terdesak...stress dan apa juga perkataan yang mendorong kita kepada saat-saat sukar.....doanya begini,

" HabiSya Allahulaa Illahilah Illah huwa
Alaihi tawakaltu wa hu wa
Rabbul arsyil azim"

InsyaAllah, jika kita ikhlas dan bertawakal kepada Allah swt, kita akan diberikan ketenangan hati walaupun kita dalam keadaan sukar. InsyaAllah.

Keterangan lanjut berkaitan doa ini boleh anda rakan-rakan semua perolehi dalam buku kerja MyPersonaliti......membina insan unggul menerusi 7 peranan, 7 sikap dan 9 keperluan yang ditulis oleh saya sendiri. Saya sendiri dalam proses melealisasikan program preview MyPersonaliti untuk kakitangan sektor kerajaan dan swasta dalam masa yang terdekat. InsyaAllah.

Semoga anda dalam keadaan sihat dan dimurahkan rezeki InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Impressora e Multifuncional, I hope you enjoy. The address is http://impressora-multifuncional.blogspot.com. A hug.