Thursday, January 31, 2008

Analisis Personaliti-Anak-anak pewaris bangsa

Pada 4 Februari 2008 ini saya akan berada di surau SMK Dato' Lela Pahlawan, Padang Serai, Kulim, Kedah. Sesi kuliah saya akan bermula sekitar jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Kuliah keibubapaan ini adalah jemputan daripada Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (PMUSM) sempena program mahasiswa bersama masyarakat. Antara lain tajuk yang akan saya kupas melibatkan isu utama iaitu personaliti anan yang bakal menjadi pewaris bangsa. Bagaimanakah personaliti anak-anak pewaris bangsa. Adakah mereka ini mesti memiliki personaliti sekental zaman Hang Tuah dan kesultanan Melayu Melaka.......atau menyamai personaliti Mat Kilau yang hidup di zaman penentangan penjajah Inggeris.....atau Lt. Adnan seorang pewira yang amat disegani ketika menentang penjajahan Jepun. Barangkali kita mahukan anak-anak yang memiliki personaliti seperti Tun Dr. Mahathir PM keempat atau personaliti seorang cendiakiawan seperti Profesor Diraja Ungku Aziz....atau seorang tokoh koporat seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Mungkin kita memilih biarlah anak kita memiliki personaliti seorang ulama seperti Allahyarham bekas mufti Selangor Dato' Ishak Bahrom. Ah.....kadang kala kita juga mahukan anak memiliki personaliti hebat seorang seni seperti Allahyaraham LOLOK mahupun Osman Awang, malah kita juga suka personaliti pengacara seperti Farah Fauzana. Pokoknya....insan ada tujuh peranan dan setiap satu memiliki personaliti tersendiri:


  • sebagai wirawan atau hero atau pahlawan

  • sebagai seorang raja atau pemilik kuasa

  • sebagai seorang cendiakiawan atau ilmuan

  • sebagai seorang penyampai atau pengacara

  • sebagai seorang pendakwah atau ulama

  • sebagai seorang seni atau sastrawan dan

  • sebagai seorang pekerja

Pil Spirulina menjadi pemangkin kepada minda agar menjadi bangsa terbilang
Semuanya pewaris bangsa. setiap satu peranan mempunyai mekanisma masing-masing dan saling bergantung antara satu sama lain. Bersyukurlah jika anak-anak kita mempunyai salah satu daripada peranan ini. Moga Allah swt memberikan kita jalan yang lurus. Moh kita berjumpa di SMK Dato' Lela Pahlawan, Padang Serai, Kulim Kedah.

No comments: