Wednesday, January 23, 2008

Analisis Personaliti & anakkusayang akan diajar di universiti

Asalamualaikum wbt. Satu lagi perkembangan positif kepada program analisis personaliti dan anakku sayang. Program ini insyaAllah akan dijalankan secara berterusan menerusi pengajian pendididkan berterusan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. Program yang disusun dalam bentuk modul untuk pengajian selama 30 jam kuliah ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama terfokus kepada analisis personaliti dan bahagian kedua kepada anakku sayang. Analisis personaliti akan menekankan aspek KEM iaitu aspek kemahiran, aspek emosi dan ketiganya aspek mental-brain. Anakku Sayang pula akan memberikan penekanan kepada aspek intelek, emosi dan spiritual. Aspek kemahiran akan menekankan kepada keupayaan klien terhadap penguasaan mengenali, memahami dan membangunkan personaliti menerusi lukisan projeksi. Terdapat lebih 30 lukisan projeksi yang boleh dipelajari dan kuasai untuk membina nilai-nilai positif, yakin diri, berani dan sentiasan bernafsu untuk berjaya. Jika kita mahukan anak sentiasa berjiwa A, ibu bapa juga bersemangat A, usahawan yang mahu kejayaan kelas A hata mana-mana insan yang mahukan kehidupan bertaraf A ++ mereka boleh meneroka potensi diri menerusi kemahiran mengenali dan memahami serta membina personaliti diri. Kuasai kemahiran ini menerusi lukisan:-
  • Empat pokok
  • bulatan
  • enam unsur
  • pokok,rumah dan manusia
  • sebuah perahu
  • naik tangga
  • agihan kek
  • terdampar di sebuah pulau atau pantai
  • kampung idaman
  • berkelah bersama keluarga
  • berada di dalam air
  • seekor kambing
  • potret ibu, ayah dan diriku
  • dan banyak lagi.......

Elemen emosi akan memberikan fokus kepada doa-doa. Ingatlah, Allah swt sangat suka kepada hambanya yang suka berdoa kepadanya. Sesungguhnya Allah swt itu sifatnya penyayang dan maha pemurah. Petua-petua memantapkan emosi juga disulamkan dalam bahagian ini sesuai dengan amalah positif orang-orang tua dahulu. Tujuannya supaya kita kuat fizikal dan emosi. Supaya kita tak mudah mengalah. Amalan doa dan petua juga akan disuntik dengan terapi berasaskan urutan bagi menguatkan tenaga dalaman kita.

  • urutan pernafasan
  • urutan poin tenaga
  • senaman dalaman.
  • dan banyak lagi ..............

Elemen ketiga analisis personaliti akan memberikan penekanan kepada mental-brain. pertamanya klien akan diajar untuk menghasilkan mental-brain yang sihat. Jika mental atau akal itu sihat......seluruh badan akan sihat juga. Mental atau akal tidak terletak di otak tetapi di hati. Oleh itu hati mesti kuat.....untuk kuat ia mesti bersih.....Otak atau brain juga perlu kuat....untuk berada pada tahap cekang ia mesti cukup makan dan juga senaman. Bahagian ini akan melatih klien:

  • sihat pemakanan minda
  • sihat senaman minda
  • suntikan hati menerusi doa
  • sihatkan hati menerusi terapi olah alik.
  • dan banyak lagi......

InsyaAllah apabila klien tamat kursus ini ia akan menjadi insan yang mantap modal kendirinya kerana personalitinya mampu menjadi unggul. Kenali person, personal dan personaliti anda.....anda bukan tak cemerlang tetapi anda tidak berjaya mengesan kecemerlangan diri sendiri....anda bukan tidak yakin tetapi anda tidak kenal hati dan keinginan sendiri.....anda bukan tidak beruntung atau bersezeki hebat tetapi anda cuma belum menemui potensi diri sendiri.....ayauh sertai saya pad abulan Februari & Mac ini dalam kelas perosnaliti diri. Hubungi saya untuk keterangan lanjut di talian 04-6533932/Hp:019-4654089

No comments: