Monday, January 21, 2008

Asalamaualaikum wbt. Selamat bertemu kembali dalam blog saya ini. Alhamdullilah Syukur kerana kita masih tidak putus-putus diberikan rahmat oleh Allah yang satu.
Program untuk pelajar semester 1 pusat komuniti Bayan Baru telah berjalan dengan baik. Program pembangunan personaliti dengan tajuk Cabaran di alam IPT tersebut telah bermula pada jam 9.15 malam dan berterusan sehingga jam 12 malam. Pengisiannya menumpu kepada bentuk cabaran setiap pelajar ketika berada di IPTA. Berusaha untuk menguasai ilmu merupakan cabaran paling penting. berdapan dengan keinginan untuk berhidur secara maksimum dan budaya relax atau santai turut menjadi cabaran hangat kepada peajar selain budaya akuisme...iaitu sifat aku-aku dan engkau tetap engkau turut mengekakang potensi pelajar untuk menjadi dean list. Menuntut ilmu bukan sekadar buku dan kuliah tetapi ia juga menyebarkan ilmu yang dipelajari serta mengembangkannya ke peringkat global. Oleh itu pelajar perlu memahami personaliti diri dan berusaha untuk mengubahnya. Pelajar pelu menggunakan kuasa intelek untuk meningkatkan penguasaan ilmu serta mengembangkan elemen emosinya untuk menjadikan mereka lebih berdaya saing dan bertahan lama dalam perjuangan menjadi pelajar unggul. Sehubungan dengan perkara itu pelajar tidak boleh mengabaikan spiritual yang juga roh kepada kekuatan jiwa mereka. Dalam program mediatasi atau pengukuhan spirit, pelajar perlu faham apa yang mereka perjuangkan sekarang ini adalah hasil dari susah payah ibu bapa yang membesarkan mereka kurang 20 tahun lalu dan harus membalas budi baik mereka semula. Ringkasnya petua menjadi pelajar IPT yang berjaya kita mesti memiliki:



  • Intelek yang unggul

  • Emosi yang mantap

  • Spiritual yang kukuh.


Semuanya boleh dicapai jika minda-brain kita dibangunkan dan diperkaya secara positif. Caranya kita perlu mengamal senaman minda, menjaga pemakanan otak dan terapi urutan brain. emosi juga perlukan makanan yang baik, mandikannya dengan majlis ilmu. Spiiritual kita juga perlu diperkukuh dengan jirusan meditasi supaya kita tahu asal usul kita. Supaya keperluan agama, negara dan bangsa dikehadapankan bukan memetingkan hawa nafsu yang sering merempit kita. famahi dan bangunkan personaliti diri menerusi ujian lukisan.....tentukan masa depan. Segalanya bermula di sini dengan niat ini....sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi pemurah.

No comments: