Tuesday, January 8, 2008

Perosnaliti Unggul di Hotel Havard Sg. Petani pada 17 Januari 2008

Pada 17 Januari 2008 ini saya akan mengadakan ceramah bertajuk cabaran akademik pengajian tinggi untuk pelajar baru pusat komuniti di hotel havard sungai petani jam 9.00 malam hingga jam 11.00 malam. InsyaAllah saya akan berkongsi ilmu dengan tuan-tuan dan puan-puan berhubung tajuk tersebut serta petua-petua yang boleh kita kongsi bersama untuk menjadi seorang penuntut yang betul-betul bersasiah tinggi dalam proses kita menguasai ilmu. Jika kita menguasai ilmu...kita pastinya akan dapat mengembang dan membangunkan ilmu tersebut dan seterusnya ia mampu manjadikan kita seorang yang bersahsiah tinggi...bermodal insan tinggi dan menjadi insan berilmu yang mampu mengejar cita-cita yang hendak kita kecapi. Seorang yang mahu menjadi jutawan perlu membelai dan memperkasa mindanya untuk membentuk diri menjadi jutawan......segalanya bermula di sini.....di hujung jari yang ditunjukkan ke dalam hati....yang disampaikan ke dalam minda....untuk diamalkan dan dikecapi.
Petua-petua menjadi pelajar yang bersahsiah tinggi...memiliki modal insan dan personaliti yang hebat:
  • meletakkan ilmu itu sangat penting dalam diri
  • memberi waktu kepada diri untuk mengejar ilmu
  • memberi peluang kepada diri untuk mengecapi kejayaan
  • memberi ruang kepada diri untuk mengejar impian
  • Menutup liang dalam hati untuk memberikan apajua alasan
  • mantapkan diri dengan azam
  • asahkan sahsiah diri dengan doa da rasa rendah diri pada tuhan.
  • Berkongsi kejayaan, kekayaan dengan orang lain sebagai tanda kesyukuran.

Selamat berjumpa kita di Havard Hotel pada 17 Januari 2008. Jam 9.00 malam.

No comments: