Tuesday, January 8, 2008

Personaliti Unggul dan Mind Set.




Asalamaualaikum wbt. Tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru. Dengan lafaz Bismillahhirihmanhirihim. Pada 30 Disember 2007, saya baru sahaja menghabiskan sesi bersama ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak kecil mereka ke Tadika Bistari, Bayan Baru, Pulau Pinang. Sesi bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.30 pagi. Ia dihadiri ramai ibu bapa yang ingin mengetahui apakah personaliti anak-anak mereka. Sepanjang satu setengah jam tersebut, ibu bapa didedahkan dengan latar belakang perwatakan anak-anak dan mengapa anak-anak mereka mempunyai perilaku istimewa. Sejarah anak bermula dari kandungan ibu. Detik ia menjadi janin...diberikan roh dan si ibu dapat merasakan gerakan dan tendangan nakal kaki baby. Detik sejarah kasih sayang kita bermula daripada kita menyedari kita mengandungakan baby ini....(personaliti anak akan bermula dari sini...jika kita suka membaca....anak ini akan menjadi seorang yang meminati buku dan ilmu....jika kita suka menyanyi...anak ini juga akan mengikuti langkah kita....perwatakannya dibentuk sejak dalam kandungan kita lagi....jika kita mengamalkan surah Yusuf, anak ini InsyaAllah akan menjadi cantik seperti perwatakan nabi Yusuf.....Jika kita memilih perwatakan sebaliknya....anak ini juga sedikit sebanyak akan kengikuti perwatakan ibunya....jika sentiasa merajuk...bersedih....marah-marah tanpa sebab atau bersebab....baby ini turut akan mempunyai personaliti yang sama....(sedikit sebanyak)...jika kita mempunyai perasaan bimbang...anak ini bila lahir turut akan membawa perasaan rendah diri....) Justeru....Aktiflah. Bersenamlah.....banyakan membaca dan berfikiran positif......InsyaAllah baby ini bila lahir nanti.....mempunyai personaliti proaktif.



Baby ini lahir dan membesar dihujung jari kita....bermula daripada azan atau kamat...ia membesar dengan setiap titis susu ibu....sesuap bijirin sehingga segemgam nasi....semuanya berlaku dihujung dan tapak tangan kita. Kita mandikan...selimutkan....pakaikan dengan pakaian ....mereka berlari dan kita mendakap.....semuanya berlalu begitu cepat....dan sejarahnya mereka yang bernama anak ini membesar di dalam tapak tangan kita. Rasai kasih sayang selembut kita mengusap kulit-kulit lembut baby atau anak-anak manja ini. Lihat senyum dan tawa mereka.....lihat comelnya gigi susu yangbaru tumbuh di gusi mereka....lihat rakusnya merek amakan...lihat kuatnya mereka mengenggam jari kita....mendakap kita....memeluk erat kita.......ah seolah-olah anak-anak ini baru semalam kita lahirkan. Sekarang kita mahu hantar mereka ke taska........



Mari kita belai dahi mereka.....lihat lembut pejam mata baby atau anak-anak ini.....sayunya....belasnya....dan mereka terlena dipangkuan tanpa mengira dimana.....mereka terlena dalam dakapan mahupun ketika kita mendokong mereka.......mereka lena dengan aman dan kita sayu serta kasih memandang mereka.....mampukan kit aberpisah seawal jam 7 atau 8 pagi ......untuk kita hantar mereka ke taska....dan kita mencari rezeki untuk mereka. Ketika mereka lena...usaplah kaki mereka.....lihatlah lena mereka....ia benar-benar mengubati hati kita...ubat dari perasaan lelah dan penat......stress dan kalut. Benarlah anak ini satu anugerah.



Anugerah walaupun ia kerap meragam. Selalu meragam dan menangis....sebagai tanda protes atau minta perhatian....supaya si ibu atau ayah memberikan perhatian kepada dirinya.....dan kita perlu banyak sabar.....sebab kata orang masalah datang bukan semasa mengandungkan baby tetapi masalah memang timbul selepas baby dilahirkan...itupun jika kita menganggap baby sebagai satu masalah tetapi jika ia diangap satuanugerah....ragam anak memang suatu pengalaman yang indah ......seringkali membuatkan kita senyum sendiri bila mengenangkna ...perilaku anak ini. Kerana....bila anak membuat perangai...merenggek...kitalah orang yang paling pandai memujuk.

Petua anak tidak meragam ketika dihantar ke taska:
  • Belai rambut dan kucup dahi mereka
  • Bacakan surah Alfatihah diubun-ubun sambil mendakap mereka
  • Belai tapak tangan anak sambil bacakan surah Ikhlas 3 X
  • Kucup pipi anak...sambil bacakan Iyaqanakbuwaihyaqanastaqim dan Indinas siratal mustakim X 3 kali.
  • Niatkan dihati dengan berdoa...ya Allah berikan anakku hati yang ternag, seperti Engkau menerangi bumi dengan sinar matahari yang tak pernah padam...sesungguhnya Engkau maha mengasihani ya Allah. Amin.
Anak mempunyai karekter tersendiri....ia membuatkan kita sentiasa tersenyum sendiri. Anak mempunyai personaliti uniq....anak ada yang suka bergaduh....ada yang suka gambarnya diambil...ada yang meminta kita bercerita sebelum dia tidur....ada yang suka berkepit ....dan ada yang mahu tidur dengan ibu bapa walaupun sudah menjangkau usia belasan tahun....itulah anak.



Program satu setengah jam ini mambawa ibu bapa kepada kaedah mengenali dan memahami perwatakan anak. Anak perlu melukis beberapa aktiviti seperti lukisan bergi berkelah bersama keluarga dan melukis enam unsur dalam bentuk pemandangan iaitu matahari, pokok, rumah, air, bunga,ular. Anak juga diberikan ujian perwatakan dengan memilih haiwan peliharaan yang paling digemari.....kambing, harimau, burung, arnab dan kucing. Ternyata ramai yangmemilih kucing. Haiwan yang menjadi lambang kasih sayang, manja dan mudah didekati. Program satu jam setengah ini juga disulami dengan beberapa petua.....mengeratkan kasih sayang ibu bapa dengan anak...doa-doa penting untuk mendekati atau melembutkan hati anak......Sesungguhnya surah Al-fatihah itu adalah satu doa......


Semog akita berjumpa lagi dalam program bersama pelajar Komuniti di Sungai Petani pada 17 Januari 2008. InsyaAllah.

No comments: